jom zikir...

Powered By Blogger

Wednesday, June 9, 2010

parti2 politik di malaysia yg tidak pernah anda tahu







letih ... ting! dapat idea

so, kali ni saya nak kongsikan sedikit.... mungkin kita jarang dengar atau x pernah tahu... namun ianya wujud di malaysia....

untuk membantu kejelasan... sila open new tab link ini

http://www.spr.gov.my/index_files/parti_politik/parti_politik.asp


masa saya menyelinap ke web suruhanjaya pilihanraya malaysia, ini yang saya temui.... pernahkah anda mendengar/tahu akan parti2 ini?

antaranya......(saya hanya copy paste parti2 yg rare sahaja)

Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia (BERJASA) ------ini bukan PAS

Parti Pusaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) ------PBB?

Parti Kongres Indian Muslim Malaysia (KIMMA) ------ dahsyat

Parti Pekerja-Pekerja Malaysia ------ parti buruh UK?

Parti Rakyat Malaysia (PRM) ------- BN+PR?

Parti Kongres Penyatuan Masyarakat ----------1malaysia?

Parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) ------- ini bukan PKR

Parti Barisan Kemajuan India Se-Malaysia (AMIPF)

Parti Punjabi Malaysia (PPM) ---------- what da?

Parti Kongres Ceylonese Malaysia

Parti Sosialis Malaysia ------- nazi malaysia? x kurang hebat, they're organizad (link)



National Socialist German Workers' Party
(parti hitler dulu)




aneh... hari ini baru saya tahu...

2 Nikmat yang tidak terasa..selalu di ambil mudah...




Assalamualaikum..

Diharapkan rakan-rakan sekalian berada dalam keadaan sihat walafiat serta di dalam kemanisan iman dan ihsan...

Kali ini, pena ingin berbicara mengenai 2 nikmat yang seringkali kita ambil mudah dalam kehidupan seharian, sesuatu yang kita ambil kesah dan hargai sehinggalah pada ketika nikmat tersebut ditarik balik. Memang menjadi lumrah kita sebagai manusia insani dicipta pelupa..namun menjadi tanggungjawab kita bersama untuk sama-sama ingat-mengingati ke jalan kebenaran, insyaAllah..



Allah memberikan kita nikmat yang tidak terbilang banyaknya. Bagaimanapun ada dua nikmat yang besar yang banyak orang tidak terasa. Sabda Rasulullah:

"Dua nikmat yang ramai orang yang tertipu di dalamnya iaitu
kesihatan dan kelapangan waktu."
 (Riwayat Bukhari.)


"Sesungguhnya di antara nikmat yang pertama kali ditanyakan kepada hamba pada hari kiamat ialah dengan mengatakan kepadanya, "Bukankah Kami membuat badanmu sihat dan Kami menjirus dengan air yang dingin?"
(Riwayat Tirmizi, Ibn Hibban dan Hakim)

Sihat dan kelapangan waktu adalah nikmat yang besar. Bila tidak sihat iaitu sakit, barulah manusia akan terasa betapa besarnya nilai sihat. Apabila manusia tidak sedar nikmat sihat, maka banyak orang tidak mengingat Allah,tidak takut pada Allah bila mereka sihat. Dan sebaliknya mereka melakukan maksiat kerana mereka sihat. Inilah yang dikatakan orang yang telah kufur nikmat iaitu orang yang telah mempergunakan nikmat Allah untuk kembali menentang Allah.Satu lagi nikmat ialah kelapangan.
 
Banyak orang tidak sedar mengenainya. Bila lapang, sihat, rezeki melimpah,harta telah mencukupi, banyak kemudahan ada, mereka lupa pada Allah. Mereka gunakan kelapangan ini untuk kepentingan diri mereka sahaja, tidur, keluar bersuka-suka, melancong ke tempat maksiat, melengung di kedai kopi, bersembang-sembang dan sebagainya. Sedangkan masa lapang yang Allah bagi hendaklah diguna untuk mengingati Allah, bekerja ke jalan Allah, melakukan kerja kebajikan masyarakat dan sebagainya.

Bila waktu sibuk datang semula kepada mereka, mereka akan terus melupakan tuhan! Apa tidaknya, jika masa lapang pun mereka tidak mengingat Allah, apalagi bila sibuk, khususnya sibuk mengejar dunia.Sabda Rasulullah:

"Pergunakan lima perkara sebelum datang lima perkara yang lain, iaitu masa mudamu sebelum masa tuamu, masa sihatmu sebelum sakitmu, masa kayamu sebelum masa miskinmu, masa luangmu sebelum masa sibuk dan masa hidupmu sebelum matimu."
(Ditakhrij Al Hakim)

3 GAGAL penghalang kejayaan


oleh Ezairy M. Sallih
Quantcast
 

ADA banyak sebab orang gagal dalam hidup. Dan semua sebab-sebab ini selalunya menjadi batu penghalang yang cukup besar kepada kejayaan-kejayaan kita. Selagi ianya tidak dibuang, selagi itulah kecemerlangan besar yang sepatutnya kita wajib gapai, dipersiakan begitu sahaja.
  1. GAGAL mencari butang hijau dalam diri -  Selagi anda gagal mencari apa itu butang kejayaan anda, selagi itu anda akan tercari-cari di mana, apa, dan bagaimana yang disebut itu sebagai sebuah kejayaan. Maka, lakukanlah perubahan, koreklah segala rahsia-rahsia diri anda. Sekali anda menjumpainya, anda tidak akan berhenti daripada terus mengecap kejayaan-kejayaan manis dalam hidup anda.
  2. GAGAL memahami konsep ‘Jatuh dan bangun’ – Ramai orang lupa bahawa kejatuhan itu hanya sementara. Selepas jatuh itu, pasti ada tahap bangun semula. Tak akan ada manusia yang jatuh dan terus jatuh selamanya. Percayalah, anda pasti bangkit suatu hari nanti. Cuma segera atau lambat, semuanya bergantung pada kemahuan dan paksaan oleh diri anda.
  3. GAGAL menggunakan sayap kiri dan kanan – Ini pun ramai yang tak sedar. Di sekeliling kita ni ada banyak sebenarnya sayap-sayap yang amat bermanfaat untuk kemajuan masa depan kita. Kita sendiri yang kadang-kadang itu terlepas pandang. Semua manusia di sekeliling kita adalah aset. Maka gunakanlah mereka untuk ke arah kegemilangan anda!

Buruknya muka bersangka-sangka? Aduhai…


oleh Ezairy M. Sallih
Quantcast
 

KALAU nampak jiran depan rumah pakai kereta besar sikit, apa kita rasa? Bila tengok kawan kita duduk rumah yang ada penghawa dingin, apa pulak kita akan fikir? Selalunya, fikiran-fikiran awal yang kita simpan adalah yang berunsur tidak elok. Bukan semuanya, tapi ramai yang macam ni.
Tak boleh ke kita setting yang baik-baik  aje dalam kepala kita ni. Yang berkereta besar tu mungkin memang dia ada lebihan wang, bukannya niatnya untuk menunjuk. Yang berhawa dingin rumahnya pun sama. Mungkin memang dulunya dia bertahun-tahun menetap di luar negara, jadi tak biasa sangat dengan cuaca di tanah air. Hah, kan baik kalau macam tu.
Tak semestinya yang masam-masam muka tu orangnya garang. Yang sentiasa senyum itu mungkin memang dia telah dilatih sejak dari kecil macam tu. Jadi tak boleh awal-awal lagi kita menilai seseorang itu.

Yang bajunya nampak macam simple aje, jangan dikata dia tu tak ada duit. Yang mana bajunya nampak selalu berjenama jangan juga dikata orang kaya. Tak semua yang kita lihat pada pandangan mata kasar itu benar.

Mana yang bajunya macam murah-murah aje, mungkin memang duitnya banyak disimpan di dalam bank. Yang bajunya semuanya itu nampak berjenama, mungkin, poketnya kosong.

Betullah kata-kata si bijak pandai, bahawa nilaian mata manusia selalu membutakan. Bersangka baiklah kita sesama saudara.

Buruk muka mereka yang bersangka-sangka ni. Betul? Aduhai…

Romantik dalam bercinta

SIRI MOTIVASI Menerobos Sempadan Minda

oleh Ezairy M. Sallih
Quantcast
 

“Saya cintakan awak. Awak cinta saya?”

“Saya pun cintakan awak. Awaklah lelaki pertama yang berjaya mengetuk pintu hati saya,”

“Awak janji akan sehidup semati dengan saya?”

“Ya, saya janji.”

“Betul?”

“Ya, saya janji awak. Saya akan sehidup semati dengan awak.”

Muda-mudi yang biasa bercinta, ramaja-ramaja yang selalu putus, kemudian sambung balik cinta memang dah biasa dengan benda-benda macam ni. Bahkan mereka yang sudah berusia itu lebih-lebih lagi berpengalaman dari kita dalam erti kata cinta ni.

Semua orang yang sudah berumahtangga memang pernah bercinta. Bukan awak seorang aje. Jadi, dalam bercinta ni bukan sahaja soal janji dan kepercayaan yang diperlukan. Bahkan terlalu banyak aspek yang perlu juga diambil kira untuk menjaga hati pasangan masing-masing.
Sekadar berjanji untuk hidup bersama itu mungkin dah biasa sangat orang buat. Esok lusa putus juga kalau tak ada kejujuran. Namun sejauh mana usaha untuk mengekalkan hubungan itu adalah yang jauh lebih utama dalam hubungan percintaan.
Satu tip untuk menghangatkan kembali aroma percintaan ialah lakukanlah kejutan kepada pasangan anda. Buat suatu kejutan dalam bentuk temu janji, special dinner, hadiah istimewa atau sebagainya. Lakukannya secara kreatif. Yang ini ramai yang tak buat lagi. Atau tahu sebenarnya tapi buat-buat tak tahu.

Ingat tarikh-tarikh penting dalam hidup pasangan anda. Tarikh ulang tahunnya, tarikh pertemuan pertama barang kali atau apa sahaja. Kejutan dan tarik-tarikh istimewa ini sebenarnya amat diperlukan dalam alam percintaan. Dengan itu seseorang itu akan merasa seolah dihargai, diberi perhatian dan 
mereka tidak diabaikan.

“Abang ingat tak hari ni hari apa?”

“Emm… abang tak ingatlah, sayang.”

“Alah, cuba abang ingat betul-betul, hari ni hari apa?”
“Hari apa ya?” (menggaru-garu kepala yang tidak gatal)

“Hee… abang tahu kan. Saje je abang buat-buat lupa. Nakal ya dia.”
 
“Ooh ya.”

“Ha, ingat pun.” (sambil tersenyum)

“Hari ni hari Jumaat!”

“Abang!!!!”

Aduhai bang, bila teman wanita atau isteri awak tanya macam tu maknanya adalah tu tarikh-tarikh istimewa yang perlu diingat. Jangan buat-buat lupa. Benda-benda ni nampak macam remeh, namun perkara inilah yang akan mengekalkan keharmonian dan kerukunan dalam hubungan percintaan. Barulah dikata romantik!

Sekatan yang terus dikekalkan ke atas Gaza adalah jenayah




KHAN YUNUS - Jurucakap gerakan HAMAS di Khan Yunus, Gaza, Hamad Al-Ruqb berkata, 'jenayah kepungan(sekatan) ke atas lebih 1.5 juta penduduk Palestin di Semenanjung Gaza kerana pemilihan secara demokrasi seumpama keangkuhan yang biasa dilakukan zionis, malah dibelakangnya ada Amerika dan turut disertai sebahagian Negara Arab'.

Al-Ruqb menyatakan sedemikian dalam kenyataan akhbar, bahawasanya hal ini lebih menyakitkan penduduk Palestin padahal Arab adalah bersaudara juga terlibat mengenakan sekatan ini, dan memberikan kewajaran yang tidak masuk akal sebagaimana yang diingini pihak dibelakangnya demi melindungi tindakannya.

Beliau turut mengecam sebahagian kenyataan-kenyataan(ucapan atau akhbar) dari pihak berkenaan yang mengharap Israel memberikan persetujuan untuk membuka sekatan yang dikenakan ke atas saudaranya(Gaza) dengan menggunakan bahasa perundangan dan sebagainya, namun dalam masa yang sama tindakan dari pihak ini juga mengabaikan perundangan Palestin serta tidak mengendahkan kewujudannya yang sewajarnya mesti dihormati. Sesungguhnya, ia merampas apa diinginkan oleh masyarakat Palestin.

Sementara itu dalam laporan yang lain menyatakan, gerakan HAMAS mendakwa Pihak Keselamatan Palestin Ramallah menangkap tujuh anggotanya di wilayah Nablus, Qalqiliya dan Bet Lehem di Terbing Barat.

Di antara yang ditangkap, Saleh Al-Huraimi dari Bet Lehem yang dibebaskan dari penjara penjajah. Sebelum ini Saleh Al-Huraimi ditahan lebih 9 tahun dalam penjara Israel, namun Pihak Keselamatan Palestin menangkapnya pula setelah merempuh masuk ke tempat kerjanya. Sumber 09/06/2010, web berita safa.ps

Imaginasi lagi hebat dari pengetahuan, percayalah!

oleh Ezairy M. Sallih
Quantcast
 

PERJALANAN beribu-ribu batu bermula daripada langkahan pertama kita. Langkahan kali ke seribu tidak akan ada andai tidak dimulai dengan langkahan yang pertama, percayalah!

Jadi, apapun impian, cita dan matlamat itu, mestilah dimulai dengan satu daya tolak ke arah itu.
“Imagination is more important than knowledge.”
Ya. Saya sukakan ungkapan ini. Kenapa Albert Einstein berkata begitu? Tidak lain tidak bukan kerana dalam mencapai sesuatu impian itu, segalanya pasti dan mesti bermula dari minda. Anggota kita tidak akan mampu berbuat apa-apa selagi belum mendapat rangsangan dan arahan yang kukuh daripada otak kita.

Jika lemah rangsangan dan arahan yang diberi, maka lemah jugalah anggota kita untuk melaksanakan impian itu. Jika kuat, maka semakin kuatlah tubuh kita bekerja dan berusaha  untuk merealisasikan matlamat itu.

Jadi, benarlah bahawa imaginasi itu sebenarnya mampu membawa kita menerawang jauh ke masa hadapan kita. Kadang-kadang, kita tak nampak pun lagi bila, bagaimana dan apa cara kejayaan itu bakal digapai, namun dengan kekuatan imaginasi itu sendiri kita mampu untuk pergi membawa pemikiran kita jauh ke arah impian itu.