jom zikir...

Powered By Blogger

Saturday, April 16, 2011

Siapa berani siapa penakut??

Bismillahirrahmanirrahim…

Pagi nie susah sangat nak tidoq..tiba-tiba ja tergerak hati nak tengok perkembangan di tempat ramai syuhada syurga berjuang, PALESTIN. Tempat suci ketiga umat Islam. Sangat seday sebenaqnya tengok keadaan kat sana. Boleh tidoq macam kita kat Malaysia ni ka tak. Tapi penduduk Islam Palestin sangat kuat, depa ada semangat juang yang tinggi untuk selamatkan maruah Islam walaupun dengan baling batu semata-mata yang kalau ikut logik kita kat sini, apa la sangat yang boleh buat hanya dengan baling batu…Tapi depa nak gak buat sebab depa yakin dengan janji ALLAH, kalo kita tolong agama ALLAH, nanti ALLAH akan tolong kita balik..cuba tengok balik tafsir, kalo tak silap (SURAH MUHAMMAD:7)..Malu tak kita, at least depa ada gak usaha nak mempertahankan Islam, tapi kita, ME MYSELF pun…sampai umuq 22 tahun sekarang ni pun, rasa sangat kerdil berbanding ngan kanak-kanak Palestin. Malunya YA ALLAH…

Kalo nak dibandingkan cara hidup kita la ni pun, kalo nak ikut logic gak, KITA LEBIH MUDAH NAK MENGAMALKAN SUASANA ISLAM, AJARAN ISLAM, CARA HIDUP ISLAM…sebab negara kita cukup serba-serbi. Compare ngan penduduk Palestin yang segala benda kena sekat.Kat Palestin nu, ikit-sikit kena bom, kalo kita; nak kluaq umah pun takut, tapi depa…SUBHANALLAH…Tak pakai apa-apa protection, kalo istilah lam Process Safety (PPE-Personal Protective Equipment),  just baju sehelai sepinggang, berani sangat buat tindak balas kat Zionis LAKNATULLAH…Siapa kita nak dibandingkan dengan depa…
Sebut pasal cara hidup islam, keadaan kat Malaysia sangat-sangat menyedihkan…terutamanya bab aurat. Bukan nak kolot tak boleh ikut pesyen ka apa. Tapi dah macam-macam gaya, seday sangat tengok…Kalo la RASULLULLAH ada masa zaman kita, SEDAY
Mcam-macam pesyen dah, belit sana sini, putaq sana sini, gantung sana sini, bukan nak jeles ka apa. Tapi dah realiti dunia akhir zaman, Islam tu sekadar agama keturunan bukan cara hidup. Memang diakui, IMAN tak dapat diwarisi (cam lagu RAIHAN tu), tapi kita sepatutnya cari. Benda apa pun, kita kena cari, hatta nak makan nasi sekalipun, kena suap!!! Bukan nak belagak alim ka baik ka apa… dah terbukti ISLAM tu bukan sekadar agama tapi cara hidup.

Serius masa 1st tyme sampai kat u ni, sangat tegejut. “culture shock” omputih panggil. Ngan laki pompuan dah tak tau malu dok men tepuk tampaq sana sini, pastu tah la, tak tau nak cakap apa. Kat sini dah tak dak dah istilah hormat orang tua ka apa. Semua hentam sama ja. Bukan nak skema, tapi sangat la Nampak kekurang ajaran nya kat situ. Maybe sebab kat sekolah dulu semua benda-benda tu terjaga kot. Sekolah memang mempengaruhi pembawaan kita, tapi semua tu atas kehendak diri kita sendiri atas bantuan ALLAH.  Ada ja kat sekolah dulu, ya RABB segan nak buat nu buat ni, tapi la ni, segala benda-benda camtu, dia ‘kepala’.
Ya ALLAH, berilah kepadaku dan  sahabat-sahabatku rahmat dan hidayahMu. Peliharalah kami dan keluarga kami serta kaum muslimin dan muslimat dari azab api nerakaMu.

Takut sangat ngan reality dunia hari ni, ni baru zaman kita tah macam mana la zaman anak cucu kita semua nanti. (kalo panjang umoq!!!).

……………………(azan Subuh….satg sambung balik… J)……………………

Rasa cam dah tekeluaq tajuk lak…tadi sebenaqnya nak share pasai Palestin nu, tapi teshasul lak. Jom patah balik tajuk Palestin, kalo dok ikut perkembangan kat PALESTIN sana, kita boleh tengok clear gila yang zionis (ISRAEL) sangat takut ngan orang Islam.Penakut yang amat sangat. bUdak kecik baling batu pun depa takut, apatah lagi pemuda-pemuda Islam sebab ISRAEL-ZIONIS tau, penduduk Palestin rindu Syahid..

Sama –sama la kita muhasabah diri. Siapa kita kalo kita nak rasa kita hebat, boleh arah orang sana sini. Siapa kita kalo kita nak kata kita ni baik, depan macam len belakang macam len. Siapa kita kalo kita nak kata kita pandai, semua tu pinjaman kot, bila-bila masa ja ALLAH tarik balik semua nikmat yang kita ada. Siapa kita kalo kita nak kata kita ni tau serba-serbi, ilmu akhirat dah cukup???????????? Tak susah nak amalkan cara hidup Islam, sama ada kita nak atau tak mau ja. Keputusan semua kat diri kita seniri. Semoga perubahan kita kea rah yang lebih baik dapat menjamin kesepaduan umat Islam dunia. InsyaALLAH… J


~hati perlu sentiasa ditarbiah...~ (6_6)