jom zikir...

Powered By Blogger
Showing posts with label sketsa hidup. Show all posts
Showing posts with label sketsa hidup. Show all posts

Saturday, February 12, 2011

Friendship...

~hati perlu sentiasa ditarbiah...~ (6_6)

Saturday, February 5, 2011

waktu itu...

Dingin subuh seakan-akan menggigit hingga ke tulang rusukku, namun kugagahi kakiku untuk melangkah ke surau. Surau An-Nur destinasi wajibku di setiap pagi. Aku gemar ke sana. Aku tenang di sana.

Sebelum azan subuh mula berkumandang, telingaku seakan-akan dibisik oleh suara halus yang menyeru aku untuk bangkit meninggalkan selimut tebal dan bangkit untuk mandi dan bergerak ke surau. Sampai di sana, kulihat hanya beberapa kerat sahaja pelajar yang ada. Biasanya tidak lebih dari 10 orang.

Tanpa berlengah, sejadah dihampar di suatu sudut, kaki didekatkan, lalu tangan diangkat ke telinga dan dengan penuh kehambaan aku menyeru, "Allahuakbar." Selesai dua rakaat solat tahajjud diikuti dua rakaat solat taubat. Tangannku menyapu raut wajahku dari dahi hingga ke dagu. Hatiku berasa tenang dan nyaman. Kurasakan wajahku segar dan bercahaya. "Alhamdullilah," bisikku.

Dengan penuh kehambaan aku mengangkat tangan memohon doa dan keampunan dari Yang Maha Esa.

[I]"Alhamdulillahirabbilalamin. Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Ya Allah ,ya tuhanku, aku hambamu yang banyak berdosa ya Allah. Dosa-dosaku bagaikan buih-buih di lautan. Dosa-dosaku ibarat debu yang bergelimpangan di padang pasir. Ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Aku bersujud padaMu. Aku memohon keampunan dariMu atas segala dosa-dosa yang telah aku lakukan. Yang nyata mahupun tersembunyi. Yang aku sedar mahupun aku tidak sedar. Aku sedar aku tidak layak ke syurgaMu Ya Allah. Namun, tidak pula aku sanggup ke nerakaMu. Ampunkah hambaMu yang hina ini, terimalah taubat ku ini. Amin Ya Rabbalalamin".[/I]

Tanpa aku sedari, air mata bercucuran jatuh ke pipiku. Usai berdoa, kurasakan hatiku sangat bersih. Sangat tenang.

Tapi itu kisah lama. Kisah zaman sekolah. Kisah zaman hingusan. Di sana aku ada kawan di Maahad. Di sana aku ada naqib. Di sana aku ada ustaz. Di sana aku ada ibu bapa! Kini aku di universiti. Di universiti yang jauh dari tempat asalku. Dengan rezeki Allah aku di tawarkan belajar di luar negara. Negara idaman aku. Kini aku di United Kingdom. University of Manchester.Alhamdulillah cita-cita dan doaku dimakbulkan Tuhan Yang Esa.

Aku manusia biasa. Aku bukan malaikat. Manusia itu sering lupa dan lalai kan? Kini sudah 4 tahun aku di sini. Pengajianku biasa saja walaupun tidak cemerlang. Aku bahagia di sini. Aku ada ramai teman. Aku ada ramai sahabat. Tapi adakah aku tenang di sini? Hari-hariku bukan lagi di isi dengan bacaan Al-quran. Solatku kini bukan lagi diimamkan. Hatiku tidak lagi dijamu dengan tazkirah dan ceramah.Aku lalai di sini.

Tapi aku bukan manusia jahat. Tidak pernah sesekali kuteguk minuman syaitan sepanjang di sini. Tidak pernah ku menjejakkan kakiku ke tempat maksiat. Tidak pernah ku menyentuh yang bukan muhrim untukku. Aku hanya manusia biasa. Aku menunaikan sembahyang. Aku berpuasa di bulan Ramadan. Aku manusia biasa!

Pada suatu subuh,seperti biasa aku bangkit untuk solat subuh. Kali ini kurasakan angin luar tidak terlalu sejuk dan tidak juga panas. Suasana sangat tenang dan segar. Lain dari kebiasaan subuh yang aku lalui. Setelah selesai solat subuh, aku mengangkat tangan untuk berdoa. Aku berdoa mohon keampunan. Doa yang sama aku ulang semenjak di asrama dulu lagi. Tapi kali ini aku tidak merasai kemanisan doa itu. Tidak ku rasa penghayatan doa itu. Dan paling ku takut, aku tidak menangis. Penat ku cuba untuk mengalirkan air mata di hadapan Yang Maha Besar tapi aku gagal. Aku gagal. Aku gagal menangis!

Ini bukan kali pertama. Semenjak beberapa bulan ini doaku tidak lagi di selangi air mata. Hatiku tidak dapat merasai kenikmatan doa. Aku jadi takut. Pelbagai perkara bermain di fikiranku. "Ya Allah gelapnya hati hambaMu ini". Terus ku teringat kata-kata ustazku ketika di sekolah dulu. "[B]Hati manusia ibarat besi[/B]. Setiap dosa yang dilakukan akan melekatlah karat padanya. Tapi karat itu boleh di cuci dengan solat dan doa. Namun lama kelamaan jika karat itu tidak dibersihkan, akan semakin besarlah ia, dan semakin sukarlah untuk dibersihkan . Maka semakin hitam dan gelaplah hati kita. Ketika ini setiap dosa yang dilakukan tiada lagi dirasakan dosa bagi dirinya".

Aku tersedar. Aku tersentap. Kenapa aku mahu jadi orang biasa? Kenapa tidak ingin menjadi yang lebih baik? Tidak berbuat dosa tidak bermakna aku sempurna. Tidak minum arak tidak bermakna aku terlepas dari melakukan dosa-dosa kecil. Sembahyang 5 waktu tidak bermakna aku sempurna.Bagaimana dengan dosa-dosa kecil? Aku lalai. Aku lalai! Terima kasih ya Allah kerana menyedarkan aku. Terima kasih atas hidayah-Mu.Aku terus bersujud dan memohon doa...



~hati perlu sentiasa ditarbiah...~ (6_6)

Wednesday, February 2, 2011

Bukti cinta




Biarkan sejarah bertutur mengisahkan semua kata "cinta" yang tulus... luhur... tanpa dilafazkan, tetapi terbukti kukuh...

Ummul mukminin saidatina a'isyah radhiyallahu anha pernah bercerita....

"tak pernah sekalipun Rasulallah s.a.w luput untuk datang mengunjungi Abu Bakr, pada pagi atau petang. Pada hari beliau diizinkan untuk berangkat hijrah, keluar dari Makkah dan meninggalkan bangsanya, ia datang pada tengah hari.

Saat Abu Bakr melihatnya, ia berkata; "tidak mungkin Rasulallah s.a.w mendatangi kita pada saat seperti ini kecuali bila ada suatu hal (penting) telah terjadi."

Ketika beliau tiba, Abu Bakr undur dan menyilakannya duduk di tempat duduknya. Beliaupun duduk, sementara tidak ada yang menyertai Abu Bakr saat itu kecuali aku dan Asma', saudariku.

Beliau berkata; "keluarkan orang yang bersamamu". Abu Bakr menjawab; "mereka itu anak-anakku, ada apa ya Rasulallah? Jiwa ayah bonda ku jadi tebusanmu"

Beliau menjawab; "sesungguhnya ALLAH telah mengizinkanku untuk keluar dan berhijrah."

Abu Bakr memohon; "kutemani ya Rasulallah!"
"ya, tentu!" (jawab Rasulallah)

(kata saidatina A'isyah)
Demi ALLAH belum pernah sama sekali kurasakan sebelum hari itu seseorang yang menangis karena gembira, kecuali saat kulihat Abu Bakr menangis..."
petikan dari WARISAN SANG MURABBI; pilar-pilar asasi
KH Rahmat Abdullah

inilah bukti cinta luar biasa, bukan biasa

sebahagian cinta yang telah di ungkapkan oleh Abu Bakar terhadap jalan keimanan dengan segala tingkah laku dan perasaan

dia menangis kegembiraan di saat dia di tawarkan oleh Rasulallah hijrah yang menjanjikan sejuta kepayahan.

kepayahan di sambut dengan kesyukuran kerana dia meyakini, inilah pemilihan ALLAH yang sangat mahal dari kalangan manusia... sehingga ke hari ini, beliau menjadi watak penting dalam sebuah kisah "hijrah"



ikhwahfillah,
begini jugalah kecintaan yang kita harapkan dari setiap al-akh (du'at)

sebuah rasa dan tindakan yang maksimal, merasakan beruntung kerana ALLAH telah memilih kita dan bukan orang lain


kita sudah siap untuk sebarang kemungkinan.. dengan perasaan cinta yang mengalir ke segenap ruang tubuh

bukan sekadar mengimpikan yang enak2... tetapi pastinya, derita yang jauh lebih hebat dan lama

kekurangan harta(wang), perasaan, makan hati, ujian berat, jatuh, kesusahan, resah, luka dan sebagainya adalah sebuah indikator dan lambang nilai kecintaan kita pada jalan para nabi dan orang2 yang setia bersama mereka..

arti cinta sebenar adalah pada pengorbanan


jadi para aktivis Islamis (penggerak dakwah), nilaikan semula semula semangat, kefahaman dan kecintaan kita...



kata2 tidak cukup membuktikan apa2

kalau masih senang-lenang dan mengharapkan datangnya "burung ababil"
nah, tiada lain antara dua, cinta ALLAH atau cinta dunia



yang mana satu agaknya?


~hati perlu sentiasa ditarbiah...~ (6_6)

belakang manusia, di hadapan ALLAH



nau'zubillahi minassyaitonirrajim


ٱقۡتَرَبَ لِلنَّاسِ حِسَابُهُمۡ وَهُمۡ فِى غَفۡلَةٍ۬ مُّعۡرِضُونَ


Telah dekat kepada manusia hari menghisab segala amalan mereka, sedang mereka berada dalam kelalaian lagi berpaling [daripadanya].
(al-anbiya' (21;1)




-intipati rasa syukur yang paling besar yang harus kita tarik dari hayat hidup ini bukanlah terhadap nikmat kehidupan, kesenangan, kesihatan.


-tetapi yang terbesar itu adalah nikmat kesempatan untuk kita kembali kepada ALLAH.
( راجع الي الله )


-berapa banyaknya manusia menyesal di hari kiamat dan ingin kembali ke dunia utk bertaubat walau sesaat. berkali-kali ALLAH sebutkan di dalam quran.


-berapa ramai pula yang mencela dan berkata "...alangkah bagus kalau aku menjadi tanah" (di akhir surah an-naba'); merasakan lbh bagus kalau dirinya/manusia itu tidak pernah pun dicipta...


-waktu-waktu yang kita jalani sekarang adalah berupa tawaran2 langsung dari ALLAH utk kita mengembalikan diri kepada NYA... betapapun jauh kita selama ini


-tawaran yang paling berharga berbanding alam dan isinya, dan tawaran tak pernah ada lagi selepas hari-hari ini.


-yang menentukan kehidupan yang lebih lama.. lebih kekal


-dan manusia hanya akan merasai derita penyesalan yang tak terhingga bilamana sesuatu itu tiada darinya...


-semoga ALLAH menjadikan kita manusia yang selalu hidup utk kembali kepada pengampunan NYA... mengembalikan dirinya sebagai manusia




وَسَارِعُوٓاْ إِلَىٰ مَغۡفِرَةٍ۬ مِّن رَّبِّڪُمۡ وَجَنَّةٍ عَرۡضُهَا ٱلسَّمَـٰوَٲتُ وَٱلۡأَرۡضُ أُعِدَّتۡ لِلۡمُتَّقِينَ


Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa
(ali imran (3); 133)




bersegeralah... bercepat2 lah... jgn tunggu, bangun!
hiduplah untuk menebus 20 tahun yang telah berlalu....


memberatkan timbangan akhirat, mengejar syurga yang lbh tinggi, menjadi manusia yang benar2 letih, penat, lunyai, longlai untuk menyelamatkan diri jurang neraka, sehari pun tak sanggup menghadapinya....



~hati perlu sentiasa ditarbiah...~ (6_6)

Wednesday, November 10, 2010

Kenapa takutkan jodoh?


 
Jodoh dan perkahwinan itu adalah termasuk di dalam ketentuan Ilahi. Mengapa kita mahu bersedih dan terlalu risau akan persoalan ini?

Saya suka mengingatkan anda di luar sana bahawa perkahwinan itu adalah kunci ke syurga bagi mereka yang mematlamatkan cinta itu kerana Allah.Bagi yangbelum mengerti tujuan apa mereka berkahwin, apa pula tanggungjawab mereka sebagai suami isteri yang sepatutnya, maka itu bukanlah tiket untuk mendapat kesempurnaan hikmah kebaikan daripada alam perkahwinan.

Perkahwinan itu nikmat, namun alam perkahwinan ini juga jangan disalah sangka. Terlalu banyak perkara yang wajib difikir dan dilaksanakan setelah memegang tanggungjawab sebagai seorang isteri mahu pun suami, apatah lagi bagi yang sudah bergelar ibu dan bapa.
Untuk adik-adik , abang dan kakak di luar sana, jodoh itu juga termasuk dalam ketentuan dariNya. Ya, kita berusaha dan Dia menentukan. Maka, sabarlah dalam meniti hidup.

Bukankah wanita yang elok dan baik itu adalah untuk lelaki yang baik dan begitu juga sebaliknya.  Jadi, bersabarlah menanti jodoh.

Biar lewat sedikit menemui  teman hidup, asal ianya itu permata yang benar-benar yang dicari, putera yang sememangnya didamba peribadinya, beriman, bertakwa dan bijak membimbing keluarga.


hati perlu sentiasa ditarbiah... :)

Jangan nak cakap orang saja

oleh Ezairy M. Sallih 

Memang ada orang yang kerjanya mengata orang aje. Kata orang salah itu, tak sempurna inilah. Tapi, hakikatnya, dia tu betul ke di semua hal?

Kita ni dalam hidup perlu ingat satu perkara, tak ada manusia yang cukup sempurna serba-serbi. Kita bukan nabi, kak. Jadi, yang awak nak kata orang itu dan ini tu kenapa, dik?

Mana yang tak elok, mana yang rasanya tak sedap dipandang, tak enak didengar, maka bincang dan tegurlah dengan cara yang berhikmah. Nak tegur pun, buatlah elok-elok.

Nak jadi pendakwah bukannya main maki-maki, jerit-jerit. Salah tu, bang. Bila kita buat macam tu, maknanya kita ni sama aje macam mereka. Jadi, tegurlah elok-elok. Tak payah nak mengata itu dan ini.

Lumrahnya masyarakat masa kini, mereka lebih suka mengata belakang. Ya, banyak kes dan masalah yang saya jumpa di kalangan masyarakat Malaysia seperti ini. Bila awak tak puas hati dengan Mak Leha tu, awak jumpa dia, cakap baik-baik kat dia, kemudian settlelah elok-elok, bukan mengata di belakang dia.

Jadi, sahutlah seruan kerajaan kita. Kalau dah selalu kita sebut satu Malaysia, maka kita buatlah tindakan yang seiring dengan matlamat itu. Berbaik-baik sesama jiran, teman dan saudara. Buang keruh, ambil yang jernih.

Tak guna gaduh-gaduh. Tak guna mengata orang selalu, sebab awak pun bukannya cukup sempurna . Nanti kat akhirat awak dua-dua juga yang rugi.

hati perlu sentiasa ditarbiah... :)

Tuesday, June 15, 2010

Hujan Cinta di Ufuk Timur


www.iLuvislam.com
Oleh: Yukizara Affendi
Editor: niahani

Di dunia ini,
Hidup sepi tanpa cinta.

Cinta pada Ilahi,
Cinta pada sesama manusia,
Tetapi dikala menzahirkannya,
Kita tidak kenal batas agama,
Kita redah dosa yang nyata,
Pada siapa akhirnya derita,
Jika tidak pada diri yang hina.

Hujan cinta di ufuk timur,
Tertebarnya asmara,
Mengaruskan bah yang menggelamkan semuanya,
Hanyut remaja tiada kesudahan,
Ternoda dek nafsu serakah manusia,
Rakus mengejar kenikmatan sementara,
Sedarlah wahai remaja,
Hentikan hujan cinta ini,
Kita masyarakat ufuk timur,
Ada adat ada agama,
Junjunglah ia..Peganglah ia.

Semoga kita di dalam rahmahNya.



Puisi ini tercipta memandangkan masyarakat negara kita pada hari ini yang dibanjiri dengan hujan cinta yang berbau kemaksiatan terutamanya para remaja sehingga mengandungkan bayi luar nikah yang tidak berdosa tetapi akhirnya dibunuh semasa baru hendak melihat dunia hasil kekejaman remaja yang tiada nilai perikemanusiaan. Ke mana hilangnya ketamadunan remaja tersebut? Memang sah kita sekarang adalah manusia akhir zaman, agama yang menjadi pegangan goyah, adat yang dijunjung hilang bagaikan hidup ini tiada tujuan.
Kes buang bayi semakin menjadi-jadi. Paling memilukan apabila kita sendiri melihat di kaca televisyen, di paparan media cetak, malahan tersebar luas di internet betapa kasihannya melihat anak-anak kecil di bunuh sebegitu rupa dengan pelbagai cara. Sungguh menyayat hati sehinggakan kita berfikir sejenak sudah cukup manusia kah orang yang membuat perbuatan itu, ataupun mereka itu adalah manusia yang bertopengkan haiwan? Saya yakin, syaitan dan iblis bertepuk gembira melihat kejahilan dalam kalangan umat islam pada hari ini.

Wahai remaja sekalian, bangkitlah menjadi ummah yang gemilang, perkenalkan jati diri yang boleh dibanggakan. Kita masyarakat ufuk timur yang punya adat dan berpegang kepada ajaranNya.
Semoga hidup kita aman sejahtera dunia dan akhirat.

Awak sudi jadi isteri kedua saya???

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Syazni tegas dan yakin.

Tiba-tiba mata Fulanah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fulanah dengan suara tersekat-sekat.

Mata Syazni liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fulanah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fulanah langsung tidak selari dengan penampilannya.

"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya… " Fulanah mula sebak.

"Tak. Maksud saya…"

"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fulanah dengan kasar.

"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suara Fulanah semakin tinggi, setinggi egonya.

Syazni diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fulanah' di sebalik Fulanah yang dia kenal selama ini. Fulanah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Syazni seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu. Syazni muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

"Ada hikmah," bisik hati kecil Syazni, sekecil pandangannya terhadap Fulanah.

Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Syazni sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak. Keyakinan serta keaktifan Syazni berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam persatuannya. Malah, Syazni dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama.

Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fulanah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Syazni. Bagi Fulanah, Syazni seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Syazni melamarnya menjadi isteri kedua. Syazni masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fulanah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fulanah, namun sikap Fulanah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Syazni tersebut.

Bagi Fulanah, Syazni tak ubah seperti lelaki lain. Gerak kerja dakwah Syazni berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu kehilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Syazni semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya. Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Syazni – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Syazni.

Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Syazni dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Syazni sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Syazni menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fulanah atau tidak? Syazni bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Syazni berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya.

Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Syazni mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fulanah.

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Syazni tanpa segan silu.

"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.

"Er, betul ke ni?" tergagap Syazni menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Syazni.

"Kenapa saya?" tanya Syazni ingin tahu.

"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.

"Baiklah," jawab Syazni tersenyum.

Akhirnya, Syazni dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini. Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Syazni terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Syazni semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Syazni membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya. Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Syazni. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.

"Ye sayang?" jawab Syazni sambil memandu.

"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang," luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.

"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Syazni menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.

"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.

Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Syazni dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Syazni yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Syazni aktif dalam dakwah sebelum ini.

"Kita dah sampai," Syazni membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya.

Syazni berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

"Itu isteri pertama abang," Syazni menuding jari ke arah khemah tersebut

"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Syazni.

"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.

"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.

Syazni tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.

"PERJUANGAN, " jawab Syazni.
***************

Sedarlah semua wahai muslimah serikandi dan perwira Islam ... kalian akan dimadukan!

Jika dirimu bakal seorang isteri…

Terimalah kenyataan bahawa anda akan dimadukan, bahkan anda bukan isteri pertama yang bakal dikahwini tetapi anda adalah bakal isteri kedua kerana isteri pertama bagi suamimu ialah perjuangan Islam!

Perkahwinan ini telah lama dilangsungkan…

Kehadiran dirimu adalah untuk bersama berganding bahu memperjuangkan islam bukan menjadi batu penghalang perjuangan suamimu. Janganlah jadikan dirimu sebagai punca serta merendahkan harga diri \mu dengan terjadinya perceraian suamimu dengan isterinya yang pertama iaitu perjuangan islam!

Jika dirimu bakal seorang suami…

Terimalah bahawa anda bukanlah suami yang pertama yang bakal dinikahinya atau insan yang pertama yang dicintai dan disayangi oleh bakal isterimu! Bahkan dirimu adalah insan yang kedua yang dicintainya, kerana suami yang pertama baginya ialah perjuangan islam dan memartabatkannya.
Dia mencintaimu kerana dirimu mencintai islam dan memperjuangkan islam. Jika dirimu tidak sedemikian, sekelumit cinta pun tidak akan lahir dalam sanubari isterimu…



Bantulah isterimu atau suamimu dan kuatkanlah dia untuk meneruskan perjuangan islam ke serata dunia!!Takbir ! Allahuakbar!



http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1560

subhanallah.artikel yg sgt indah.isteri pertama bt setiap suami adlh prjuangan.& isteri keduanya adlh wanita iaitu sayap kiri dlm membantu perjuangannya..=)

ADA HANTU!!

Tidak habis lagi rupanya kegilaan itu. Sangka saya ia sudah berlalu, kerana kalau tidak silap, ini sudah mencecah tahun ke3? Malangnya sangkaan saya terus meleset.


Ia sudah menjadi fenomena. Saya pulang ke tanahair untuk menyaksikan hampir setiap rangkaian televisyen Malaysia menyiarkan rancangan yang lebih kurang sama. TV2 dengan Santau, Astro dengan Jangan Pandang Belakang, TV3 dengan Misteri Nusantara. Serentak. Ini memang betul-betul asak ni. Apa lagi? Momok? Waris Jari Hantu? Saka? Sila tambah senarai.


Menarik sungguh definisi hiburan orang Melayu zaman sekarang. Seronok juga menakutkan diri sendiri. Suspen. Biar berpeluh sikit.

‘Ah.. tak takut pun. Terkejut aje,’ kata seorang kawan.
‘Just looking for a bit of Adrenaline rush. Thriller!’ sambut seorang lagi.

Jujurnya saya berpandangan tidak mungkin semua ini adalah sekadar hiburan semata yang langsung tidak meninggalkan jejak. Kerana kita adalah manusia yang punya akal fikiran, jiwa dan perasaan. Lazimnya sebagai manusia normal, kita terusik, terkesan dan terbentuk dengan apa yang ada di sekeliling kita, apa yang dihidangkan kepada kita, apa yang diperkatakan kepada kita, apa yang dibaca, apa budaya yang biasa dan apa pengalaman yang pernah dilalui. Cuma mungkin kesannya pada kadar yang berbeza-beza bagi setiap orang dan melahirkan reaksi yang berlainan. Saya tertarik untuk memikirkan dan bincang tentang impak kebanjiran cerita-cerita hantu di pentas wayang dan televisyen.


Paling jelas, kanak-kanak yang suci bersih selepas menonton cerita hantu jadi takut dengan gelap, jadi takut tidur sendirian, jadi ‘kenal’ dan takut ‘hantu’ (langsuir macam ini, toyol macam itu dll), jadi ada mimpi ngeri, tidak kurang juga yang mengigau. Sesungguhnya orang yang tidak tahu ada harimau, tidak akan takut untuk masuk hutan. Apa sebenarnya yang kita cuba ajarkan kepada anak-anak ini? Betul, kita tidak menafikan kewujudan makhluk halus seperti jin,syaitan dan mereka anak-anak harus tahu tentangnya. Tapi bukan untuk ditakuti seperti ini. Kita bukan mahu mendidik mereka untuk takut hantu.


Tambahan pula, benarkah semua ini hanya berlaku pada kanak-kanak? Sejahterakah orang dewasa menontonnya? Hakikatnya, filem-filem seperti ini banyak melemahkan jiwa, melunturkan semangat, melahirkan generasi pengecut, di saat-saat kita sedang ketandusan pejuang dan rijal yang berjiwa kental. Di tengah-tengah kemelut umat Islam yang meruncing dan kerosakan jatidiri, ramai pula yang sedang takut dengan bayang-bayang sendiri atau sibuk merujuk dukun dan pawang untuk segala macam masalah.

“Dan bahawasanya ada beberapa orang lelaki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa lelaki di antara jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kejahatan.” (Surah Al-Jin : ayat 6)


Apa yang paling ditakuti ialah kalau-kalau ada makhluk ngeri tiba-tiba menjelma, atau kerasukan, atau ‘buatan orang’ dan yang sewaktu dengannya. Benar itu semua adalah kemungkinan-kemungkinan yang boleh berlaku dengan izin Allah.


Namun, gangguan jin dan syaitan yang lebih utama yang melanda setiap seorang anak Adam pada setiap hari bukanlah dalam bentuk sebegitu. Sebaliknya, gangguan mahkluk-makhluk ini adalah berbentuk bisikan-bisikan jahat, detikan-detikan halus dan ajakan-ajakan untuk bermaksiat kepada Allah! Untuk mengabaikan perintahNya dan sesuka hati melanggar laranganNya, seperti yang difirmankan Allah dalam surah An-Nas:



“Yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia. Iaitu dari jin (syaitan) dan manusia.” (Surah An-Nas : ayat 5-6)

Mereka menyemai keberanian dalam jiwa manusia untuk DURHAKA kepada Yang Maha Esa, hingga mengheret kita ke pintu neraka. Oh.. gangguan macam ini tak takut pulak?


“Usu, kenapa bawa budak kecik jalan malam-malam?”
“Takpe mak, dia dah pakai tangkal.”
“Oo.. baguslah.”
Luluh hati saya mendengar perbualan tersebut. Rasa selamat dengan memakai tangkal? Azimat? Letak buku Yasin bawah bantal? Isu ini perlu perbincangan lain yang panjang.


Kelihatannya kebanjiran filem-filem cerita hantu momok jembalang ini nyata berjaya memakmurkan lagi dunia mitos tahyul serta budaya khurafat yang sudah sedia subur dalam masyarakat kita.

Ya Allah..
kami berlindung kepada Engkau dari mensyirikkanMu dengan apa yang kami ketahui,
dan kami memohon ampun dari mensyirikkkanMu dengan sesuatu yang tidak kami ketahui.
Aku berlindung pada kalimah Allah yang sempurna dari kejahatan makhlukNya.
(bacaan Al-Mathurat)


Iwa: malam nanti nak tido dengan kakak tau.
Me : kenapa?
Iwa : takut hantu..
Me : Iwa, hantu siang-siang pun ada la.
Iwa : Kakak tipu ! Kakak tipu!!
Me : … (tepuk dahi)


ar-rumaisa
Shah Alam

Sunday, May 30, 2010

dilema...

Bismillahirrahmanirrahim...

xtau nk stat dr mana...tp aku mmg dlm dilema, antara nk majukan diri dgn nak jaga hati org...
banyak benda yang aku tringin sgt nak buat tapi selalu 'tergantung' sebab nak jaga hati org len...tp aku sgt2 pecaya ALLAH xkan uji diluar batas kemampuan aku...aku sgt2 yakin dengan janji ALLAH...tp thankx sgt...sbb jadi bnda cm2 aku dapat nilai cmna perangai org n tau gak cmna org nilai kita kalo wat cm2...ALHAMDULILLAH



Antara aku dgn kawan2 (xmungkin aku akan wat sahabat)
 Bukan sekali, bukan dua kali, tp dah byak kali...aku rasa cm aku dah cuba jaga hati kwn2 aku yg terbaik...tp sekali tue, disebabkan perkara yang sgt2 kecik bg aku, tersgt dan tramat kecik masalah tue dah menyebabkan aku dgn kwn aku tue gaduh smpai lbih dr tiga hari...aku tau berdosa...tp aku sgt2 yakin benda tue bukan salah aku...aku ada gak kongsi benda nie ngan sorg akak nie (sgt rapat ngan dia) smpai penah tringin nk wat dia jadi kak ipaq tp dia dh nk btunang so xdak jodoh la ngan abg2 aku...hehe...akak tue cakap benda cm2 kadang2 kita xsedaq, maybe kita yang salah, xpun cara kita tafsir situasi 2 ngan dia tafsir xbrapa nk sama, so kira cm salah paham la...tp yang paling aku xpuas hati, perlu ka dia hasut kwn2 aku yang len (yg xdak kena mengena) dgn crita kes nie dlm versi yg sgt2 tunjukkan "AKU SGT TERUK"...aku xkisah ngat kes gaduh n salah paham 2... tp xyah la nk buat crita versi cm 2 smpai ada skali 2, hmpir 1 umah 2 xmau ckp ngan aku...seday sgat...SDAY AMPA PAHAM X!!!! huhu... tp yang best nya, bila aku dgn berat hati minta maaf, agak len la muka2 depa sbb malu coz bnda mmg salah depa sniri tp disbbkn nak cover depan kwn2 len aku jd mangsa...cm lawak lak..
ada gak org cm2...haila...
~p/s: kenangn lama, tp aku xkan lupa smpai bila2...aku yakin, DIA uji aku ada sebab... 

Tapi tau tak, sepanjang aku terbegaduh ngan depa2 tue, Allah temukan aku dgn dua org sahabat yang aku anggap sebagai sahabat susah ngan senang...sahabat S ngan sahabat I... mmg aku share masalah aku ngan depa, tp aku xpenah ckp la kt depa sapa diorg yg aku trbegaduh tue, depa tue kot la nk sruh aku lwan blik, tp tak... depa nasihat aku dalam versi yg bnda tue ujian hidup...mmg best, walaupun aku jmpa depa tyme nk abih dh sem, tp aku rasa suasana yg sgt len, sgt best, sgt tenang, nk tau x depa ajak aku p mana, rahsia kerajaan MALAYSIA...best hidup lam suasana sentiasa dtarbiah... hidup dalam suasana orang nk kwn ngan kita bkn sebab len tp hanya krn ALLAH...ALHAMDULILLAH...

Yang paling best, sahabat S ngan I tue slalu ajak aku ikut wat smtg special yg aku bukan xpenah rasa tp bnda aku dh tinggai lama, bkn aku xmau ikut bnda tue dlu, tp jadual masa 2 sgt2 pack, tyme aku da klas ada bnda tue, bnda tue stat ngan huruf U, sapa tau 2 tau la, yg xtau 2 xpa la...tp 2 la, dh nama pun manusia, sentiaasa penuh ngan alasan.. "Haila chek oi, bila la nk brubah", tp ALHAMDULILLAH aku brsyukur sgt ALLAH masih pilih aku utk ikut bnda 2...sgt best kalo hidup dalam suasana sentiasa dlm ditarbiah...xtau la brapa kali nk ulang bnda nie... tp I LIKE...:)

Aku slalu ingtkn diri, hanya aku yang dpt ubah diri aku sniri...org len rapat tera mana pun xkan dapat nak ubah kita...depa 2 mungkin jadi sebab ja atau maybe bg aku batu loncatan utk aku brubah ke arah yang lbih baik...INSYAALLAH...aku sedaqkn diri aku ALLAH xkn uji aku kalo aku xmampu...yakinlah dgn janji ALLAH coz janji ALLAH itu pasti...kalo nak wat jahat 2 ingatlah no, kamera ALLAH ada di mana2, di segala arah...1 g, ALLAH dh bg kita kwn sejak dlu g, dia dok ikut kita mana kita p, 1 blah kiri , 1 g blah kanan...pikiaqla sblum nk amik 1satu tindakan 2 no...
moga2 kita sama2 berubah ke arah yang lbih bek...INSYALLAH...

~k la...nk kna out dh,satg nk antaq adik blik asrama...hehe~