jom zikir...

Powered By Blogger

Wednesday, February 15, 2012

Betapa Hinanya Nilai Seorang Hamba!

Sedar atau tidak, pasti terkadang jiwa insani itu dihimpit naluri untuk bermegah-megah dengan setiap kelebihan yang dimiliki. Tatkala iman mula goyah, taqwa mula merapuh, nafsu merasuk nurani suci, lalu hati tunduk pada bisikan syaitan nan keji. Waktu itu, insani juga bisa terlupa bahawa tiap-tiap satu nikmat yang dikecapinya itu hadir hanya dengan izin Allah s.w.t. Lihatlah, betapa liciknya sang iblis! Sehinggakan, terkadang itu, di dalam jalan dakwah yang mulia ini, mampu terbitnya fitnah yang merugikan. Walhal, amal palsu menampakkan cerminan bahawa kita seolah-olah berada di atas jalan yang benar. Alangkah ruginya jika selama ini segala amal ibadah kita tidak diterima Khaliq! Maha Suci Allah yang tiap-tiap jiwa berada dalam genggamanNya! Kami mohon berlindung daripada melakukan amal yang sia-sia!
Apakah itu amal yang sia-sia?

Itulah amal yang didasari rasa 'ujub, riak dan takabbur. Bilamana landasan keikhlasan sudah mulai robek, diri lantas mendabik dada! Amal ibadah yang sepatutnya dilaksanakan berteraskan ketaatan kepada Ar-Rahman, mula mengintai pengiktirafan manusia lain. Harapan kepada pujian ramai mula berbunga-bunga. Saat ada pula yang lebih berjaya, hasad dengki mula mengambil tempatnya! Saat ada yang tersungkur, dia bersyukur! Betapa, manusia ini hamba yang hina dina. Waras akalnya tidak bersatu dengan kata hati, lalu pantas sahaja mendabik dada tanpa sedikit pun rasa malu. Betapa, dia hampir sahaja terlupa bahawa setiap denyut nadinya itu berada di bawah pengawalan Tuhan Yang Satu.

Pernahkah kita berfikir, sebaik sahaja usai solat fardhu yang kita lakukan; Adakah solatku ini diterima? Masih wujudkah lagi pandangan kasih Allah kepadaku? - Jika ya, teruskanlah istiqamah dengan pertanyaan-pertanyaan sebegini. "
Seburuk-buruk pencuri ialah orang yang mencuri di dalam solatnya. Para sahabat bertanya, siapakah orang itu? Maka Rasulullah s.a.w menjawab; orang yang tidak sempurna rukuk dan sujudnya" -H.R Ahmad. Mengapa penulis mengaitkan soal hina hamba dengan solat? Kerana, solat adalah asas dan merupakan tiang kepada agama seseorang muslim. Malah, amalan pertama yang akan ditanya di akhirat kelak juga merupakan solat fardhu seseorang hamba itu. Jika baik solatnya, maka baiklah seluruh amalannya dan begitulah sebaliknya. 



Justeru, marilah kita kembali menilai khabar iman dan amal kita. Adakah solat kita mampu mengawal diri daripada melakukan perkara keji dan mungkar seperti apa yang terkandung dalam kalamullah itu? Ikhlaskah kita dalam menunaikan solat, atau hanya atas dasar tidak tahan mendengar leteran ibu ayah? Atau hanya atas alasan amalan ikut-ikutan sahaja? Tanpa sekelumit pun rasa untuk berusaha mengkaji hikmah sebenar solat terhadap diri manusia? Barangkali juga ada di antara kita yang bersolat hanya kerana ingin menunjuk-nunjuk. Maha Suci Allah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Penerima taubat, ampunkanlah dosa kami dan terimalah taubat kami..

Kasih sayang Allah s.w.t meliputi seluruh kerajaan lagit dan bumiNya. Kerana itulah setiap makhluk yang bernyawa mendapat bahagian rezeki mereka masing-masing. Betapa hebatnya rencana Al-Manan dan betapa hinanya nilai seorang hamba! Masakan dengan sedikit tempias nikmat Allah itu dia bisa merasakan diri cukup sempurna? Mengaku diri dengan kemuliaan, mengangkat diri dengan ilmu pengetahuan yang masih cetek pada hakikatnya, memanjangkan mata pada keindahan dunia, dan menghambakan diri kepada nafsu yang menggila, semua ini sifat tercela yang harus dibuang jauh-jauh dengan hanya satu cara. 



Yakni penyucian nurani hati dengan hiasan sifat tawaddhuk dan semaikanlah rasa jiwa kehambaan kerana sesungguhnya manusia itu tiada daya dalam melawan kekuasaan Allah s.w.t. Ibnu Umar pernah meriwayatkan sebuah hadis, sabda Rasulullah s.a.w yang mulia; " Sesungguhnya, hati ini boleh berkarat sebagaimana berkaratnya besi bila terkena air. Baginda ditanya, "Wahai Rasulullah, bagaimana cara membersihkannya? " Rasulullah menjawab, "Perbanyakkanlah mengingati mati dan membaca Al-Quran"-(H.R Baihaqy)


Pertolongan yang tidak disangka-sangka

Tanpa kita ketahui, sebenarnya pertolongan Allah itu sering sahaja berlaku secara tiba-tiba dan tidak disangka-sangka. Bagi yang sentiasa meletakkan diri dalam keindahan tawakkal kepadaNya, saat pertolongan dan bantuan Allah itu lahir, jiwanya sentiasa dirundung rasa keinsafan. Lidahnya tidak henti-henti mengucapkan rasa syukur sehinggakan air matanya turut sama menyatakan rasa terima kasih tidak terhingga kerana masih mendapat pandangan kasih Ar-Rahman. Lantas, amalnya diperhebat kerana dalam diri tersemat indah rasa kehambaan. Keimanannya bahawa dengan mengingati Allah dikala senang, pasti mendapat perhatian Allah di kala susah semakin menebal. Alangkah indahnya saat jiwa berada dalam dakapan iman!

Bagi jiwa yang sakit, pasti pertolongan yang hadir itu dirasakan dengan berkat usahanya sendiri dengan menafikan bahawa tiap-tiap yang berlaku itu hanya terjadi dengan izin Dia Yang Maha Berkuasa. Inilah realiti kehidupan yang terjadi pada umat baginda rasul, Muhammad s.a.w yang diuji dengan pangkat dan harta kekayaan. Begitu juga dengan konteks pelajar yang berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang. Masih wujud sebilangan besar pelajar yang terlupa untuk mensyukuri nikmat kejayaan yang diberikan Tuhan kepada mereka. Mengapa hal ini terjadi, berbalik kepada jawapan yang sama. Kerana lunturnya rasa dan jiwa kehambaan.

Justeru, bagi orang-orang yang beriman, jangan pernah dirisaukan dengan perihal balasan Allah s.w.t kepada mereka. Sesungguhnya karunia Allah sangat luas. Masakan Allah tidak mengetahui penat lelah hamba-hambanYa yang soleh? Sehinggakan dunia dan seluruh isinya tidak layak diberikan sebagai ganjaran kepada mereka. Yang menanti pasti singgahsana nan indah di syurga kelak. Jangan pernah membiarkan penyakit ujub, riak dan takabbur merebak di hati. Juga jangan pernah menyesal andai segala apa yang kita kecapi tidak kita perolehi. 



Tiada satu makhluk pun yang bisa menandingi kehebatan dan kekuasaan Allah s.w.t. Pasti, bagi mereka yang terlibat di dalam jalan dakwah ini, persoalan mengenai himpitan-himpitan masalah menebal di benak fikiran. Barangkali pernah juga terlintas " Benarkah apa yang aku lakukan ini? Jika Allah meredhai apa yang aku lakukan, masakan aku diuji sebegini rupa?" Ingatlah, berjuang memang pahit! Kerana syurga itu manis. Masakan, jalanan perjuangan dihampar permaidani merah? Bersyukurlah bagi mereka yang diuji dengan kesusahan sedangkan ujian berupa kesenangan itu sememangnya lebih payah.


Jiwa Hamba

Semaikanlah jiwa hamba dan hindarkanlah diri dari mendabik dada dengan kemuliaan dan harta benda. Sucikanlah hati dengan memperbanyak amalan zikir dan bacaan Al-Quran kerana Rasulullah s.a.w pernah berpesan kepada kita; di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Tarmizi ibnu Abbas;
" Seseorang yang tidak ada sedikitpun Al-Quran di dalam hatinya adalah seperti rumah yang kosong," (H.R Tarmizi) Nauzubillahi minzaalik. Bagi mereka yang sedang merawat hati, jangan pernah khuatir dengan persoalan berupa " Mengapa semakin aku cuba merawat hati, semakin aku menemui kebuntuan, semakin aku menyedari kekotoran yang berlumut-lumut?" Inilah tanda bahawa hati itu sedang dirawat. 



Demikian jualah yang berlaku kepada tubuh badan kita saat para doktor menjalankan diagnosis. Jasad yang dirasakan sihat rupa-rupanya menghidap pelbagai penyakit-penyakit merbahaya. Oleh itu, nilailah kembali betapa kita ini sebenarnya mampu mengecapi nikmat kehidupan hanya dengan izin Dia Yang Maha Berkuasa. Beristighfarlah dengan ibu segala istighfar andai pernah terdetik di dalam hati rasa 'ujub,riak dan takabbur. Mudah-mudahan redha Allah bersama kita..

Allahumma irhamna bil Quran, Waj'alhu lana imaman wa nuran wa hudan wa rahmah. Allahumma zakkirna minhuma nasina wa 'allimna minhuma jahilna, waj'al hulana hujjatan ya Rabbal'Alamin..

Ya Allah kasihanilah kami dengan Al-Quran, jadikanlah ia imam, cahaya dan rahmat bagi kami. Ya Allah ingatkanlah kami ketika lupa serta bimbinglah kami ketika kami tidak mengetahui serta jadikanlah Al-Quran itu hujjah bagi kami..
Wallahu'alam


~hati perlu sentiasa ditarbiah...~ (6_6)

Kisah Tentang Taubat

Taubat Nabi Adam a.s.
Diriwayatkan dari Hasan, ia berkata bahawa ketika Allah menerima taubat Nabi Adam a.s., para malaikat mengucapkan selamat kepadanya dan Jibril serta Mikail a.s. turun kepadanya seraya berkata, "Wahai Adam, tenanglah hatimu sebab Allah Taala telah menerima taubatmu."

Jawab Nabi Adam a.s., "Hai Jibril, jika sesudah taubat ini ada pertanyaan, maka di mana sebenarnya maqam (kedudukan) aku?"

Allah pun menurunkan wahyu kepada Nabi Adam a.s., "Hai Adam, Kuwariskan kepada keturunanmu jerih-payah dan upah, dan Kuwariskan taubat kepada mereka. Barangsiapa di antara mereka berdoa kepada-Ku, pasti Kukabulkan sebagaimana Aku mengkabulkan engkau, dan barangsiapa memohon ampunan-Ku, Aku tidak berlaku kikir ke atasnya. Sebab Aku dekat, dan pengampun dosa. Hai Adam, orang-orang yang bertaubat akan dibangkitkan dari kuburnya dalam keadaan suka ria dan tersenyum simpul di mana doa permohonan mereka dikabulkan."



Tuhan Maha Penerima Taubat
Diriwayatkan bahawa di kalangan Bani Israil ada seorang pemuda yang beribadat kepada Allah selama 20 tahun dan membuat maksiat kepada-Nya selama 20 tahun pula. Suatu hari dia melihat wajahnya di cermin, dan nampaklah janggutnya yang beruban. Dia merasakan dirinya telah tua dan sudah tentu telah dekat dengan kematian.
Keadaan itu menyebabkan hatinya merana, lalu mengeluh, "Hai Tuhanku, aku telah taat kepada-Mu selama 20 tahun, kemudian maksiat kepada-Mu selama 20 tahun pula. Andaikata aku kembali kepada-Mu, sudikah Engkau menerima-Ku?"

Kemudian dia mendengar suatu suara berkata, "Engkau telah mencintai-Ku, maka Aku pun mencintaimu. Engkau telah meninggalkan-Ku, maka Aku pun meninggalkanmu. Dan engkau telah maksiat kepada-Ku, maka engkau Kuberi waktu. Jikalau engkau kembali kepada-Ku, Aku terimalah engkau."



Pintu Taubat Sentiasa Terbuka
Seorang lelaki telah bertanya kepada Ibnu Mas`ud tentang seorang yang berdosa tapi menyesalinya, apakah bagi orang itu ada hak taubat. Ibnu Mas`ud berpaling daripadanya, kemudian menghadapnya semula dengan kedua matanya bercucuran air mata, lalu menjawab, "Sesungguhnya Syurga itu mempunyai delapan pintu yang seluruhnya kadang kala terbuka dan kadang kala terkunci, kecuali pintu taubat. Pada pintu ini ada malaikat yang diserahi tugas agar jangan menguncinya. Bertaubatlah, jangan berputus asa!"

Taubat Dengan Menebus Dosa
Pada umat sebelum Rasulullah SAW, ada seorang lelaki yang telah membunuh 99 orang. Suatu hari dia menanyakan tentang orang yang paling alim di dunia ini, lalu ditunjukkan kepadanya seorang rahib. Lelaki itu pergi berjumpa sang rahib dan mengatakan bahawa dirinya telah membunuh 99 orang, apakah masih berhak untuk taubat. Rahib itu mengatakan tidak. Lalu dibunuhnya sekali rahib tersebut dan dengan itu cukuplah seratus orang. Kemudian ia bertanya lagi siapa yang paling alim di dunia ini. Ditunjukkanlah kepadanya salah seorang alim, lalu ia pun mengaku kepada orang alim itu yang ia telah membunuh seratus orang, apakah ia boleh bertaubat.
Jawab orang alim itu, "Ya. Siapa yang dapat menghalang kamu daripada bertaubat? Pergilah ke kampung sekian, sekian. Di sana, orang-orangnya memuja Allah Taala. Menujulah kepada Allah bersama-sama mereka dan jangan kembali ke kampungmu. Sebab kampungmu adalah tanah jahat."
Di pertengahan jalan, lelaki itu telah meninggal dunia. Maka berselisihlah malaikat rahmat dan malaikat azab tentang siapa yang berhak menguruskannya.

Malaikat rahmat berkata, " Di hatinya telah ada taubat kepada Allah."

Malaikat azab pula berkata, "Dia belum berbuat kebaikan sama sekali."

Kemudian, Allah mendatangkan malaikat lain dalam rupa manusia biasa untuk memutuskan perkara itu. Jarak di antara lelaki itu dengan kedua buah kampung pun diukur. Ternyata ia lebih dekat dengan kampung yang sedang ditujuinya dengan kadar satu jengkal. Akhirnya ia pun diuruskan oleh malaikat rahmat. Oleh itu, jelaslah bahawa tidak ada keselamatan kecuali dengan lebih beratnya timbangan kebaikan walaupun hanya seberat satu atom. Kerana itu wajib bagi orang yang bertaubat untuk memperbanyakkan kebaikan bagi menebus dosa-dosanya
.

~hati perlu sentiasa ditarbiah...~ (6_6)

syukur padaMu Ya ALLAH

Bismillahirrahmanirrahim..


Alhamdulillah.Sepatutnya pujian bagi ALLAH bukan saja tyme kita dapat menikmati ksenangan, tapi tyme kita susah pun. Why?


1. Nikmat yang ALLAH bg stat dari kita dok lam perut sampai kita tutp mata selama-lamanya, rezeki kita xpenah putus. xkisah la sapa pun kita, tua, muda, rasa macm tua terasa masih muda..rezeki kita xpenah putus.tak setuju? dah 2 Oksigen free bukan rezeki ka?


2.Susah ka senang ka, tu semua tarbiah secara tak lansung dr ALLAH, pecaya la...ada smtg yg ALLAH sembunyikan dr kita. Katakan kita susah, mula2 kita akan nampak apa yg jadi 2 negativ ja smua..xdak lansung yg baek, buat nu xkena buat ni xkena...smua xkena..Yakinla satu hari nant mesti ada suatu yang positiv yg ALLAH sembunyikan.


Ni berdasarkan banyak kali pengalaman, yang paling xleh lupa masalah ngan kawan tyme dok kat U ni..dari mula2 masuk sampai hari nie...ada ja yang xkena, me ni speses snang down, especially kalo masalah berkaitan ngan kwan2 ni. 


SEM 1: Masuk lambat skit coz sblum 2 kat USM, 2nd intake kat UiTM ni, dapat rumate yg xreti nk hormat. Org nak semayang ka, tidoq ka..memekak ja doploh pat jam. Geram btoi. Pas2 siap bawak kaki ngumpat kat lam bilik. Kawan 2 pun join venture sama ngumpat..hadoi, dugaan.Mula2 mmg xnmpak apa hikmah jadi smua 2, tp lama2 baru sedaq, bila dapat rumate cm2, me msti la jrg2 dok bilik, selalu p 'mengacau' kat bilik sorg sahabat ni. Alhamdulillah, nikmatnya dok p lepak bilik dia 2, skrg ni me da byak kawan, sahabat, rakan...Sblum 2 xnmpak pun semua 2..


SEM 2: Dapat dok kolej g, kenai ngan rumate baru lak. Best sgt kali ni, da sorg akak dr diploma, yg len semua sebaya. Siap ajak semua wat skali, makan, smyg..Ya ALLAH nikmatnya.Satu g yg xleh lupa masa me pitam lam toilet, me ni jenis darah rendah..xmkan ka tidoq lambat ka mula la..depa layan, Ya Rabbi..cm dok hospital org kaya 2...nk apa semua dapat..Syukur Ya ALLAH. Yg sedaynya, sem ni la tok wan me sebelah mak kandung ngan ayah meninggai dunia. Hanya selang dua bulan. Yang sebelah mak yg jaga skrg, tok wan ngan tok dua2 da g, cuma tok wan xbrapa sihat pas jatuh dlm toilet sbb darah tinggi. Yang sebelah ayah xdapat balik coz esok 2 ada test Heat, yang sebelah mak sempat balik tgok, sempat ikut majlis Tahlil. Dapat knai balik sepupu, sedara semua. Cam lawak lak, dh tua2 baru nk kenai sepupu sepapat..haha..Sebelum ni harap balik tyme raya ja, coz mak me dah meninggai dari me kecik g; 2 taun. So, xrapat ngat ngan sedara sblah sana.Teruk la jgak kn?haha..Nasib bek sempat kenai dr xkenai langsung =)


SEM 3, 4, 5: First tyme dok luaq, xdok kolej dh. Dok serumah ngan bdk2 klas. Macam2 jadi. Bermula banyak ujian drNya. Banyak kali jatuh terduduk coz xsanggup nk rasa bnda2 2 semua. Tapi ALLAH masih sayang. Allah bg me sahabat2 len yang sama2 bg me bangun balik. ALLAH xbiaq me sorg2. Bukan nak kata apa, tapi tiap kali ada ujian yg berat2, ALLAH xpenah tinggai me sorg2. Walaupun depa xbanyak bleh tlong, tapi kata2 semangat depa ckup utk me bangun balik. Alhamdulillah. Tyme ni la baru best coz mula ikut xtiviti persatuan islamik kat U ni. Banyak yg dapat belajaq, ramai sahabat2.


SEM 6: Dasyat!!!! Sem yg mmg dugaan paling truk. Bukan nk minta simpati ka apa, tapi tyme ni la yg me mmg btoi2 down. Sgt2 down. Gila down. Sebab bnda kecik ja, dan just becoz tlong back up salah org, kawan yg sama2 susah senang sblum ni sanggup buang kawan. Ya ALLAH..mmg sday sgt2..xdan nak bincang apa yg jadi, me diboikot truih. FULL STOP!!! Mmg tyme 2 bnyak kawan yg nak tlng. Intan Suhada Azmi ngan kak Hazirah Hj, Hamzah..tak jemu2 bg nasihat2 ngan ilmu2 berguna. Ayat depa slalu ulang ni sampai ke la dok ingt g


"Jadi keras hati skit Syazana ngan perangai manusia ni, jgan down sgt..Xyah dok sday2 bnda2 cm2, biaq la apa depa nak buat pa pun. Nanti da hikmah 2 yang xnmpak..., MANUSIA ITU UNIK!!! " 
>> ayat depa la ni..hehe, tq no, jasamu dkenang =)

Tiap2 malam xdak reja len reja derma ayaq mata ja. Tapi yg paling teharu ngan sorg sahabat ni, dari stat masalah 2 sampai ceria balik dia sntiasa kat sisi. Sebelum ni kenai2 cm2 ja pun, xsangka bleh rapat ngan dia sampai skrg. Nak kata perangai sama, bak kata that precious sahabat "kontra tahap pa tah". Tapi me sgt2 suka sikap dia. Thankx alot sahabat, Norazzrina Nawi. =)


SEM 7: Tyme ni mmg busy gila. Tapi tyme ni la mula dapat rasa sgala hikmah2 tersembunyi sblum ni. Alhamdulillah. ALLAH nak uji 2 ada sebab dia. Nak kita get ready tok bnda2 yang lebih dasyat sbgai bekalan. Lani dah bleh senyum lebaq, banyak nikmat yg seblum ni xsangka dapat.


Kesimpulan tok semua yang dah jadi stkat ni, 


"Belajarlah melepaskan... serah dan pasrahlah kepada kekuatan Allah bukan pada kekuatan kita. Ketika bertembung dengan halangan yang sukar, atau setelah segala usaha telah menemui jalan buntu, binalah harapan dengan menyerahkan segalanya kepada Allah. Pada detik itulah selalunya terbuka jalan, terserlah penyelesaian. Let go, let GOD!"


~hati perlu sentiasa ditarbiah...~ (6_6)