jom zikir...

Powered By Blogger

Sunday, June 6, 2010

Kejahilan terhadap ISLAM.




Sistem kehidupan ISLAM hari ini sudah menjadi asing
Sistem kehidupan ISLAM hari ini sudah menjadi asing
Bila kita bergerak untuk kembali mengambil ISLAM sebagai sistem hidup, pasti kita akan mendengar cemuhan-cemuhan kurang enak dari pelbagai orang. Jangan kata hendak mengambil ISLAM secara menyeluruh, baru sahaja memakai kopiah di kepala, sudah akan ada orang yang berkata,
“ Alah, nak berlagak alim la tu…”
Dan lebih kelakar lagi, yang akan menyindir kita itu adalah orang bernama ISLAM, dan agamanya juga adalah ISLAM.
Adakah kita perlu terasa dengan kata-kata orang sebegini?
Jika dikembalikan soalan itu kepada saya, maka saya akan menggeleng kepala. Tidak perlu hendak terasa. Malah doakanlah kesejahteraan kepada mereka. ALLAH SWT berfirman,
“ Dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka(dengan kata-kata yang menghina), mereka(orang-orang yanng beriman) mengucapkan kesejahteraan” Surah Al-Furqan ayat 63.
Ya, ayat itu termaktub di dalamnya jahil. Mereka yang menyindir manusia lain dalam mengambil ISLAM sebagai cara hidup adalah manusia yang jahil. Mereka jahil terhadap ISLAM itu sendiri.
As-Syahid Abdul Qadir Audah berkata,
“ Manusia hari ini hanya berbangga dengan nama ISLAM yang mereka ada, tanpa mengetahui apa pun berkenaan dengan ISLAM”
Nama Ahmad, ketika Hari Raya rasa bangga dengan baju melayunya, dengan solat hari rayanya, dengan duit rayanya, saat kematian bergerak sedih dengan Yasinnya, semasa raya haji sibuk dengan binatang korbannya, ketika puasa bersusah payah dengan kelaparannya, ketika melakukan haji mengorbankan banyak duitnya, ketika berjaya sibuk dengan kenduri kesyukurannya. Itulah ISLAM yang ditonjolkan. ISLAM pada tradisi, ISLAM pada budaya, ISLAM padatempat-tempat dan waktu tertentu sahaja. Bila manusia lain menonjolkan ISLAM pada juzu’ kehidupan yang lain, mata Ahmad ini akan memicing pelik, dan mula keluar dari mulutnya kalam-kalam aneh,
“ Bajet bagus lah tu…”
Kewujudan manusia-manusia seperti ini hakikatnya membuatkan masyarakat terkelambu dengan hakikat ISLAM sebagai sistem hidup yang sebenar. ALLAH SWT berfirman,
“ Dan barangsiapa yang mencari jalan hidup selain ISLAM, maka dia tidak akan diterima, dan dia di akhirat kelak tergolong dari kalangan orang-orang yang rugi” Ali Imran ayat 85.
“ …Pada hari ini AKU sempurnakan untuk kamu agama kamu, dan AKU sempurnakan nikmatku dan AKU redha ISLAM untuk kamu sebagai cara hidup..” Ayat 3 Surah Al-Maidah.
ISLAM bukan sekadar agama yang berfungsi ketika di dalam tempat ibadahnya, atau pada masa-masa dan tempat tertentu sahaja. ISLAM adalah satu sistem hidup yang menyeluruh, lengkap dan bersifat alami.
Di sisi ALLAH, tiada sistem lain yang akan diterima melainkan sistemNya ini. Sebab itulah jika kita perasan, ALLAH menurunkan AL-Quran sebagai petunjuk untuk membawa hamba-hambaNya memahami sistem hidup ini. 240,000 Nabi dan 313 Rasul turut dihantar untuk membawa manusia agar kembali kepada sistem hidup ISLAM ini. ALLAH SWT berfirman,
“ DIAlah yang mengutuskan rasulNya dengan petunjuk, dan agama yanng benar untuk diunggulkan atas segala agama, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukai” At-Taubah ayat 33.
Kini, ISLAM sudah sempurna dan sesuai digunakan oleh semua manusia, zaman-berzaman, sehinggalah tiba hari yang dijanjikan. Tetapi manusia hari ini seperti tidak mahu memandang sistem hidup daripada ALLAH SWT ini. Kenapa sebenarnya?
Kerana sistem hidup ini tidak mengisi hawa nafsu manusia secara liar. Sistem hidup ini, mendidik manusia bahawa, tidak semua keseronokan dunia boleh disentuh. Sistem hidup ini adalah sistem hidup bukan berasaskan materialisma. Sistem hidup ini asasnya adalah iman kepada ALLAH SWT.
Manusia yang diserang dengan material, dan mencintai dunia, sememangnya akan menghalang dirinya dari mengambil sistem hidup ISLAM ini. Manusia yang sudah diracuni sikap ananiah, sememangnya tidak akan menyentuh sistem ini. Manusia yang sudah mabuk dengan kesenangan dunia dan kuasa, memang tidak akan memandang sistem hidup ini berguna untuknya.
Justeru, insan yang bertegas untuk mengambil sistem hidup ISLAM ini, tidak boleh memandang kepada manusia yang sudah teracun dengan dunia ini untuk mengambilnya. Mestilah kita kembali kepada sumber yang sohih jika hendak mengambil sistem ini.
Dr Yusuf Al-Qaradhawi juga menggesa manusia supaya kembali melihat dan merujuk sumber-sumber yang sohih ini. Mujahid Fathi Yakan pula mengajak kita semua untuk kembali melihat dan mentadabbur semula Al-Quran dan As-Sunnah yang sememangnya merupakan perlembagaan kepada ISLAM itu sendiri.
Kejayaan generasi awal ISLAM perlu dilihat sebagai satu aspirasi dan inspirasi kepada semua manusia yang ingin mengambil sistem hidup ini. Mereka adalah bukti bahawa sistem hidup ISLAM ini tidak mengecewakan, malah membawa kebahagiaan. Generasi Al-Quran yang unik itu berjaya, kerana mereka dibina dengan keimanan, bukannya dengan material, dan lebih penting, mereka mengambil ISLAM sebagai cara hidup tanpa menolak apa-apa dari ISLAM walau satu huruf.
Merekalah yang tegar dan tidak tergoncang dalam menempuh rintangan dan cabaran sepanjang memikul perjuangan membawa sistem hidup ini kepada manusia. Segala halangan dan rintangan, dianggap sebagai ujian ALLAH SWT untuk menguji kebenaran iman mereka. Merekalah golongan yang berjaya melenyapkan ghrubah ISLAM fasa pertama.
Justeru kita sebagai manusia hari ini, perlu kuat juga berusaha dalam merealisasikan ISLAM sebagai cara hidup kita. Mesti hendak membuktikan kepada manusia seluruhnya bahawa, ISLAM adalah satu-satunya cara hidup yang mampu membeli kebahagiaan. Sebab itulah kita diseru untuk berusaha dan bergerak tanpa putus asa dan menunjukkan kecacatan.
Kejahilan yang melekat dalam kepala kita hari ini berkenaan ISLAM perlu dibasuh semula. Sumber yang sohih mesti dirujuk semula. Perjuangan yang dimulakan para as-sabiquunal awwalun mesti dijunjung semula. ISLAM, mesti kita usahakan untuk tertegak di dalam diri kita.
Sistem apakah yang lebih bagus dan baik, dari sistem ciptaan PENCIPTA kita? ALLAH SWT berfirman,
“ Acuan ALLAH, siapakah yang lebih baik dari ALLAH acuannya? Dan kepadaNya kami menyembah” Al-Baqarah ayat 138.
Mari kita membasuh kejahilan yang menjadi daki di dalam kehidupan kita, dan mari kita menjadi HAMBA!

Siri Propaganda Israel Di Sebalik Jendela Dunia

Bangsa Yahudi – Israel ini sudah lama membuat onar di muka bumi. Buktinya lihat saja firman Allah Ta’ala pada lembaran ayat 148 surah al-A’raf kisah mengenai kaum Bani Israeldi kala era pimpinan Nabi Musa a.s.
Sekejap sahaja mereka berubah sikap dan kata. Kecekatan bangsa Yahudi ini langsung menatijahkan manusia sekitar seringkali tertindas. Merusuh dan tidak senang hati. Akhirnya mereka terbuang dari masyarakat antarabangsa. Tiada bernegara sebermula zaman kegemilangan Madinatu Munawwarah yang dipimpin Rasul tercinta – Muhammad SAW.
Khaibar-khaibar Ya Yahud, Jaisyu Muhammad Saufa Ya Udd!” Teriakan laungan ini segar diingatan. Dan ia menggentarkan nubari Israel hakikatnya. Lalu berciciran lari bangsa  Yahudi ini merempat ke penjuru dunia.
Tatkala hidup tidak bernegara, mereka tidak pernah diam dan bisu daripada merencanakan sesuatu. Dendam kesumat tetap tersemat senantiasa bersama strategi menjahanamkan musuh. Mereka bijak dan cerdik, tetapi menyelewengkan kecerdikan itu mengikut telunjuk kuasa Syaitan, bukan Tuhan.
Bayangan serangan Holocaust Nazi pasca pemerintahan Adolf Hitler seringkali diputarkan ke seluruh sarwajagat – agar dunia tahu mereka bangsa tertindas. Lantas alasan tidak munasahabah ini selalu dimainkan bersama pembantaian terhadap umat Palestina. Berkekalan dimainkan tanpa henti.
Dunia terpaku, dunia diam seribu bicara. Dunia termakan kata-kata manis zionis Israel pada alasan pernah dizalimi Nazi. Propaganda ini jelas tidak terhenti di situ.
Yahudi melebarkan sayap pemerintahan senyap dalam gelap disebalik empayar kapitalisme Amerika Syarikat. Mereka menguasai seluruh perusahaan, bank-bank, penggurup matawang, politik dunia, media antarabangsa, sebaran sosial hatta kepada pembudayaan terhadap etnik dunia. Termasuk dunia Islam.

WASHINGTON 14 Mei – Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama meminta Kongres meluluskan peruntukan AS$205 juta (RM697 juta) untuk membantu Israel mempercepatkan penempatan sistem pertahanan roket di kawasan sempadannya. Sistem ‘Kubah Besi’ Israel bertujuan untuk meminta roket yang dilancarkan dari Genting Gaza dan Lebanon

Lihat fakta ini – Bank Simpanan Persekutuan dikuasai pemilik-pemilik Yahudi seperti Rothschild Banks Of London dan Berlin, begitu juga pemilikan Lehman Brothers Bank Of New York, Lazard Brothers Bank Of Hernburg dan Amsterdam serta Goldman Sachs Bank Of New York.
Mereka menguasai sumber kewangan keluar masuk dunia. Jadi tidak mustahil umat Islam ‘terpaksa’ mengiyakan RIBA. Walhal mengiyakan RIBA bagai mengisytiharkan perang kepada Allah Ta’ala dan Rasul-Nya!
Kata salah seorang Penguasa Amerika Syarikat bernama Amschel Bothschild:
“Izinkan saya mengeluarkan dan menguasai wang negara dan saya tidak peduli siapa yang menjadi Presiden atau mereka yang menulis undang-undang negara.”
Lalu slogan dicanang bahawa jalan lurus itu adalah west life, bukan sirathol mustaqim yang digembar-gemburkan firman Jalla Wa’ala. Bahkan mereka seringkali mencipta undang-undang, tetapi realitinya bagi Israel slogan NO RULES lebih kerap digunapakai.
PROPAGANDA MEDIA ISRAEL
Selesai pasca serangan ke atas kapal Flotilla dan penangkapan anak kapal Rachel Corrie, mereka tidak berdiam diri. Jangan disangka Israel akan diamkan sahaja detik 31 Mei itu. Serangan media mereka bertali arus dilancarkan siang dan malam.
Media mereka lantas memainkan perang saraf memutarbelitkan kefahaman dunia bahawa anak-anak kapal LineLife4Gaza itulah yang bersalah. Kononnya mereka menyerang pasukan lanun Israel terlebih dahulu.
Bijak bukan?!
Nah, siapa pula mahu menuntut bela atas kematian 20 aktivis itu? Senang bicaranya – tuntutan ke atas jutaan umat Islam yang terkorban dek pembantaian Israel selama ini?
Bisu.
Dan setelah menonton siri proganda itu, kalian tidak mengira apa pangkat sekalipun hatta para huffaz yang menghafaz 30 juz adalah dijemput dengan segala hormatnya meneliti ayat al-Quran:

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka”. TMQ al-Baqarah: 120

12.54PM, 6 Jun 2010,
Siberbay, Tanta.

MUSLIMAH SOLEHAH YANG BEBAS



Saya menemui satu pengakuan tulus dan jujur lewat tulisan seorang wanita Barat bernama R. Stevenson di dalam The Toronto Star bertarikh 23 Januari 2002, berhubung etika pemakaian wanita Islam. Sebagai seorang Muslimah, saya amat terharu membaca kata-katanya itu. Menurut beliau:

“While out for dinner last week with colleagues, we sat beside three 20-something women. There was the usual posing and glances exchange, and as they paid their bill two Muslim women entered and sat nearby. Whispers were quickly exchanged and we could hear, "Why do they wear those things anyway?" ... "I feel sorry for them" ... and so on.


As they filed out of the restaurant with guests, we noticed they spotted a mixed collection of the following: skin tight pants, short skirts, exposed midriffs, push-up bras, high heels, jewelry, see-through or plunging tops, piercings, lipstick and makeup, and one had breast implants for certain.


We observed the two Muslim women as they were engaged in close conversation over coffee. Their graceful features complimented their dark headscarves and warm eyes. Their natural gestures were flirty without even trying - revealing natural beauty. And their clothes, while conservative, brought forth the hidden potential of something wonderful and truly feminine. The idea of dressing modestly terrifies some western women - but why? Perhaps it would trample their "right" to show off. Would their self-esteem fall along with their hemlines?


After some debates, we identified the cost of the western "right" to flaunt. 
The Muslim women were free from the fashion trap - free to "just be" without posing, comparing, dieting and spending for the approval of men and each other. And they looked more desirable to us than the exhibitionists who were in the restaurant and parading on the sidewalk. The sexual displays in our culture are so mainstream and competitive that modesty is seen as regressive. Yet, long term, when a man looks past the tight pants and heels, he will ultimately detect not confidence, but a certain unattractive desperation.Modest women don't have that desperation - they don't compete in the arena of vanity. They have themselves - and that's the kind of attraction with legs to last the long run.


Remember that the next time you feel sorry for a Muslim woman.”


UNTUK MUSLIMAHKU YANG DIKASIHI…
Akhirnya, wahai Muslimahku….
Insafilah, bahawa ketika ini musuh-musuh Islam begitu memerhatikan kedudukan wanita Islam dan kepada siapa dia dapat memberikan pengaruhnya. Seorang Muslimah itu, hidupnya adalah sebagai seorang ibu, sekaligus sebagai guru dan pembangun generasi yang makmur dan padu.


Justeru itu, mereka berusaha sedaya upaya untuk menghancurkan moral dan akhlak Muslimah, merentap ‘pakaian’ Deen yang benar, mengoyak ‘hayaa’ ( rasa malu ) dari menutupi tubuh badan, fikiran dan tindakan mereka sehingga kesannya nanti, moral dan akhlak anak-anak Muslim, pembangun masa depan sebagai tiang-tiang ummat, akan turut hancur dan rosak. Jika keadaan ini dibiarkan berterusan tanpa rawatan, kelak tiang ini akan hancur lunyai bak dimakan anai-anai. Hilanglah kekuatan Ummah. Generasi pewaris semakin lemah, maka apa yang akan terjadi pada masa depan umat Islam ? Mungkinkah hanya tinggal sejarah ?


Tidakkah sebak di hati kita membayangkan ummat Islam di zaman Rasul dan salafussoleh, mereka cemerlang dan tinggi di mata dunia kerana meletakkan kebenaran menguasai hawa nafsu. Berbanding kita hari ini…semakin lemah dan diperlekeh kerana nafsu merajai kebenaran sehingga sanggup mengenepikan wahyu dan aturan Tuhan.


Oleh itu, marilah kita bersama-sama, dalam menghadapi situasi yang gawat dan kritis ini, untuk kembali kepada kehendak Allah SWT yang menginginkan agar manusia berusaha mengendalikan hawa nafsu berwahanakan ilmu. Ilmu yang yang diwariskan oleh Junjungan kita, Nabi Muhammad SAW kepada para sahabat, tabi’in, tabi’ al-tabi’in, dan para ulama yang sentiasa prihatin dengan ajaran dan sunnah Rasul-Nya.


Muslimah tercinta…
Kata-kata saya ini bukan baru, namun ia adalah peringatan untuk kita semua. Semoga Allah SWT mengurniakan manfaat yang ada padanya dan mengalirkan kesannya pada hati dan jiwa kita dengan kedamaian, ketenangan dan kebahagiaan.


Ketahuilah, kita kini umpama berdiri di satu pelabuhan kehidupan, sedang menunggu kapal yang akan membawa kita ke destinasi terakhir di sebuah dataran besar, iaitu akhirat yang lebih kekal. Tingkatkan ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya dan carilah apa yang menyenangkan Allah bagi memungkinkan kita meraih komoditi yang tidak terbanding nilaiannya..


Bahawa kita semua punya harapan untuk Al- Jannah. Syurga yang tersedia untuk golongan yang benar-benar beriman dan bertaqwa kepada Allah.


Persoalannya : Layakkah kita ? Renungilah bicara puitis ini....




Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.


Jumpa lagi, InsyaAllah.

BUAT MUSLIMAH YANG DIKASIHI.....

Saya sering bermonolog tatkala bersendiri, terutama saat mata terhenti membaca apa-apa berita dan hal ehwal terkini wanita hari ini. Hati disayat pilu melihat tubuh-tubuh Muslimah yang masih banyak dimanipulasi sebagai daya penarik. Tanpa saya menafikan, seringkali keadaan itu beriringan dengan ‘perbalahan’ dari dua sisi di lubuk jiwa yang paling dalam.


Sisi gelap dari syaitan Laknatullah yang membisikkan rasa tidak kisah. Biarkan sahaja...bukankah wanita-wanita itu telah memilih jalan kehidupan mereka? Lalu, mengapa perlu menyibukkan dirimu?


Namun, sisi kedua yang memancarkan cahaya Ilahi berbisik sebaliknya.


Sayangkah saya kepada wanita, apatah lagi muslimah seperti saya…andai tika melihat mereka hanyut dilambung ombak dunia yang bergelora, saya hanya berdiam tanpa usaha?


Kasihkah saya pada keturunan Hawa, jika saat melihat mereka semakin asyik dibuai alunan nafsu, saya hanya diam membatu? Kaku dan bisu.








WANITA DAN ‘TREND’

Sebetulnya, saya tidak mahu terlalu kerap menyentuh tentang wanita dan segala perhiasannya yang indah. Sudah cukup rasanya beberapa peringatan yang tidak seberapa dari saya lewat artikel-artikel sebelum ini. Akan tetapi, sebaik menerima beberapa pertanyaan tentang 
trend terkini pakaian Muslimah yang semakin menjadi-jadi, saya kembali meniupkan semangat diri untuk saling nasihat menasihati. Pertanyaan tersebut saya ambil dari ruang komentar pada artikel, Tsunami Dosa :

Salam,

Saya nak bertanya pasal wanita. saya ada terlihat kawan saya post : ~ Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat~

Yang pasal sanggul tu betul ke ye? Minta pandangan.


Saya membuka lembaran al Quran untuk mengambil pedoman dan kekuatan. Ayat di bawah ini sungguh menggetarkan jiwa kehambaan bila mengingatkan amaran Ilahi dan Rasul yang dicintai.


Allah SWT berfirman:

لُعِنَ الَّذِينَ كَفَرُواْ مِن بَنِي إِسْرَائِيلَ عَلَى لِسَانِ دَاوُودَ وَعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ ذَلِكَ بِمَا عَصَوا وَّكَانُواْ يَعْتَدُون َكَانُواْ لاَ يَتَنَاهَوْنَ عَن مُّنكَرٍ فَعَلُوهُ لَبِئْسَ مَا كَانُواْ يَفْعَلُونَ

Maksudnya : 
“Orang-orang kafir dari Bani israil telah dilaknat melalui lisan Daud dan Isa, Putera Maryam. Yang demikian itu kerana mereka derhaka dan selalu melampaui batas. Mereka tidak saling mencegah perbuatan yang selalu mereka perbuat. Sungguh, sangat buruk apa yang mereka perbuat“. ( Surah Al-Maidah ayat 78-79 )


Ibnu Mas’ud r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW, usai membaca ayat tersebut, Baginda bersabda:

“Demi Zat yang jiwaku berada ditangan-Nya, hendaklahlah kalian menegakan amar ma’ruf dan nahi munkar, membimbing orang yang buruk akalnya dan meluruskanya agar sejajar dengan kebenaran. Jika tidak, sungguh Allah akan melenturkan hati sebahagian kalian atas hati sebahagian yang lain dan akan melaknat kalian sebagai melaknat mereka“.
SEUMPAMA BONGGOL UNTA

Kenyataan yang jelas terpampang di dalam masyarakat kita hari ini, ramai wanita menghambur wang ringgit untuk mendapatkan pakaian yang cantik menawan, perhiasan yang bergemerlapan, bahan-bahan kecantikan, peralatan solek yang berlebihan dan seumpamanya. Golongan ini mudah terikut dengan arus fesyen kontemporari atau perkataan lainnya, 
trend, tanpa mengambil tahu terlebih dahulu persoalan hukum dan kewajarannya menurut pandangan agama.


Sedangkan jika diperhalusi secara matang dengan berpandukan kebenaran, semua itu tidak banyak menjana atau menambah kemajuan perekonomian sejagat dan tidak pula meningkatkan taraf hidup masyarakat. Bahkan sebaliknya, ia hanya menambah beban dan tanggungan yang maha berat kepada ummat kerana dilakukan TANPA menurut aturan syari’at.


Kata-kata yang disertakan di dalam pertanyaan di atas, sebenarnya bersumber dari sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

“ Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri atau anak perempuan mereka ), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis dan ketat). Di atas kepala mereka pula terdapat bonggolan seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”. ( Hadith riwayat Ahmad )


Dan juga sabda Nabi SAW :

صنفان من أهل النار لم أرهما بعد قوم معهم سياط كأذناب البقر يضربون بها الناس ونساء كاسيات عاريات مميلات مائلات رؤسهن كأسنمة البخت المائلة لا يدخلن الجنة ولا يجدن ريحها وإن ريحها ليوجد من مسيرة كذا وكذا

Maksudnya : 
"Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah aku lihat kedua-duanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang ( iaitu penguasa yang kejam), (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan bisa masuk syurga, dan tidak akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim, Babul Libas)

Dari hadis ini, Rasulullah SAW memberi amaran tentang dua golongan yang menghuni neraka, dan salah satu daripadanya ialah wanita yang mendedahkan aurat, mereka berpakaian tetapi seolah-olah bertelanjang dek pakaian yang disarung amat nipis, ketat dan sendat. Masih menampakkan lekuk dan bentuk tubuh. Juga, mereka tidak mengambil langkah berjaga-jaga untuk menyempurnakan penutupan aurat sebagaimana yang disyari’atkan agama.

Jujurnya, rambut wanita yang disifatkan oleh Junjungan Mulia itu sebagai sebesar punuk unta atau bonggol unta sedang berlaku secara meluas dan digayakan tanpa rasa bersalah. Segalanya bermula dari daya tarik inginkan kecantikan yang ada pada wanita yang mengenakan 
trend tersebut dalam berpakaian ketika mereka keluar bergelandangan di dalam masyarakat. Walaupun telah mengenakan tutup kepala, tetapi hakikatnya mereka masih ingin mempamerkan keindahan dengan meninggikan ikatan sanggul di kepala. Dikatakan, gaya sedemikian dapat menjadikan pemakainya kelihatan lebih seksi dan menawan.

Lebih malang, bagi wanita yang tidak memiliki rambut panjang, mereka sanggup membeli sanggul tiruan untuk turut serta memeriahkan gaya terkini lagi ranggi itu. Tanpa sedar, 
dua kesalahan telah mereka lakukan. Dosa memakai rambut palsu, walaupun tersorok di sebalik tudung yang dikenakan; dan kedua, dosa bertabarruj ( berhias dan mempamer kecantikan serta keindahan pada wajah dan tubuh badan kepada yang bukan muhrim ) yang amat dilarang.

Berita tentang itu, boleh dibaca 
di sini.

Tidakkah timbul rasa gerun dan gentar di hati para Muslimah yang membaca hadis ini bila mana Rasululullah menyatakan golongan yang melakukan dosa seumpama ini sebagai penghuni neraka Allah? Na’uzubillah…



KREATIF SENI


Situasi ini disemarakkan lagi dengan kehadiran pereka-pereka busana Muslimah yang menyatakan mereka mahu membantu Muslimah ( yang perlu menyahut seruan menutup aurat tetapi dalam masa yang sama tetap mampu tampil bergaya, anggun lagi mencuri tumpuan ) untuk menyesuaikan diri dengan keadaan semasa. Sayangnya, mereka tidak menyedari atau mungkin kurang mengerti bahawa rekaan yang dikeluarkan itu tidak selari dengan kehendak Ilahi sebaliknya ia hanya meletakkan martabat ajaran Islam di bawah nama kreativiti seni.

Apabila ada suara-suara berkumandang menegur hasil seni mereka yang tidak sefahaman dengan ajaran murni Islam, mereka mulai rasa tergugat dan membantah menggunakan hujah akal yang banyak diwarnai nafsu kepada dunia.

Dakwa mereka:

“Apa salahnya Muslimah berfesyen arus kontemporari? Bukankah ini lebih bermanfaat untuk menarik lebih ramai orang bukan Islam melihat keindahan Islam yang dipamerkan dari pakaian dan perhiasan. Walaupun Muslimah menutup aurat, bertudung kepala dan mengenakan hijab, tetapi mereka tetap dilihat cantik dan menawan, mengikut arus fesyen semasa, tidak kolot atau jauh ketinggalan.”

“Kami membantu Muslimah untuk lebih yakin diri. Mereka hidup dalam suasana semasa yang mana wanita semakin berada di depan bersama lelaki. Jadi, rekaan sebegini mampu menjadikan mereka lebih berkeyakinan dan berpersonaliti.”

Ingatlah, jika kreativiti seni dan kehendak manusia dijadikan sebagai satu piawaian atau kerangka nilai, maka akan terjadilah kekacauan dan kepincangan.



BISIKAN IBLIS


Allah SWT menggambarkan orang-orang yang lebih mengutamakan kebenaran logik akal, juga kehendak dan kesukaan manusia ramai daripada kebenaran wahyu adalah identik dengan sifat orang-orang yang lalai dan termakan hasutan syaitan. Firman-Nya :

وَلاَ تَأْكُلُواْ مِمَّا لَمْ يُذْكَرِ اسْمُ اللّهِ عَلَيْهِ وَإِنَّهُ لَفِسْقٌ وَإِنَّ الشَّيَاطِينَ لَيُوحُونَ إِلَى أَوْلِيَآئِهِمْ لِيُجَادِلُوكُمْ وَإِنْ أَطَعْتُمُوهُمْ إِنَّكُمْ لَمُشْرِكُونَ


Maksudnya : 
“Dan janganlah memakan binatang-binatang yang tidak disebut nama Allah ketika menyembelihnya. Sesungguhnya syaitan itu membisikkan kepada pengikut-pengikutnya agar mereka membantah kamu; dan jika kamu menuruti mereka, sesungguhnya kamu tentulah menjadi orang-orang yang musyrik.” ( Surah Al-An’am ayat 121 )


Sifat iblis dan syaitan yang terus menerus diperjuangkannya ialah menyanggah dan menolak kebenaran demi mempertahankan pandangan dan pendirian yang menyalahi ajaran Allah SWT. Justeru, tidak hairan, hakikat yang berlaku ialah bukan ia tidak mengetahui mana yang benar dan mana yang salah, tetapi karena memang ia tidak mau mengikut dan tunduk pada kebenaran tersebut.


Allah SWT juga mengingatkan :

يَا بَنِي آدَمَ لاَ يَفْتِنَنَّكُمُ الشَّيْطَانُ كَمَا أَخْرَجَ أَبَوَيْكُم مِّنَ الْجَنَّةِ يَنزِعُ عَنْهُمَا لِبَاسَهُمَا لِيُرِيَهُمَا سَوْءَاتِهِمَا إِنَّهُ يَرَاكُمْ هُوَ وَقَبِيلُهُ مِنْ حَيْثُ لاَ تَرَوْنَهُمْ إِنَّا جَعَلْنَا الشَّيَاطِينَ أَوْلِيَاء لِلَّذِينَ لاَ يُؤْمِنُونَ


Maksudnya : 
“Hai anak Adam! Janganlah kamu sekali-kali dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapamu dari syurga, ia menanggalkan dari keduanya pakaiannya untuk memperlihatkan kepada keduanya aurat mereka.” ( Surah Al-A’raf ayat 27 )

ALAT DAN TUJUAN
Saya bukan mahu menafikan fitrah seorang wanita. Juga, jauh sekali dari meletakkan diri saya sebaris dengan orang-orang yang anti kepada fesyen-fesyen terkini. Tidak sama sekali. Kerana jujurnya saya juga punya naluri ingin tampil mempesona. Juga turut tertarik dengan busana yang sungguh indah dan cantik di mata.


Saya akui dan sedar semua wanita mempunyai keinginan itu.


Cuma, saya berhasrat untuk mengajak wanita bergelar Muslimah memahami dan meneliti setiap tindak tanduk mereka. Menggunakan kecerdasan akal yang dikurniakan oleh Allah Yang Maha Esa untuk lebih bijak menggunakan kecantikan bagi mencapai matlamat yang benar. 
Kecantikan dan perhiasan yang ada pada mereka, tidak lebih dari hanya sebuah ‘alat’, bukan tujuan.


Andai betul dan benar bawaan kita dalam menggunakan alat itu, maka besar pula potensi kita mencapai tujuan. Sebaliknya, jika salah bawaan kita, walau sedikit sahaja, maka ‘alat’ itu tidak lagi memberikan manfaat dan KEBAIKAN, bahkan ia boleh berubah menjadi gunting dalam lipatan. Atau lebih buruk dari itu, ia menjadi senjata makan tuan!


Lihatlah sekeliling kita dengan penuh keinsafan dan rasa belas seorang perempuan, bagaimana 
sejumlah wanita Muslimah yang telah tersasar menggunakan kecantikan yang dianugerahkan. Gadis remaja bersaing untuk kelihatan paling menawan, wanita dewasa saling berlumba untuk kelihatan cantik bergaya. Kesannya, gejala seks bebas kian melata akibat dari wanita tidak menjaga penampilan dan lelaki semakin sukar memelihara pandangan. Ditambah lagi dengan kemunculan wanita-wanita penggoda yang menyebabkan rumahtangga wanita lain berantakan dan lain-lain lagi. Semua itu ada mukadimah atau rangsangannya dan antara mukadimah itu ialah bertabarruj.


Justeru itu, Islam menggesa kaum wanita agar memelihara dirinya dari kecantikan yang memperdayakan dan mengarah kaum lelaki supaya tidak melihat kaum wanita dengan pandangan yang bersumber dari syaitan. Allah SWT berfirman:

قُل لِّلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ


Maksudnya : 
“Katakanlah kepada kaum lelaki daripada golongan yang beriman, hendaklah mereka mengawal penglihatan mereka dan menjaga kehormatan kemaluan mereka.” ( Surah an-Nur ayat 30 )


Kerana itu, perlu saya tegaskan bahawa tujuan seorang wanita berhias cantik adalah untuk menambah kasih dan cinta lelaki bernama suami, menghangatkan ikatan yang telah dihalalkan atas nama Tuhan Yang Maha Esa. Dan akhir dari itu semua pastilah demi mencapai kesejahteraan dan keredhaan-Nya.