jom zikir...

Powered By Blogger

Saturday, February 5, 2011

Tunisia dan Mesir; Rakyat Ibarat Spring


Harapnya sejarah UBN tidaklah dikenang seperti ini. Sumber foto: weirdstuff.com.au

Berada dalam sebuah negara demokrasi tanpa demokrasi tulen sentiasa mengasak fikiran untuk membebaskan diri dari kepungan pemerintah yang zalim.  Pemimpin yang adil tidak akan takut dan bimbang untuk melaksanakan demokrasi tulen.

Sering juga saya berbual dengan suami lama dahulu, “Para pemerintah harus sedar wujudnya fitrah manusia yang akan melawan perkara yang menekan mereka.  Ia hanya menunggu masa yang sesuai untuk diledakkan segala perkara yang membelenggu mereka.”

Saya merasakannya dan anda juga merasakannya setiap kali disuakan dengan isu yang mencabar aqidah, merobekkan maruah, rompakan-rompakan harta kita @ harta rakyat untuk segelintir nafsu yang berkuasa, sistem kehakiman yang dicabul berterusan, jenayah yang meningkat dan kebajikan yang diabaikan.

Akhir-akhir ini, dalam suasana hidup bertambah payah, pihak penguasa menambah tekanan lagi kepada rakyatnya.  Bertambah banyak doa rakyat yang dianiaya, bertambah cepatlah tersungkur sebuah kerajaan. 
Semoga diperkenankan Allah.

Setiap manusia dilahirkan merdeka.  Setiap manusia berakal dan baligh dan cukup pancainderanya bebas memerhati, menuntut ilmu dan memilih.  Justeru jika fitrah merdeka itu dikepung, ditekan, di’ikat mata’, ditulikan dan dibisukan, maka akan sampai masanya ‘spring’ yang ditekan melantun semula objek yang menekan mereka.

Kekuatan lantunan itu bergantung sekuat mana momentum yang dibekalkan.  Bertambah zalim sesebuah kerajaan, bertambah kuat penolakan akan dibuat.  Cara lembut tidak menjadi, kekerasan pun boleh jadi.
Jika sistem pilihanraya yang adil tidak diusahakan, tiada pilihan lain bagi rakyat marhaen kecuali turun ke jalan raya.

Situasi inilah yang sedang melanda Tunisia, Mesir dan dikatakan merebak lagi ke beberapa buah negara Arab seperti Syria, Yaman dan Jordan.

Jika pemerintah Malaysia sekarang mahu elakkan perkara sebegini terjadi, sebaiknya pulihkan segera sistem demokrasi di sini.  Bebaskan SPR.  Bebaskan media.  Berikan padang yang sama rata dan adil untuk semua pihak.

Lebih baik jatuh secara terhormat daripada jatuh tergolek kerana digulingkan.
Sejarah telah memberi pengajaran sejak ribuan tahun yang lampau.  Tiada pemerintah yang zalim akan kekal hidup selesa di tampuk kuasa.  Imma pemerintah kafir mahu pun dari kalangan umat Islam sendiri.   Juga tanpa mengira dari parti mana sekali pun.  Sesiapa yang zalim, wajib dijatuhkan.

Saya gembira membaca berita kerisauan pemimpin Israel berhubung nasib pemerintah boneka mereka di Mesir.  Kebimbangan mereka akan menjadi berita gembira buat saudara-saudara kita di Palestine dan Gaza khususnya.  Semoga kebimbangan itu berterusan dengan peralihan kuasa kepada pejuang Islam Ikhwanul Muslimin di Mesir.

Israel tidak akan berdiam diri.  Mereka akan terus berusaha mencatur bidak-bidak agar kemenangan Islam dapat ditangguhkan untuk beberapa waktu lagi.  Siapa pernah percaya dengan sistem demokrasi ciptaan Zionis?  Apabila sistem itu memakan diri mereka semula, mereka sudah menyediakan segala tipu helah lain untuk memperdayakan Islam dan Arab.   Bukan Malaysia sahaja yang punya APCO… Mesir lagi besarlah APCOnya kerana kepentingan Israel terhadap sempadan Mesir-Gaza sepanjang 15 km yang dikongsi bersama .

Hati saya bersama rakyat Mesir yang mahukan pemerintah yang adil serta bersih.  Mereka adalah saudara saya seaqidah dan hanya mahu hakimiyah Allah dikembalikan semula ke persada kuasa.

وَلاَ تَرْكَنُوۤاْ إِلَى ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ فَتَمَسَّكُمُ ٱلنَّارُ وَمَا لَكُمْ مِّن دُونِ ٱللَّهِ مِنْ أَوْلِيَآءَ ثُمَّ لاَ تُنصَرُونَ

Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.
Hud 11:113

Buat ‘adik-adik’ saya di sana, mohonlah dengan sabar dan solat agar  Allah sentiasa membantu memudahkan segala urusan.  Sekurang-kurangnya, saya pernah dua kali menjejakkan kaki ke Ardhu Kinanah tersebut. 

Bagaimana kawasan-kawasan penempatan pelajar di hayyu-hayyu sekitar Kaherah?  Adakah rusuhan
merebak sampai ke sana?

Cinta saya adalah untukmu wahai para pejuang Islam!

Ummu Abbas
28 Safar 1432H


~hati perlu sentiasa ditarbiah...~ (6_6)

Lumrah Hidup

 Bismillahirrahmanirrahim...


Subhanallah! Allamdulillah! Allahu Akbar!Indahnya HIDUP DENGAN RASA BERTUHAN...pengawasanNya cukup menenangkan..
terasa ada penolong dan teman paling SETIA saat susah dan senang..bisikanNya satu semangat hidup utk TERUS KUAT...subhanallah....!





Dah lumrah hidup. Yang tu komfem dah orang kata bila jadi apa-apa.


Sepatutnya, bila jadi pa-pa kena check dulu mai mana berita tu. Tak yah dok
buat cerita tak periksa. Sebab kalo orang buat tu mesti ada sebab. Orang tak kan
buat saja-saja.


Dan dah lumrah jugak bila sapa-sapa orang sekeliling kita buat perubahan
tanpa minta pendapat kita ka kita tak tau pa-pa lansung ka,
kita mula nak pandang pelik kat dia.


Sepatutnya, kita sebagai kawan ka, sepupu ka, sepapat ka, abang ka, kakak ka,
adik dia ka sokong dia. Maybe tu yang terbaik untuk dia. Bukan hentam dia dengan
keputusan yang dia buat.


Dah lumrah sangat-sangat bila kita berubah lepas tu orang yang tak tau apa-apa
mula buat cerita yang tah pa-pa. Pastu tersilap p tanya lak kat orang yang memang
saja nak pekena. Elok la sangat tu.


Sepatutnya, bak kata orang nak tau baik tanya kawan, nak tau jahat tanya la lawan.
Ntah mana dlu tah dulu. Betoi kot kawan dulu baru lawan. Bukan, Sepatutnya tak yah la
nak masuk campuq takut-takut kalo kita yang menyebabkan benda kecik jadi besaq...
Benda betoi nampak karut. Biaq dia selesai dulu. Kalo betoi dia nak kita tolong dia akan mintak
tolongnya. Tak yah dok kalut-kalut.


Dah lumrah bila kita mula baik ngan orang yang selama nie kita tak berapa baik, ada
ja mulut-mulut terlebih berinsurans dok wat part tyme. Kononnya kita tu baik bersebab.


Sepatutnya cuba la belajaq besangka baik ngan orang sekeliling. Sampai bila nak buat perangai
dengki tak puas hati camtu. Dok besangka baik kat orang tu berapa banyak dah dosa yang kita tak kena.
Cuba check, kalo kita bawak mulut benda tak betoi 1. kita dah dosa, 2. orang yang p cerita kat orang
len yang tak tau cerita sebenaq pun bagi dosa kat kita (coz kita yang mula) 3.dosa ngumpat tu kompem-kompem la dapat (free of charge g)... tu tak temasuk kita dok tengok pelik kat dia g.
Buatnya dia doa sebab teraniaya tak ka free-free ja dapat benda tak sepatutnya.


Dah lumrah gak bila cuba nak terang apa yang jadi (hal sebenaq la lebih kurang)...orang
dah tak mau dengaq.


Sepatutnya cuba belajaq terus terang dari dok ngata kot belakang. Mana tau ada salah faham.
Belajaq bawak bebincang. Bukan buat ikut kepala ja yang mana agak-agak cam senang.


~Kita sepatutnya sentiasa bersangka baik dengan apa saja tindakan yang orang buat selagi benda tu tak langgaq syariat Islam yang sebenaq. Kalo benda tu tak baik, teguq elok-elok jangan dok hingaq sampai semua orang dengaq. Pa-pa pun niat kita tu biaq la betoi-betoi. Nak nasihat orang nie kena banyak sabaq. Pastu bila orang teguq balik jangan la dok buat ketegaq. Belajaq baiki diri sama-sama coz kat dunia yang sementara nie tak dak benda yang sempurna.~


~Satu g, kalo rasa bermasalah  tu, cuba mintak tolong kat ALLAH. ALLAH dah firman banyak dah kat dalam Quran. 





"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka yang beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran".[surah Al-Baqarah:186] 


Nak senang pikiaq macam nie, contoh kalo kita ada masalah pasal pakwe ka makwe ka. Kononnya mak kita tak suka pilihan kita, Mak kita mai dari mana? Sapa yang cipta hati dan kawal perasaan mak kita? Dah tentu pencipta dia. Cam kita la jugak, kitanya anggota badan, kita tau la kan mana senget, mana tak betoi, kat mana ada kurap. Dah tau camtu awat tak mintak doa kat yang buat tu??? Kan lagi senang. Direct terus, tak dak kabel-kabel tah pa-pa. 


"Subhanallah.Alhamdulillah. Allahuakbar."
~hati perlu sentiasa ditarbiah...~ (6_6)

Friday, February 4, 2011

Angin Perubahan

DeviantART


    Melakukan perubahan tidaklah semudah yang kita bayangkan
    atau harapkan. Sememangnya fitrah jiwa kita lebih cenderung
    kepada sesuatu yang mudah dan segera. Kalau boleh makanpun
    ditempat pembaringan.


    Ya, perubahan itu mudah untuk perkara-perkara kecil, yang
    kurang signifikan dalam hidup kita. Tentu mudah untuk ubah
    fesyen rambut, pakaian atau mungkin cara bercakap dan
     berjalan. Namun bagi perkara-perkara besar yang akan
    menentukan corak hidup dan masa depan kita, perubahan
    itu akan terasa berat dan sukar.


    Kalau kita orang yang bekerja, tentu tidak terlalu sukar
    untuktukar kereta.  Setiap hari kita disogokkan dengan
    skim pinjaman hinggakan dalam hal yang tidak memerlukan
    pinjamanpun kita masih meminjam. Namun untuk mengubah
    cara pemanduan;kalau dulu kita cuai dan tergesa-gesa,
    cepat melenting dengan karenah pemandu lain atau
    tension setiapkali kesesakan lalu lintas dan sebagainya
    maka kita akan dapat PERUBAHAN itu tidak semudah
    yang kita impikan.


    Perubahan bermula dari dalam diri


    Perubahan itu sebenarnya bermula dari dalam diri kita sendiri.
    Orang lain boleh menasihati, beri pandangan, kongsi ilmu atau
    mungkin cuba beri motivasi dan sebagainya namun
    penerimaannya bergantung pada diri kita sendiri. Disinilah
    letaknya keunikan pintu hati. Pintu hati kita seperti
    pintu hotel, tombolnya didalam. Orang lain sekadar boleh
    mengetuknya sahaja tetapi pintunya perlu dibuka
    dari dalam.


    Kita sendiri perlu sedar kepentingan untuk melakukan perubahan
    dan kita sendiri juga yang perlu merancang untuk terus berubah.


    Jika kita sendiri yang ingin berubah maka perubahan itu akan lebih
    mudah walaupun banyak halangan yang merintangi perjalanan kita.


    Namun jika keinginan untuk berubah itu datang dari orang lain
    maka kita punyai beribu alasan untuk menangguh perubahan.


    Angin perubahan


    Angin perubahan itu tidak selalu menyapa, namun setiapkali
    kita terdorong atau timbul keinginan untuk  berubah maka
     kita perlu sambutnya dengan sepenuh hati kita. Jika
    kedatangannya tidak  dimanfaatkan kita terpaksa menunggu
    sesuatu yang tidak pasti. Setiapkali kita terasa ingin berubah
    maka lakukanlah sesuatu walau sedikit. Jangan biarkan percikan
     itu terpadam tanpa meninggalkan bara.


    Bergantunglah pada Allah


    Jangan kita sandarkan harapan kita kepada sesiapa saja
    selain Allah. Jika ada yang ingin menolong, ucapkan


    Alhamdulillah namun jangan kita terlalu berharap hingga
     perubahan kita terhenti jika pertologan itu terhenti.


    Bergantunglah hanya pada Allah SWT. Berdoalah agar kita
    akan sentiasa teguh melangkah menuju redhaNya.




    ~hati perlu sentiasa ditarbiah...~ (6_6)