Melakukan perubahan tidaklah semudah yang kita bayangkan
atau harapkan. Sememangnya fitrah jiwa kita lebih cenderung
kepada sesuatu yang mudah dan segera. Kalau boleh makanpun
ditempat pembaringan.
Ya, perubahan itu mudah untuk perkara-perkara kecil, yang
kurang signifikan dalam hidup kita. Tentu mudah untuk ubah
fesyen rambut, pakaian atau mungkin cara bercakap dan
berjalan. Namun bagi perkara-perkara besar yang akan
menentukan corak hidup dan masa depan kita, perubahan
itu akan terasa berat dan sukar.
Kalau kita orang yang bekerja, tentu tidak terlalu sukar
untuktukar kereta. Setiap hari kita disogokkan dengan
skim pinjaman hinggakan dalam hal yang tidak memerlukan
pinjamanpun kita masih meminjam. Namun untuk mengubah
cara pemanduan;kalau dulu kita cuai dan tergesa-gesa,
cepat melenting dengan karenah pemandu lain atau
tension setiapkali kesesakan lalu lintas dan sebagainya
maka kita akan dapat PERUBAHAN itu tidak semudah
yang kita impikan.
Perubahan bermula dari dalam diri
Perubahan itu sebenarnya bermula dari dalam diri kita sendiri.
Orang lain boleh menasihati, beri pandangan, kongsi ilmu atau
mungkin cuba beri motivasi dan sebagainya namun
penerimaannya bergantung pada diri kita sendiri. Disinilah
letaknya keunikan pintu hati. Pintu hati kita seperti
pintu hotel, tombolnya didalam. Orang lain sekadar boleh
mengetuknya sahaja tetapi pintunya perlu dibuka
dari dalam.
Kita sendiri perlu sedar kepentingan untuk melakukan perubahan
dan kita sendiri juga yang perlu merancang untuk terus berubah.
Jika kita sendiri yang ingin berubah maka perubahan itu akan lebih
mudah walaupun banyak halangan yang merintangi perjalanan kita.
Namun jika keinginan untuk berubah itu datang dari orang lain
maka kita punyai beribu alasan untuk menangguh perubahan.
Angin perubahan
Angin perubahan itu tidak selalu menyapa, namun setiapkali
kita terdorong atau timbul keinginan untuk berubah maka
kita perlu sambutnya dengan sepenuh hati kita. Jika
kedatangannya tidak dimanfaatkan kita terpaksa menunggu
sesuatu yang tidak pasti. Setiapkali kita terasa ingin berubah
maka lakukanlah sesuatu walau sedikit. Jangan biarkan percikan
itu terpadam tanpa meninggalkan bara.
Bergantunglah pada Allah
Jangan kita sandarkan harapan kita kepada sesiapa saja
selain Allah. Jika ada yang ingin menolong, ucapkan
Alhamdulillah namun jangan kita terlalu berharap hingga
perubahan kita terhenti jika pertologan itu terhenti.
Bergantunglah hanya pada Allah SWT. Berdoalah agar kita
akan sentiasa teguh melangkah menuju redhaNya.
~hati perlu sentiasa ditarbiah...~ (6_6)
No comments:
Post a Comment