jom zikir...

Powered By Blogger

Monday, May 31, 2010

Usaha Meletupkan Terowong dan Membina Tembok Besi di Sempadan Gaza-Mesir Terus Berjalan



steel_wall

Pada hari Selasa (9/2) lepas, pihak Keselamatan Mesir telah meletupkan sebuah lagi terowong yang ditemui di sempadan Gaza-Mesir di Rafah, di sebahagian selatan Semenanjung Gaza. Sumber-sumber tempatan melaporkan bahawa pasukan keselamatan Mesir menemui sebuah terowong yang bermula di Kem Pelarian Palestin Yibna di Rafah.
Mesir baru-baru ini telah mengenalpasti dan meletupkan beberapa terowong yang dijumpai di sempadan mereka dengan Gaza. Terowong Gaza menjadi sumber utama pembekalan barang dan makanan akibat pengepungan Israel yang telah berjalan sekian lama dan tindakan Mesir tidak membuka pintu persempadanan Rafah.

Mesir saat ini sedang membina Tembok Besi di sempadan mereka dengan Gaza. Projek yang mencetuskan ketidakpuasan hati umat Islam ini disokong, di pantau dan dibiayai oleh Amerika Syarikat.
Menurut laporan Akhbar Israel Haaretz, tembok besi itu di bina dengan kedalaman 20 – 30 meter bawah tanah, di sepanjang 9 – 10km untuk mengelakkan warga Gaza menggali terowong di persempadanan Mesir – Gaza selepas ini.
Bahan yang digunakan untuk membina tembok itu adalah kandungan besi yang kuat bagi memastikan tidak ada yang boleh merosakan atau menebuk lubang pada tembok tersebut. haaretz/immec

Tembok Pemisah Binaan Isral Penjara Terbesar Dunia


Pada 20 Februari, 2005, kerajaan Israel telah meluluskan usul untuk membina Tembok Pemisah di Tebing Barat. Tembok yang bertemakan pemisahan, pengasingan dan memberikan kesan drastik kepada penduduk di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat.
Merujuk kepada rancangan itu, Tembok Pemisah adalah sepanjang 645 km di Tebing Barat. Selepas tembok ini siap, ia akan memisahkan 565km2 di Tebing Barat (kira-kira 10% dari kawasan keseluruhan) di Zon Barat Pemisah di antara tembok dan Garis Hijau ‘Israel’ akan menguasai Zon Timur Pemisah sehingga 1,555 km persegi (27% dari Tebing Barat) sehingga ke Lembah Jordan dan kawasan Barat pantai Laut Mati. Secara keseluruhannya, Rancangan Tembok meliputi kira-kira 37% Tebing Barat.Jumlah kepanjangan Tembok Pemisah:
- 645 km di Tebing Barat
- 102 km di Semenanjung Gaza
Kawasan tembok yang telah disiapkan:
- 178 km (28% dari panjang keseluruhan) di Tebing Barat
- Semenanjung Gaza: 102 km
- 182 km (28% dari panjang keseluruhan) masih dalam proses pembinaan
di Tebing Barat
- 126 km (19.5% dari panjang keseluruhan) terletak di kawasan Garis Hijau
Komuniti Palestin yang terganggu akibat pembinaan Tembok Pemisah:
- 55 komuniti Palestin termasuk 90,000 orang terpisah di bahagian Barat tembok
- 42 komuniti Palestin termasuk 42,000 orang terpisah di bahagian Timur tembok
- 172 komuniti Palestin termasuk 550,000 menerima kesan teruk dari pembinaan tembok

Tembok Pemisah dan penempatan haram Israel:
- 98 penempatan Israel dengan jumlah penduduk kira-kira 375,000 orang (83%
daripada pendatang haram Israel di Tebing Barat) mendiami Zon Barat Tembok
Pemisah.

Dunia Arab Bersatu Mengutuk Serangan Israel Ke Atas Konvoi Freedom Flotilla

31 Mei – Dunia Arab bersatu untuk mengutuk serangan pasukan Israel terhadap armada kapal Freedom Flotilla yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Setiausaha Agung Liga Arab, Amr Moussa mengecam serangan kejam Israel terhadap misi kemanusiaan yang di cap sebagai tindakan jenayah..
“Kami mengutuk kejahatan ini, menyerang misi kemanusiaan dan para aktivis yang berusaha untuk membantu masyarakat Gaza. Mereka tidak dalam menjalankan misi ketenteraan. Setiap orang harus mengutuk tindakan Israel ini,” kata Moussa kepada AFP.
Setiausaha Agung Liga Arab ini mengatakan bahawa 22 anggota liga Arab sekarang sedang ‘memikirkan’ langkah dan tindakan selanjutnya terhadap Israel.
Perdana Menteri Lubnan, Saad Hariri juga mengutuk serangan yang menyebabkan kematian warga awam oleh tentera Israel tersebut yang ia sebut sebagai tindakan yang berbahaya dan gila, beliau menekankan bahawa tindakan Israel itu hanya akan meningkatkan ketegangan di kawasan itu.
“Lubnan dengan tegas mencela serangan ini dan meminta masyarakat antarabangsa, khususnya negara-negara besar … untuk mengambil tindakan mengakhiri pelanggaran hak asasi manusia yang berlanjutan yang telah dilakukan Israel dan ancaman Israel terhadap perdamaian antabangsa,” dikutip dari AFP.
Ibrahim Mousavi, juru bicara media untuk gerakan perlawanan Hizbullah Lubnan, mengutuk serangan itu dan menyampaikan simpati mereka kepada keluarga para aktivis pro-Palestin yang meninggal dunia dalam insiden tersebut.
Sementara itu di Mesir, gerakan Ikhwanul Muslimin mengecam kekerasan terbaru Israel dan mendesak Presiden Husni Mubarak untuk memutuskan semua hubungan antara Kaherah – Tel Aviv. Gerakan ini juga meminta pemerintah Mesir untuk membuka pintu persempadanan Rafah. (fq/prtv/em/hp)