jom zikir...

Powered By Blogger

Friday, October 1, 2010

kerana dakwah ini kita tanggung bersama

Segala puji bagi Allah yang telah mengilhamkan nukilan yang indah dan sarat dengan maksud di bawah ini kepada seseorang. Maka saya pinjam kata-katanya, terpaksa juga ‘kopi & pasta’ di sini, kerana ia penuh makna. Rasa sedih melihat sastera pada hari ini telah bertukar qiblat - kebanyakan muzik, lirik, puisi dan nukilan ditulis hanya untuk berseronok sahaja. Sunyi dari nilai dan erti.

Semoga kelak akan lebih banyak karya-karya islami yang berkualiti akan lahir dari jiwa-jiwa yang beriman. =)
kerana dakwah ini KITA tanggung bersama
Oleh:  Izzat Hafifie

syukur kepadamu Ilahi
dengan izinmu kami disini
tidak kami berbangga diri
menyerah hidup sebagai daie

daie itu bukan gelaran
bukan juga beban
tapi fitrah hidup insan
yang mengenal kehendak Tuhan

menjadi pemimpin bukannya mudah
bila yang dipimpin banyak karenah
namun ini kukira amanah
atas rezekimu yang melimpah ruah

jadilah kalian,
pemimpin yang beraqidah mapan,
berakhlak ikutan,
tajam akal fikiran,
tinggi kesabaran,
kuat tubuh badan,
dan amanah dalam pekerjaan.

sungguh islam dibina atas hujah,
bukan taklid buta semata.

biar hidup tidak berharta,
tapi cukup bekal membeli syurga,
biar hidup dihina manusia,
tapi darajatnya tinggi disisi yang Esa.

sungguh islam bukan lemah,
islam adalah agama dakwah,
umat islam adalah qudwah.

tegakkanlah kebenaran,
walaupun ia tidak menyebelahi kalian,
berkatalah benar,
walaupun tidak dibenar

sedikit bukan bermakna kalah,
sedikit bukan bermakna lemah,
pelik bukan bermakna salah,
muda bukan bermakna mentah.

wujudkan suatu biah,
yang berpaksi Al-Quran dan Sunnah,
agar islam bukan lagi fitnah,
dan agama hanya milik Allah,
ikhlaskan niat ikut Rasulullah,
agar usaha dinilai ibadah.

rapatkan saf semangat jangan goyah
kota yang telah roboh harus dibina semula
jangan kau gentar pada bayang-bayang sendiri
di sebalik pahit getir kemenangan menanti

kemenangan itu sudah pasti
namun bila tidak diketahui
mungkinkah ia tujuh generasi
mungkin juga menuntut mati

mari disusun kaki biar rapat
agar ditolak tidak jatuh
angin ribut kekal utuh
patah sayap bertongkat paruh

kalau berjalan biar seirama
dibelakang mengejar didepan menunggu
kalau berlari biar bersama
agar terasa nikmat bersatu

medan kita mungkin berbeza
tapi tempat tuju kita sama
di cubit kiri kanan terasa
kerana dakwah ini KITA tanggung bersama…
.
Kuatkan Iman Tingkatkan Amal

hati perlu sentiasa ditarbiah... :)

Persetankan kata mereka

oleh Ezairy M. Sallih
 Quantcast

Hendak betul-betul cemerlang dalam hidup ni memang payah. Susah, kak kalau kita betul-betul nak puaskan hati orang. Hati orang, bukannya hati kita. Kalau hati dan perasaan kita yalah senang. Betul?

Kalau kita asyik berbicara macam mana nak jadikan orang lain ni rasa gembira dengan setiap hasil kerja kita, itu memang tak akan ada habisnya. Hari ini orang itu kata ini, hari esok orang ini kata itu pula. Sudahnya, bila nak habis!

Jadi, tip seterusnya untuk dapatkan betul-betul kecemerlangan dalam hidup anda ialah dengan maju dan terus maju. Gerak ke depan. Bahasa lainnya, ketepikan semua kata-kata orang.

Orang lain ni boleh membina kita, tapi kadang-kadang itu boleh juga meruntuhkan kita. Jadi, untuk anda yang masih mencari-cari identiti diri anda, yang masih tercari-cari siapakah diri anda, maka teruskanlah dengan matlamat anda.

Ya, dengar kata orang, lihatlah pandangan orang, tapi tak semua wajib didengar. Dengar itu boleh, tapi percaya itu, tak semua yang boleh.

Selamat maju jaya. Salam keterbilangan. Saya doakan anda terus cemerlang!

...hati perlu sentiasa ditarbiah... :)

Be yourself!

Oktober 1, 2010
oleh Ezairy M. Sallih


Hendak rasa senang hati tu rasa-rasanya macam susah aje. Macam payah saja, betul? Tapi  kadang-kadang tu, bila kita tengok sesetengah kawan macam senang saja nak menghappykan diri mereka. Macam mana  ya?

Be yourself. Jadilah diri anda. Ketawalah, senyumlah, buatlah apa-apa untuk menggembirakan anda, asalkan tidak melanggar syariat.

Ya, bila anda ketawa,bila lakukan apa pun kerja yang anda suka, secara automatik, anda akan membawa diri anda jauh ke alam kegembiraan, ketenangan dan anda sendiri yang akan mengawal diri anda.

Jangan biarkan diri anda dikuasai oleh faktor dan pengaruh dari luaran. Yang baik dan elok itu tak apa, tapi lazimnya manusia akan mudah tertarik dengan rangsangan faktor luaran yang boleh menjatuhkan mood mereka.

Jadi, kawallah diri anda. Tip ini rasa macam sukar, tapi bila anda sudah selalu amalkan anda akan rasakan ianya sudah menjadi sebahagian daripada hidup anda. Di mana-mana pun, kawallah diri anda. Be yourself. Jadilah anda sendiri!

Ketawalah, senyumlah. Anda sendiri yang berhak untuk mengubah cara dan gaya hidup anda.

....hati perlu sentiasa ditarbiah... :)