jom zikir...

Powered By Blogger

Thursday, July 29, 2010

renungan bersama

"Maka tidak pernahkah mereka berjalan di bumi, sehingga hati(akal) mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar? Sebenarnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta adalah hati yang di dalam dada."
( Surah Al-Hajj(22): 46)

[ayat ni mmg kne straight kt muke..sesungguhnya hati ini memang sering buta, sering ingkar akan arahan, sering meninggalkan perintah dan melakukan larangan..Ya Allah, jadikanlah hati ini sentiasa memahami dan telinga yang sentiasa mendengar..]
amin...

tazkirah pagi..

Perbuatan maksiat mempunyai pengaruh buruk, yaitu:

1. Di haramkan memperoleh ilmu

2. Diharamkan mendapat rezeki

3. Perasaan asing kepada Allah Azza wa jalla

4. Perasaan asing kepada manusia

5. Hidupnya mengalami jalan buntu pada setiap urusannya.

6. Menimbulkan kegelapan hati

7. Melemahkan kekuatan hati (kehilangan iradah/kehendak dan azzam)

8. Kehilangan wala(loyalitas) dan ketaatan kepada Allah swt

9. Pendek umurnya

[sumber~ Ibnu Qoyyim al jauziyah (Kitab al Jawabul kafi)


nota kaki:

sedar x sedar perbuatan maksiat kita sehari2 membawa banyak impak buruk dalam diri kite, cuba teliti satu persatu efek diatas, adakah kne pada diri kite,,bagi saya sendiri, sebagiannya telah berlaku,,contoh paling dekat la, klu exam, tidak dapat dinafikan mmg ssh sgt ilmu nk masuk, so reflek balik pada karangan Ibnu Qayyim ini, sgt2 ditekankan utk mengelakkan dan menjauhkan diri dari maksiat, kerana sememangnya maksiat adalah salah satu perbuatan yang sangat dibenci Allah..

"Ya Allah, teguhkanlah iman kami, jdikanlah ilmu ini bermanfaat dan sebagai teguran kepada kami.." Insyaallah..

nota kaki:

sedar x sedar perbuatan maksiat kita sehari2 membawa banyak impak buruk dalam diri kite, cuba teliti satu persatu efek diatas, adakah kne pada diri kite,,bagi saya sendiri, sebagiannya telah berlaku,,contoh paling dekat la, klu exam, tidak dapat dinafikan mmg ssh sgt ilmu nk masuk, so reflek balik pada karangan Ibnu Qayyim ini, sgt2 ditekankan utk mengelakkan dan menjauhkan diri dari maksiat, kerana sememangnya maksiat adalah salah satu perbuatan yang sangat dibenci Allah..

"Ya Allah, teguhkanlah iman kami, jdikanlah ilmu ini bermanfaat dan sebagai teguran kepada kami.." Insyaallah...

Thursday, July 22, 2010

Perkongsian: Terluka dengan orang Islam

by Hilal Asyraf
 
Proud to be muslim? So buktikan dengan amal. Bukan hanya dengan mulut. ~ Picture by psychiatry of Deviant Art
Proud to be muslim? So buktikan dengan amal. Bukan hanya dengan mulut. ~ Picture by psychiatry of Deviant Art
“Eh, orang Islam ni ramai masuk pusat serenti kan?”
“Kenapa pemimpin Islam perangainya macam itu ya?”
“Ulama’-ulama’ Islam ni memang tak menepati janji ya?”
“Pelajar-pelajar sekolah agama ni buruk akhlak kan?”
“Ala, cakap je fasal Islam berbuih-buih, tapi perangai 2X5 je dengan kita”
Saya merenung panjang benda-benda ini.
Adakah anda juga sama?
Ya, sepatutnya kita sama-sama memerhatikan perkara ini. Ini bukan cerita orang lain. Ini cerita kita. Tidakkah anda sedar bahawa ada orang yang terluka dengan sikap orang Islam? Tahukah anda ada orang yang kecewa dengan cara orang Islam mempraktiskan Islam? Tahukah anda bahawa kita ini sedang diperhatikan dan dinilai?
Dan tahukah anda, betapa buruknya benda ini sekiranya ia menyebabkan manusia-manusia yang mencari Islam di dalam kehidupan mereka, patah hati untuk mengambil Islam dengan melihat perangai kita?
Patah hati satu hal. Ada pula yang berubah terus menjadi penentang Islam apabila terluka dengan sikap orang Islam sendiri.
Tidakkah perkara ini perkara besar?
Mencanang nama Islam tetapi mempraktiskan kesilapan
Saya ambil satu isu mudah. Poligami.
Biasanya, equation yang akan muncul adalah seperti berikut: Poligami = Hukum Islam.
Memang benar. Poligami adalah daripada Islam. Tetapi kita lihat hari ini, banyak juga keluarga yang tunggang langgang kerana poligami. Biasanya yang tersepit dan tertindas dalam hal ini adalah wanita. Lelaki biasanya adalah watak jahat di dalam Drama Poligami.
Bila ditanya mengapa berpoligami? Alasan yang diberikan biasanya adalah: “Inikan sunnah? Ada dalam Islam.”
Saya tidak menghalang poligami.
Tetapi persoalannya, apakah yang berpoligami, benar-benar berpoligami cara yang Islam tetapkan? Apakah benar-benar syarat dan adabnya memenuhi syarat dan adab yang telah Islam gariskan? Apakah dia memahami etika berpoligami yang sebenar? Apakah dia memenuhi hak-hak mereka yang dipoligamikan?
Di sinilah saya pernah bertemu dengan satu keluarga yang porak peranda kerana poligami. Si lelaki, telah menceraikan isteri tuanya kerana isteri mudanya. Ribut satu famili hari itu dan saya hanya penonton di tepi. Yang lelaki bising mempertahankan dirinya dengan ayat-ayat Allah itu dan ini menyatakan dia ada hak itu dan ini. Saya menggeleng. Kalau bukan kerana hormat, telah saya lempang dia itu. Sangat sakit hati apabila dia menggunakan ayat Al-Quran itu dan ini kononnya hendak menghalalkan apa yang dia lakukan. Sedangkan, untuk saya yang belajar agama, saya tahu ayat-ayat yang dia gunakan tu tak betul pun untuk digunakan sebagai hujah.
Tak habis-habis mengulang Surah An-Nisa’ ayat 3.
Seorang makcik dari keluarga itu berkata kepada saya: “Poligami dah rosakkan keluarga saya. Patut ke ada poligami ni? Islam ni betul ke?”
Saya diam. Saya faham tertekannya dia. Tetapi saya berkata:
“Poligami tak salah makcik. Islam tak salah. Yang salah adalah anak saudara makcik. Dia tak amal poligami dengan cara yang betul mengikut apa yang telah Islam gariskan.”
Lihat. Ini yang saya ingin nyatakan sebenarnya. Lihatlah apa yang makcik itu rasa. Lihatlah apa yang si lelaki itu lakukan.
Dan perkara sebegini tidak berlaku dalam isu poligami sahaja.
Berlaku hampir dalam segenap perkara.
Amal yang tidak wujud
Sebahagian pula mahasiswa jurusan agama, tidak mencerminkan akhlak mereka secara benar sebagai seorang yang memikul tanggungjawab menjaga nama Islam.
Wujud juga manusia yang bertaraf ulama’ yang tidak menitik beratkan hal masa.
Sangat terkilan, apabila ada seorang aktivis berkata kepada saya:
“Saya ada buat temu janji dengan seorang mufti Malaysia. Kami memilih waktu temu janji itu dengan waktunya. Yakni dia yang pilih waktu agar kami tidak menganggu kesibukannya. Tetapi pada hari yang ditetapkan, dia tidak datang. Tak telefon balik, tak bagitahu apa dan sebagainya.”
Kala sekadar itu perasaannya, saya mungkin tidak kisah sangat. Tapi yang buat saya kisah adalah kata-katanya selepas itu.
“You tahu Hilal, orang bukan Islam lebih menepati masa tau”
Dum. Saya melihat betapa terlukanya dia. Dan lihatlah bagaimana dia bereaksi. Adakah salah dia? Kalau saya, saya tidak akan salahkan dia.
Salah kita. Kita yang memberikan ekspressi yang buruk.
Ini kerana, Islam kita Islam di mulut. Bukan pada amal untuk dibumikan. Bukan pada peribadi agar manusia mampu melihat mengambil contoh.
Kroniknya masalah ini
Kroniknya masalah ini, kerana ia memutuskan harapan manusia kepada Islam, kepada Allah SWT. Sedangkan kita amat yakin bahawa Islam adalah agama yang benar dan cara hidup yang terbaik dalam menjaga kehidupan di dunia dan akhirat.
Tetapi, atas sikap kita sendiri, manusia-manusia yang berhajat kepada kebaikan ini kecewa.
“Pelajar agama pun berzina”
“Yang tudung labuh pun couple”
“Mahasiswa Universiti Timur Tengah pun tak jaga adab”
“Kata taraf ulama’, tapi tak tepati janji”
Dan manusia-manusia yang berusaha menjatuhkan Islam akan menggunakan hal ini sebagai satu ruang untuk memburuk-burukkan Islam.
Formula di dalam kepala manusia mudah.
Orang Islam = Islam itu sendiri. Apa-apa sahaja orang Islam itu lakukan, maka mereka akan merasakan bahawa itu adalah apa yang Islam ajarkan.
Tak boleh salahkan mereka
“Ala, jangan la pandai nak menghukum sahaja.”
“Mereka ni kena la faham, yang orang Islam tu bukan Islam itu sendiri.”
Mungkin kita mudah nak bicara demikian. Ya, betul mereka pun kena memandang perkara itu. Tetapi apakah kita tidak patut mengubah diri kita ke arah yang lebih baik? Apakah kita patut selesa membumikan Islam ala kadar sahaja tanpa bersungguh-sungguh? Cukup nama sahaja Islam, tetapi hidup bukan dengan gayanya? Harap sahaja belajar agama tetapi perangai sama sahaja dengan yang tak mendalaminya?
Tetapi saya di sini lebih menekankan mereka yang membawa nama ISLAM ini.
Kita tak boleh nak salahkan orang yang menghukum kita. Sebab itu aja la kefahaman mereka. Kita ini aja lah yang mereka ada untuk lihat ISLAM itu secara praktikal. Maka, hakikatnya adalah amat menyedihkan sekiranya kita ini tak mampu nak bawa ISLAM itu dengan baik.
Saya faham kita bukan Malaikat, Rasul atau Nabi. Memang akan ada buat salah. Tetapi ada beza orang yang sengaja buat salah dengan yang dah bersungguh-sungguh mengelak diri dari buat salah tapi terbuat salah juga.
Ini lagi la saya tekankan pada yang studi agama, pada yang bawa status macam imam, mufti, ulama’, sheikh dan sebagainya. Tetapi tetap tidak terlepas juga orang-orang Islam yang lain. Kita hakikatnya berkongsi tanggungjawab yang sama. Itulah dia menjaga nama baik Islam.
Kena ada rasa yang ini.
Penutup: Sepatutnya, kita dapat ganjaran. Bukan dapat dosa
Kita ini diperhatikan hakikatnya. Diperhatikan oleh Allah dan para malaikat untuk dinilai buat tuaian ladang akhirat. Diperhatikan oleh manusia juga untuk dicontohi. Diperhatikan juga musuh untuk dipergunakan.
Maka sepatutnya kita merasakan hal ini adalah satu hal yang penting.
Rasulullah tidak akan susah-susah menekankan akhlak kalau bukan kerana akhlak itu penting. Akhlak hakikatnya adalah ‘Dakwah Senyap’ yang sepatutnya wujud dalam diri setiap mukmin. Kalau tak reti bercakap pun, sekurang-kurangnya dengan akhlak kita itu manusia melihat keindahan Islam.
“Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia.” Surah Al-Qalam ayat 4.
Saidatina ‘Aisyah RH apabila ditanya akan akhlak Rasulullah SAW, beliau menjawab: “Akhlaknya seperti Al-Quran”
Rasulullah SAW juga bersabda: “Aku diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak” Hadith Sohih riwayat Bukhari.
Sebab akhlak ni, semua orang boleh insyaAllah.
Bukan perlu skill apa-apa.
Hidup dengan baik aja. Taat pada Allah. Buat apa yang disuruh. Tinggal apa yang dilarang. Jaga adab dan etika. Jaga disiplin dan peribadi. Habis cerita.
Sepatutnya kita dapat ganjaran free free aja. Berakhlak aja dah dapat pahala. Buat orang masuk Islam kerana akhlak kita, itu je dah dapat pahala sangat-sangat besar.
Tapi, benda paling basic ini pun kita buat main aja.
Akhirnya kita dapat dosa, sebab menjadi fitnah kepada Islam pula.
Lebih buruk, memutuskan kepercayaan manusia kepada Islam dan Allah SWT.