jom zikir...

Powered By Blogger

Monday, November 5, 2012

Dunia ikan..

Assalamualaikum...

Hehe, excited ni... Lupa lak nk crita pasai ikan peliharaan. Dah banyak dah, dolu2 stat ngan ikan gapi ja.
pas2 lani dh bejenih2 ikan dh. Syok oo bela ikan. Terapi sakit jantung 2..

Ni ada skit gmbaq akuarium ikan kmi. Jom2 nak tunjuk jom.. hehe













~hati perlu sentiasa ditarbiah...~ (6_6)

Jobless... :)

Assalamualaikum...

Dah lama x mentontiang kat cnie... dekat 5 6 bulan la jgak. Bukan xmau tontiang, tp masa tu kalut gila siapkan FYP (DP ngan RP).. hahaha.. alasan xpatut btoi. Pas2 dh lama terlupa lak da blog2 ni. Penangan FYP mmg dasyat. Tapi penangan dok umah xdak reja lagiii dasyat. Tapi BEST!!! :) Ni pun stat balik pas kwan teguq dah lama xupdate kt blog. Hehe...

Hari nie dah masuk dekat 3 bukan dah menganggur. Bukan tak cari reja, cari.. Pos dah, email dah, p jobs fair pun dah. Maybe bukan rezeki g. Takpa, kita cuba g, rezeki ALLAH e2 luas. 

Sepanjang dok kat umah ni, ada gak niat nk cari reja part tyme, meronda abeh 1 pekan jitra, ngan mak pun penah, ngan kwan  Nur Syazwani Ab. Rahman aka nini pun penah.. nk cri reja part tyme punya pasai. Hat lwak nya... Ada satu kedai Cina 2, masa mula2 2 dia macam nk amik dah reja ngan dia. Dia siap gtau tyme g nk reja.. Sekali bila dah nk settle, kmi ckap pasai semayang, ada mintak kat dia tyme untuk p semayang. Harap sangat2 dia bg. Sekali dia sound balik;

" You ingat you tauke ka mau semayang2 semua, nant kalo customer datang mcm mana, xkan mau bgtau customer u sruh tunggu dlu u mau p semayang, haiya!!!!"

" So, you ni mau semayang no. 1, kerja no .2 la???!!!! "

Kmi pun ngan muka confident wat muka kt uncle 2, " Ya la.. "

Pas2 uncle 2 wat muka xpuas hati. Hahahaha... Kuaq kedai sambil gelak2, payah btoi nk reja pun. Hadoi. Macam2..

Hat paling lawak 2 masa p job fair kat satu u ni, punya la gah iklan dia kuaq kat srt kabaq; 

"1000 kekosongan jawatn!!!!" 

Sekali masa p ngan nini, xdak pa pun. Macam xbebaloi pun ada p. Sepatutnya kalo iklan gah cm2, kena la da banyak g company, rasa masa p hr2, xsmpai stgah jam pusing. Sikit btoi company hat join job fair 2. Hmmm... Pas2 balik umah ngan muka tension sbb p jauh2 tp kecewa cm2 ja...

Hat 2 dulu kot nak crita lani. Doa2kan kmi cepat dapat reja na, bleh update pengalaman reja lak... InsyaALLAH.. :) Lupa lak nak share.. Alhamdulillah, kmi konvo 6 Disember 2012... sidang lasssss skali utk u kmi. Xsabaq sbenaqnya.. 1st tyme konvo, dolu2 masa matrik xdak konvo2 ni :)

~hati perlu sentiasa ditarbiah...~ (6_6)

Monday, April 9, 2012

SAHABAT, KAWAN, TEMAN... :)

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum....:) 
Pagi nie disebabkan beberapa bnda yang jadi, kami rasa tringin nk share pasai tajuk kat atas 2... Sepanjang hidup nk dekat 23 taun dh ni, alhamdulillah... banyak yang boleh share, insyaALLAH...ada macam2 jenih, macam2 ragam, macam2 pe'el org ni...hehe, tapi okay pa, variasi 2 seni...kmi ada ramai sahabat-sahabat yang boleh share susah n senang ngan kami.. tapi realiti hidup kita tak sama macam lam novel ka tv selalunya,  sangat ramai kawan yang baik ngan kita bila dia dh xdak kawan, bila dia sunyi (clash ngan aweks n balaks, pas2 jmpa hat baru, bbye..haila), bila dia perlu mintak pertolongan, bila dia rasa nk seronok2,bila dia rasa terhutang budi... tapi xramai yang nak dekat bila kita stat bagi nasihat yang mana boleh yang mana xboleh buat, yang mana ALLAH suruh, yang mana ALLAH larang... Mula stat borink ngan kita... I NI SKEMA SGT LA KONONNYA, depa tau dak best oo kalo ikut skema yang ALLAH dh susun kat kita...Nikmat,Kami okay ja ngan semua 2, dh da pengalaman sikit2... So xseday sangat bila org tinggai kita, bohong la kalo xsday lansung, tapi nk wat cmna..belajaq redha ngan apa yang ALLAH dah atuq kat kita, kita hanya merancang dan ALLAH juga merancang, tapi pecayalah perancangan ALLAH lebih baik, kita ja yg xperasan, cewahhh..hehe :) 


Bagi kami la, kmi pegang prinsip ni bila cari kawan, smobody yang kawan ngan kmi "bukan sebab kmi ada duit, bukan sebab kesian, simpati n adik beradik ngan dia, bukan sebab bila susah baru cari, bukan sebab sunyi baru cri utk enjoy2, sembang2"...cause I know who am I, byak kekurangan... Tapi kmi need sahabat yang boleh sama2 ingtkan kami bila kmi dah tersasar dr jalan ALLAH, sahabat yang boleh tarik kmi balik n ajak p usrah (xponteng)...sahabat yang sama2 boleh share masalah ngan kami..sahabat yang sama2 boleh beri n terima nasihat...sahabat yang susah senang xtinggai kami... "kita hidup bukannya nk tongkat langit", bak kata mak, hehe (cilok skit)...iman kita manusia kan kadang2 naik, kadang2 turun..kita mmg sngt perlukan kawan, sahabat yang sentiasa ingatkan kita...sahabat kita tu cerminan diri kita... Ya ALLAH...bantulah... "...sangat xramai...hat nk suka2 ramai..hmmmm...


Bila kita saling bagi nasihat, bagi kami tu bukan nak tunjuk baik ka alim ka.. tu sebab kita sayang sahabat2 kita.. Kita nk bersahabat bukan kat dunia ja, tapi sampai syurga.. Kami pun kalo ditakdirkan kmi cari husband sniri, kmi nk cari somebody yang boleh dibuat macam kawan, bukan yang suka mngarah sana sini, bukan kmi jadi baik ngan dia sbb takut, tapi sbb hormat, yang boleh share banyak bnda walaupun xsemua...yang boleh ingtkan yang mana salah yang mana btoi, yg ALLAH larang sama2 tinggai, yg ALLAH suruh sama2 buat..cweet g2..haha...kami xsokong ber'bf'' ber'gf''... kami nk cari berkat pas kawen...mudah2an...hehe...sapa xmau kawen oi.."Ya Allah, moga dpermudahkan, aminn",  hehe, menggatai dh ni, tukaq topik..sambung balik bab kawan td... 


Alhamdulillah, walaupun payah tapi kami da beberapa sahabat yang paham kami, dari dulu kini dan insyaALLAH sampai syurga....bersyukur sangat2...xramai nak kawan ngan budak skema ni sebenaqnya, yang nu xboleh yang ni salah..hehe.. cmna la ampa semua bleh tahan...naseb bek da g yang memahami... kak Azrimah Zainuddin, Nur Syazwani Ab Rahman, Intan Suhada Azmi, Noor Azzrina Mohd Nawi, Rasyidah, Siti Khodijah Zolkepli,...yang boys pun kmi da gak kwan, tapi kuantiti dh kurang lani, haha..luaq sea da dalam sea pun ada...xramai sgat sebenaqnya, takut jadi fitnah...kami ni kan pompuan, dolu2 besa gak try kawan ngan laki, kmi ni kn byak abg, so cm xkesah ngat la kwan ngan laki pun, tapi lepas kwan kmi dok mula fitnah, ckp2 blkg macam2 walaupun xdak pa2, kmi rasa lebih bek xdak kawan laki ramai sgt...hat mana yang paham kami dah... sbb ada gak kawan laki ni,dolu2 la.. kwan ngan dia, dia jenis suka merapu,bila sembang nk ngada2 skit, kami ni pun ikut la cara dia, sekali bleh lak dia kata kmi nk kat dia...hmm, mmg cari masalah la...org kawan ja..xsuka la cmni... pompuan ni Nabi SAW dah pesan awai2 dah, punca fitnah terbesar...Na'uzubillah... ada sorg g akak, nama dia Athirah Mohd Nor, walaupun kami baru ja kenai tyme kmi praktikal, tapi banyak yang kmi boleh share,beza umoq banyak gak la sbnaqnya..tapi nk wat cmna kmi suka kawan ngan org lebih tua skit dari kami, banyak pengalaman :) like la...hehe...kami sangat sayang kalian sangat2..sayang gila la kat u'olls..sama ja laki ka pompuan, for me asalkan jaga batas, xlebih2..okay ja :) hehehe...


Dah la 2..nant sambung ngarut len...lapaq lak, nak p goreng kentang + nuget + sosej...ngn ayaq tea kelat...hehe.. sebelum 2 nk pesan, kita bersahabat ngan sapa2 pun, terima dia seadanya..semua orang ada pro n kontra dia.. Kita kena belajaq mmahami orang len baru orang paham kita, ni dok wat keras kepala, orang teguq xmau dengaq, ketegaq ngat.. payah la, kita ni kawan ngan orang bukan utk suka suki gelak huhahuha ja... saling memperingt sapa kita kat dunia ni... hehe...k2, kami stop sungguh2...naseb la baca blog budak banyak cakap ni... ;) 


Las skit g..., sebarkan salam, sebarkan senyuman... Moga hari2 kita lebih berilmu, bertmbah iman dan amal :) insyaALLAH... (n_n) skit g, dgq lagu bawah ni, dedicate khas utk korang2 :)






~hati perlu sentiasa ditarbiah...~ (6_6)

Saturday, April 7, 2012

CUKUPLAH AKU MENCINTAI DALAM DIAM ♥

(must read dan renung2kanlah.., hehe...bukan tgah bercinta ka pa lani tapi sekadar pringatan untuk diri sendiri dan sahabat2 yang disayangi kerana ALLAH...panduan masa depan =) )

Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..


Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk."
(Al Israa' : 32 )


Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu

Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup


Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??

".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah : 216 )

Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan


Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya
"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar Bin Khattab ra)

If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way


“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”
(HR. Al-Hakim)




|dari page USTAZ DON DANIYAL|


~hati perlu sentiasa ditarbiah...~ (6_6)

Ikan gapi..rindunya

Bismillahirrahmnirrahim...

Rindunya kat ikan kat umah. Lama dah xbalik tgok, mak kata banyak dah mati..huhu, nant balik abeh belajaq ni nk jadi penternlak ikan gapi la dlu smentara nk tunggu dapat reja..hehe...insyaALLAH :)


Ni gambaq ikan gapi masa mula2 stat bela, lani famili ikan tu dah masuk aquarium baru dah, tp gmbaq 2 xtau dah dok tang mana, da gmbaq lama ni ja...jom wat jejak kasih ngan ikan sat :P




>> miss my ikan2 veryyyy much, nant balik cuti mid sem nk bwak mai 2 3 ekoq, buat teman stay up, gmabq xclear..amik pakai tepon ja, nk pinjam dclr dr taro xdapat kebenaran..  :) <<

~hati perlu sentiasa ditarbiah...~ (6_6)

Wednesday, April 4, 2012

Astaghfirullah...

Bismillahirrahmanirrahim...


Astaghfirullah... sudah masanya kita kembali kepada ALLAH. Bukan esok, bukan lusa. Tapi sekarang, saat ini. Kita tahu dosa pahala. Kita tahu haram halal. Kita tahu yang mana baik, yang mana buruk. Tapi, why??? Kita pandai nasihat org sana sini, yang mana salah, yang mana betol.. Tapi kita??? Astaghfirullah... Kita pandai post kat FB, Twitter, n segala adek beradik dia benda2 islamik, tapi adakah kita mengikut apa yang kita tulis??? Peringatan untuk diri seniri yang senantisa lalai...ya ALLAH, kembalilah daku kembali ke jalanMu...

KEMBALI
Wahai Tuhan yang Maha Pemurah
Terangilahku dengan Nur Iman-Mu
Hanya Engkau tempat aku berserah
Mohon maghfirah di dalam syahdu

Wahai Tuhan yang Maha Pengasih
Ampunilah segala dosaku
Laksana buih di laut memutih
Hanyut ditelan gelombang nafsu

Hari-hari yang telah aku lalui
Ingin kutinggalkan terus bersemadi

Ingin aku kembali kepada fitrah insani
Tak sanggupku jelajahi rimba duniawi
Bebaskanlah diriku dari dibelenggu
Dosa noda nafsu durjana

Terimalah taubatku Ya Allah
Pimpinlah daku ke jalan redha-Mu
Moga sinar-Mu terangi hidupku
Di dalam kegelapan

Akukan kembali pada-Mu Rabbi
Mengadap-Mu Ya Rabbul Izzati
Segala ketentuanku pasrahkan
Di hujung penghayatan 

"YA ALLAH, hambaMu ini semakin jauh driMu...berilah petunjuk kepada hambaMu, jangan biarkan diri yg lemah ini tersasar untuk ksekian kalinya...hambaMu ini rindu untuk kembali ke jalan yang diredhaiMu.. kembalikanlah sahabat2ku yang sentiasa mengingatkkanku akan jalanMu.. jangan biarkanku dan ahli keluargaku, sahabatku, muslimin muslimat yang ku kasihi sentiasa hanyut dalam keseronokan dunia yang sementara... hambaMu ini tidak mampu melakukannya tanpa bantuanMu, hambaMu ini rela keseorngn seperti dahulu asalkn dapat kembali ke jalan kasihMu yg tak berkesudahan..sesungguhnya hambaMu ini sangat rindu untuk kembali ke jalanMu...tariklah kembali kmi semua ke jalan mustaqimMu...hambaMu ini rindu saat sunyi malam dan dhuha bersamaMu seperti dahulu...Jangan Ya ALLAH biarkan kmi terumbang-ambing dalam dunia penuh tipu daya ini...Astaghfirullahal'azim... Kembalikan hambaMu ini ke jalanMu Ya ALLAH...daku sgt rindu padaMu YA ALLAH, YA RAHMAN, YA RAHIM YA AZIZ YA JABBAR YA MUTAKABBIR"




~hati perlu sentiasa ditarbiah...~ (6_6)

Thursday, March 15, 2012

Jiwa kosong...

Bismillahirrahmanirrahim...

SITI SYAZANA CHE ANI dah speechless...huhu...

"Ya ALLAH, bantulah hambaMu ini. Berikanlah kepadaku kekuatan, kesabaran, ketenangan dalam menghadapi dugaanMu ini. Tuhanku, ampunkanlah segala dosaku, Tuhanku maafkanlah kejahilan hambaMu...Jangan biarkan hambaMu yang lemah ini hanyut dengan angan-angan tanpa usaha, berilah kmi petunjuk di jalan yang diredhaiMu Ya ALLAH, YA RAHMAN, YA RAHIM, YA AZIZ "


Mode: tgah berusaha untuk berubah, moga dpermudahkan...

~hati perlu sentiasa ditarbiah...~ (6_6)

Monday, March 5, 2012

A, B, C atau D? Pilihan di tangan anda

Anda mahu tahu bagaimana masyarakat islam zaman sekarang? Secara amnya, kita boleh bahagikan kepada empat golongan. Golongan A, B, C dan D. 
1. A = AWAM
Masyarakat yang tergolong dalam kategori awam adalah masyarakat yang islam hanya pada nama, yakni islam 'I' (besar) dan bukan islam 'i' (kecil). Faham istilah 'i' (kecil) dan 'I' (besar)? Baiklah, mari kita lihat contoh seperti di bawah.
Seorang budak berkata 'saya Jahat'. Kita lihat pada J (besar) yang mana maksudnya nama budak tersebut 'Jahat' tetapi tidak bermakna sikap atau perbuatan budak tersebut jahat. Seperti mana yang kita belajar dalam pelajaran Bahasa Melayu, kata nama perlu dimulakan dengan huruf besar bukan? Baiklah, sekarang seorang budak yang lain pula berkata 'saya jahat'. Sekali lagi kita lihat pada j (kecil) yang mana maksudnya budak tersebut memang jahat sama ada dari segi perbuatan atau sikap. Tetapi nama budak tersebut tidak semestinya Jahat. Mungkin Abu, Ali, Seman dan sebagainya.
Sekarang, kita aplikasi konsep ini pada islam/Islam. ISLAM i (kecil), maksudnya seseorang itu memang mengamalkan cara hidup sebagai seorang islam. Dia solat, puasa dan melakukan ibadah-ibadah lain. Manakala ISLAM I (besar), seseorang itu meletakkan islam hanya pada nama. Islam hanya dalam IC, tetapi hakikatnya dia tidak pernah bersolat, berpuasa dan melakukan ibadah-ibadah yang wajib dilaksanakannya.
Dan sudah terang lagi bersuluh, golongan A ini semakin menguasai dunia. Boleh kata mereka ini golongna majoriti. Tamat penuh.

2. B = BIASA
Golongan yang kedua dinamakan golongan biasa. Masyarakat yang tergolong dalam kategori biasa ini mungkin mengaplikasikan ISLAM i (kecil). Mereka bersolat, berpuasa, dan beribadah dengan baik.  Mereka buat ibadah-ibadah wajib. Tetapi, golongan ini mempunyai sedikit perasaan 'cukup' dalam diri mereka. Bagi mereka, cukup sekadar membuat ibadah-ibadah wajib.
Analoginya, mereka mempunyai Sim Card. Sama ada Celcom atau Maxis atau Digi. Tetapi mereka tidak mempunyai kredit. Bagi mereka, cukup ada yang basic sahaja. Ada Sim Card sudahlah. Tak perlu top up kredit.
Dan golongan B ini tidak mahu topup pahala dgn menghadiri majlis-majlis ilmu atau melakukan ibadah-ibadah sunat. Bagi mereka, buat yang wajib sudah memadai.
Golongan B ini kurang  sedikit bilangannya berbanding golongan A. Tetapi masih banyak kuantitinya di muka bumi Allah ini.
3. C = COMMITED
Masyarakat yang tergolong dalam kategori commited ini tarafnya 'up' sedikit dari golongan awam dan biasa. Mereka buat ibadah-ibadah wajib dan pada masa yang sama mereka juga buat ibadah-ibadah sunat. Mereka suka menghadiri majlis-majlis ilmu juga selalu membaca al- Quran. Mereka sangat istiqamah, commited dengan ibadah-ibadah mereka. Tetapi golongan ini boleh dikatakan sedikit kedekut.
Sambungan analogi, mereka bukan sahaja mempunyai Sim Card, tetapi mereka mempunyai kredit juga. Mereka sentiasa suka topup kredit mereka. Tetapi malangnya mereka malas untukcall atau mesej orang lain. Atau bahasa manjanya, mereka ini kedekut. Mereka amat takut kredit mereka habis kalau call atau mesej org lain. Penyelesaiannya, kredit mereka ditopupsekadar untuk memuaskan hati mereka, tapi tak pernah digunakan.
Golongan commited ini juga boleh diumpakan seperti katak di bawah gelas. Sekali lagi, taraf mereka 'up' sikit dari katak-katak yang tinggal di bawah tempurung yang memang langsung tidak nampak apa yang berlaku di dunia luar. Katak di bawah gelas ini istimewanya ia nampak apa yang berlaku di dunia luar. Ia nampak kawan-kawannya buat maksiat. Ia juga nampak islam sedang terumbang-ambing dan semakin nazak. Ya, ia nampak semua itu tetapi ia tidak mahu mengambil tahu. Duduk saja di bawah gelas, tunggu dan lihat. Baginya, cukup dirinya sahaja yang beribadah bersungguh-sungguh. Buat apa mahu ajak org lain? Bukankah kubur lain-lain? Begitulah sikap golongan ini yang seperti katak di bawah gelas.
Dan golongan C ini kurang sikit bilangannya berbanding golongan biasa. Tapi masih wujud di muka bumi ini.

4. D = DAIE
Golongan terakhir adalah masyarakat yang tergolongan di bawah kategori Daie. Masyarakat yang tergolong di bawah kategori daie ini adalah masyarakat yang selalunya dikecam. Mengapa? Sebab golongan ini suka menyampaikan. Mereka 'sibuk' hal orang lain. Mereka tidak mahu masuk syurga seorang diri. Mereka mahu mengajak kawan-kawan serta saudara-saudara mereka semua kembali pada islam yang sebenar. Mereka tidak suka menjadi katak yang duduk di bawah gelas. Mereka tidak kisah kredit mereka habis. Mereka sibuk beribadah dan juga sibuk mengajak orang lain untuk turut sama beribadah kepada Tuhan. Mereka sedar tujuan mereka diciptakan bukan sahaja untuk beribadah tetapi untuk menjadi khalifah juga.
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat;
"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya". [2:30]
Malangnya golongan D ini teramatlah sedikit bilangannya jika dibandingkan dengan golongan A, B dan C. Golongan D ini golongan asing. Tetapi mereka tidak kisah. Kerana apa? Kerana mereka ingat kata-kata Rasulullah SAW, 'dan beruntunglah orang-orang yang asing'.
Kesimpulan, sebagai seorang islam, terpulang pada diri masing-masing mahu jadi golongan yang mana. A. B. C atau D?
Pilihan di tangan anda.
Dan aku hanya menyampaikan.
"sampaikanlah walau hanya dengan sepotong ayat"




~hati perlu sentiasa ditarbiah...~ (6_6)

Friday, March 2, 2012

Ikhtilat di Alam Maya

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, teknologi semakin tinggi dan membangun. Dunia daie tidak lagi hanya di ruang sempit di kampung dan surau. Bukan hanya berceramah di podium dan sebagainya. Dunia tanpa sempadan banyak membantu daie untuk terus memberi buah yang bermanfaat buat mad'u di serata pelusuk alam.

Namun sahabat-sahabat sekalian, banyak perkara yang harus di titik beratkan dalam mengambil wasilah ini. Satu perkara yang sering kita abaikan ialah soal ikhtilat. Benar.

 

Saya menerima emel dari seorang sahabat berkaitan hal ini. Maka eloklah saya kongsikan bersama sahabat semua dalam erti mencari mardhatillah. InsyaAllah.

Ikhtilat Alam Maya

Puji dan syukur dihadiahkan buat Al-Khaliq ALLAH SWT yang masih sudi meminjamkan diri ini dengan nikmat iman dan islam, masih dalam keadaan sihat jasad dan rohani.

Sudah lama rasanya tidak menulis di blog ni, dengan kekangan2 yang di hadapi, akhirnya hari ini dapat saya ufukkan masa biiznillah. Sebenarnya agak lama ingin dibicarakan isu ini, IKHTILAT DI ALAM MAYA. 

Secara majority, rata-rata di antara kita yang berbaiah utk sebuah perjuangan Islam dalam sebuah gerakan Islam, tidak pernah terlepas dari perkara ini, ALAM MAYA yang merupakan antara medium utama yang digunakan oleh golongan Abnaul Harakah ini. Sesungguhnya garapan artikel ini saya nukilkan khusus utk mengetuk diri sendiri yang sering lalai dan lemah ini, smg mnjadi peringatn yang berguna juga buat semua.

"Maka berilah peringatan, karena sesungguhnya kamu hanyalah orang yang memberi peringatan" (QS Al Ghaasyiyah : 88)

Dengan perkembangan zaman yang kian moden lagi canggh,plbagai medium mnjadi tapak kepada sebaran dakwah, Alhamdulillah apabila digunakan ke jalan yang betul. Namun, bgitu sedar atau tidak, brapa bnyak laman2 sosial yang ada di internet ini kita gunakan dengan sbenar-benar hakikat berdakwah?..

Namun, marilah kita renung sejenak..
SIKAP yang saya nak tekankan di sini ialah sifat MALU dengan bukan mahram.
Contohnya melalui shoutbox, sistem pesanan ringkas(sms), facebook, Yahoo Messenger (YM) dan lain-lain.

Peringatan buat dri ini, dalam 10 penggunaan, sedar atau tidak boleh dikatakan 8 daripadanya membawa kita kpada kelalaian. Sebagai seorang pndokong kpada gerakan islam, kita sering meletakkan ‘mnjaga ikhtilat’ dalam dri namun apabila berada di alam maya, kita mnjadi LUPA DIRI. Baik muslimn mahupun muslimat, astaghfirullahalzim , sedar kah kita?

APAKAH SEBENARNYA YANG DIKATAKAN IKHTILAT DI ALAM MAYA?


Dalam seminggu mahupun satu hari, boleh kita kira berapa kali kita online utk membuka facebook atau YM atau mana2 lagi lamn? Pasti lebh mudah kita kira brapa kali x online utk buka perkara2 tersebut.

Kemudian,apabila YM, kira pula berapa kali kita mnggunakan YM@Facebook ats tujuan utk berkomunikasi dengan yang berbeza jantina, antara min dan mat untuk urusan2 agama? Dalam 10 ‘perbncangan’ ,boleh dikatakan 6 mhampiri atau juga melaghakan, pasti ada yang kita selitkan dengan perkara2 yang melalaikan samada sedar atau tidak.

Bergurau senda di antara min dan mat, tanpa ada tujuan sedangkan telah di perincikan oleh ulama’2 muktabar garis panduan interaksi antara min dan mat.
Secara rumusannya bolehlah disebutkan bahawa interaksi dan komunikasi yang berlaku antara muslimin dan muslimat yang ajnabi sepatutnya meraikan beberapa syarat seperti berikut:

- Meraikan suasanaPastikan tidak meleret-leret hingga keluar dari topic asal.
- Perincian TopikPerincian terhadap topik ini akan dilihat daripada beberapa aspek dan isu.
- Menjaga adab-adab percakapanHubungan dan interaksi tersebut tidak berlaku kecuali atas keperluan untuk menunaikan amanah jamaah dan membereskan segala tuntutannya.

Perlu kita sentiasa beringat sebagaimana dalam Surah Al- Ahzab, ayat 53, Allah berfirman yang bermaksud:

“Dan bila mana kamu meminta sesuatu kepada mereka (isteri-isteri Rasulullah) maka mintalah dari belakang hijab.”

Di dalam Surah An-Nur ayat 30 dan 31, Allah berfirman yang bermaksud:

“Katakanlah kepada lelaki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka yang demikian itu lebih suci.”

FirmanNya yang bermaksud:

“Orang-orang mukmin lelaki dan orang-orang mukmin perempuan itu saling mambantu menjalankan tugas menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar.”

Maka perlunya untuk kita sama-sama memahami dan menjaga ikhtilat di alam maya ini supaya prjuangan Islam yang kita bawa ini benar-benar dirasai kemanisannya apabila setiap sudut yang membuka kepada ‘lagha’ itu kita jauhi malah digunaka utk menyampaikan dakwah.

Sama-samalah kita koreksi diri, adakah kita mnjaga setiap plakuan kita? Beruntunglah Yahudi melihat lambakan dari pnggerak dakwah sendri menggunakan ciptaan mereka mengikut acuan yang mereka tetapkan, mncapai objektif utk melalaikan. Ini baru sentuh bab ikhtilat di alam maya, blum lagi bgaimana kita melalaikan dri dengan nikmat kemajuan ini..

Walaupun pada mulanya hanya niat untuk menuntut ilmu, bertanyakan hukum hakam, tetapi lama kelamaan bergurau dan mengusik.

 

Lama-kelamaan, perasaan minat, suka dan rindu tersemai.

“Isk, seronoknya kacau ‘dia’ ni.”

“Hari ni apa update dia di facebook ye?”

Sejurus sahaja orang yang diminati update status di facebook, terus sahaja ditinggalkan komen di facebook mereka.

Jadi, sama-samalah kita cuba sedaya upaya utk tidak mnjadi seorang ‘penagih’ kepada laman social yang menyebabkan kita lalai tetapi jadilah kita ‘ketagih’ utk mendapat mardhatillah.

Bagi mnutup artikel ini, saya bawakan suatu analisis kes yang diperoleh drp sahabt.

KES:

Td ana bru sahaja terchatting bersama salah seorg daripada banat x- amin, ahli YG fasa kita. (Ana ditegur oleh dia, dan apabila ana menta'aruf diri ana sbg seorg banin, maka dia terus berhenti dari meneruskan perbualan, dgn katanya "xpelah xnk sembang dgn bnn". Ana setuju, kami masing² menghentikan perbualan. begitulah berakhirnya) .

ANALISIS KES:

1. Banat yg berkenaan dgn kefahaman yg dia miliki berusaha utk mengelakkan daripada berlakunya ikhtilat tak syar'ie.

2. Ikhitlat yg kita semua cuba elakkan adalah ikhtilat tak syar'ie. Tapi ana tak pasti, adakah semua dikalangan kita memahami tentang apa yg dimaksudkan dgn ikhtilat tak syar'ie ?. kerana di sana terdapat ikhtilat Syar'ie yg dibenarkan oleh syara'.. yg hukumnya jatuh menjadi harus.

3. Apakah keadaan dan status medium YM yg kita gunakan dalam Muamalah bighairi an-Nazhar baina mukhatabatain fa aksar, baina Rijal wa Nisa' (komunikasi tanpa melihat antara dua communicator atau lebih, antara lelaki dan perempuan), adakah dikira sebagai medium ikhtilat tak syar'ie atau ikhtilat syar'ie ?

4. Jika YM ini adalah medium bagi ikhtilat tak syar'ie antara lelaki dan perempuan ajnabi atau bukan mahram, maka apakah boleh kita menggunakannya? apakah bezanya antara YM dan YG?, yg keduanya² merupakan wasilah berkomunikasi atas dasar sms dan emel, dgn perbezaan YM (komunikasi secara langsung) manakala YG (komunikasi secara tak langsung).

Jika YM merupakan medium ikhtilat tak syar'ie maka YG juga jatuh hukum ikhtilat tak syar'ie? Kerana dalam YG juga berlakunya hubungan komunikasi antara lelaki dan perempuan yg bukan mahram. (ini adalah pendapat yg agak syadid, menolak penggunaan kedua²nya secara total dari konteks asasnya tanpa ruang toleransi).

5. Perbezaan kedua; YM merupakan bentuk komunikasi personal dan privacy antara 2 individu manakala YG komunikasi dalam bentuk umum lebih daripada dua individu. Dalam erti kata lain YM blh dikira sebagai medium berdua²an ikhtilat tak syar'ie yang dilarang oleh Islam. manakala YG terkeluar daripada kondisi berdua²an kerana komunikasi yg berlaku walaupun antara lelaki dan perempuan bkn mahram, ianya diketahui umum. (Ini adalah pendapat yg mu'tadil, tak brp syadid, memberi ruang toleransi dan membezakan secara jelas konteks asas penggunaan YM dan YG)

6. Dalam sudut yg lain, pendapat yg membenarkan penggunaan YM dengan mengatakan bahawa YM tak termasuk dalam medium tak syar'ie dgn berpegang bahawa ikhtilat tak syar'ie hanya berlaku apabila perbualan itu terdapat unsur² yg tak baik. Jika perbualan itu berkisar ttg perkara² asasi dan umum seperti: kabar sihat sakit, pengajian, kerja dsb serta tak meleret² tanpa tujuan maka ianya adalah dibenarkan.


PENJELASAN:

Dalam masalah ini, kita mempunyai beberapa pilihan berdasarkan beberapa qaedah fiqhiyyah;

1. Pilihan pertama: kita menolak secara total komunikasi antara lelaki dan perempuan yg bukan mahram via YM berdasarkan qaedah 'Saddu az-Zara'ie'. (menyekat atau menolak segala punca berlakunya ikhtilat tak syar'ie kerana dikhuatiri kita tak mampu mengawalnya jika dibiarkan berterusan). qaedah ini agak syadid dalam konteks muamalah alam maya.

2. Pilihan kedua: kita tidak menolak secara total komunikasi antara lelaki dan perempuan yg bukan mahram via YM berdasarkan qaedah 'La Tafrit Wa La Ifrat '. (Tidak terlalu longgar dan tidak terlalu melampau). Melalui qaedah ini kita mengawal perbualan kita supaya tidak meleret² tanpa hala tujuan dan terkeluar dari maslahat asasi dan umum. KIta tak terlalu syadid menolak penggunaan YM sehingga menolak qaedah 'al-Aslu fil Asyya' al-Ibahah' (Asal sesuatu perkara itu adalah harus atau dibolehkan).

sebenarnya ada byk lg perbahasan dan bermacam² qaedah fiqhiyyah yg menyentuh bab muamalah antara lelaki dan perempuan bukan mahram secara umum mengikut jumhur. cuma ana hanya menyentuh berdasarkan skop asas maslahah sahaja tanpa huraian lbh dalam.

KESIMPULAN:

Ikhtilat dalam Islam terbahagi kepada 2:

Ikhtilat Syar'ie dan Ikhtilat Tak Syar'ie.

Ikhtilat Syar'ie dibenarkan oleh Islam berdasarkan hukum harus iaitu khusus kepada sebarang bentuk muamalah maslahat umum selagi mana tidak bercanggah dgn Al-Quran dan As-Sunnah.

Manakala Ikhtilat Tak Syar'ie adalah dilarang oleh Islam kerana jelas bercanggah dgn Al-Quran dan As-Sunnah.

Maka, kesimpulannya terpulang kepada kita untuk menggunakan mana² qaedah yg dirasakan terbaik dan sesuai bagi diri masing². Samada syadid atau mu'tadil, keras atau bertolak ansur, kerana Islam adalah agama yg mudah dan tak membebankan berdasarkan syarah atau huraian sebuah Hadis Sahih yg juga merupakan salah satu daripada qaedah utk kita beramal dgn agama Islam ini: al-Akhzu bil Yasir wa Tarku at-Ta'siir. (Ambil yg hukum yg ringan dan tinggalkan hukum yg berat demi kemaslahatan diri kita).

Sila respon demi maslahat bersama...

 

" Kamu sentiasa menjadi alim selagi kamu menjadi pelajar; maka apabila kamu merasa cukup (perasaan kaya ilmu)... kamu telah menjadi jahil" >Riwayat Al Imam Ibn Abd Barri dan Abdul Ghassan (Riwayat Muslim)

>> ana amik n edit dari blog:  http://halaqah.net/v10/index.php?topic=16735&fb_source=message <<

~hati perlu sentiasa ditarbiah...~ (6_6)

Iman kita

Bismillahirrahmanirrahim...

Sejujurnya, hambaMU ini Ya Allah tak mampu untuk berhadapan dengan kehidupan yang sentiasa membuka ruang untuk berzina. Mata, telinga, lidah sangat mudah untuk menjadi agen syaitan laknatullah utk memerangkap manusia dengan bisikan2 nafsu dunia yang menipu. Hati kurniaanMu, selalu lari dari landasan yang ditetapkanMu. Astaghfirullahal'azim, ampunilah dosaku Ya ALLAH. 

Iman kita senantiasa diuji dengan bertambah dan berkurang. Pagi kita beriman kepada Allah, malam pula kita kufur kepadanya. Pagi kita penuhkan kotak iman  dengan pahala, petang kita lompongkan dengan dosa. Sedar atau tak, kadang2 niat kita tak menghalalkan cara. Banyak benda yang kita buat mengundang fitnah tapi kita masih 'main2' sambil pikiaq benda tu semua benda fitrah zaman sekarang.  Bila maksiat dilihat sebagai satu keperluan dan amal baek dianggap sesuatu yang pelik, takutlah, bila kita menyokong tanpa ada teguran, kita sebenaqnya sedang menapak; menempah jalan menuju ke neraka. Jangan sekali-kali kita redha dengan maksiat. 


"Ya ALLAH, pimpinlah diri kami semua, pimpinlah hati2 kami dari lalai, pimpinlah hati2 kami dari kenikmatan maksiat. Peliharalah hati2 kami Ya ALLAH, jgn biarkan kami terpesong dari jalan hidayahMu. Matikanlah kami semua dalam husnul khatimah Ya ALLAH."

Semua tu sebenaqnya atas kita. Kita dikurniakan akai utk pikiaq baik buruk. Kita ada mata utk lihat,  halang diri dari  melihat perbuatan atau perkara yang  melalaikan. Kita mampu lawan benda2 negatif ni kalo kita kuat, tak mustahil kalo kita bersungguh-sungguh. Hati yang sering kali berbolak balik dalam suatu perkara boleh kita mohon perlindungan agar ditetapkan iman dan ditanam rasa malu utk melakukan kemungkaran/maksiat. Tapi, kadang2 kita dihidangkan dengan keseronokan yang melalaikan sampai kita sendiri; terleka dan hanyut. Semua nampak indah dan betul. Sedaqkah kita sebenaqnya kita telah menjauhkan diri kita dri Rabb. Na'uzubillah. 

Trend zaman sekarang nie, bila da masalah post kat FB, pa2 masalah kecik, sederhana , besaq semua ngadu kat FB. Sedangkan Allah dah gitau kita semua awai2 g, ALLAH sebaik-baik tempat pengaduan. Diri sendiri pun kadang2 terlalai. Rasa sangat malu bila pakaian seperti menjaga tapi perlakuan tak macam tu. Kat luar sangat menjaga ikhtilat, tapi dalam alam 'maya' nie, lepas bebas. Astagfirullah. Pergaulan lelaki dan pompuan yang bukan muhrim; tak dak ikatan yang sah yang menghalalkan sebarang contact. Tapi kenapa still contact?? Sangat teringin nak gtau kawan2, sahabat2 semua, dah banyak kali cuba nak lawan, tapi selalu terkandas. Teringin sangat nak gtau semua, 


"Saya tak baik, sebab kalo saya baik, saya tak kan contact ngan laki bukan muhrim saya macam yang saya selalu buat. Ada masa saya lalai, nak sangat sahabat semua meneguq kalo tersasar jalan. Tapi saya sangat perlukan kerjasama sahabat2 semua utk bantu saya fight benda yang ALLAH larang ni sama2. Bukan niat utk putuskan silaturrahim, tapi macam yang saya gtau td...niat tak menghalalkan cara. Saya takut. Niat sebenaq cuma nak jaga perhubungan, nak jaga adab, nak jaga iman n semua tapi bila kita nak berubah orang selalu salah paham."

Yang nie apa yang nak share sebenaqnya, ayat nie walaupun bukan saya yang tulis tapi nie la sebenaqnya nak luah. 

" Usah tertipu dengan status Facebook ku kerana itu bukan pengukur iman seseorang. Jangan tertipu dengan status Facebook ku, aku hanyalah seorang muslim yang masih lagi dalam proses perjalanan sebenar, berusaha menjadi muslimah yang solehah, tapi bukan bermaksud aku adalah manusia sempurna/tdk pnah mlakukan ksilapan. Tapi dengan status Facebook ku, aku berusaha MENCARI REDHA ALLAH dan Memperbaiki Diri dan juga untuk mnambah ilmu kebaikan ♥ ♥ ♥"




Sejujurnya, saya sangat2 takut kalo diri sendiri menjadi fitnah. Nak mintak maaf sangat2 kat semua yang selama nie saya menjadi penyebab dia lalai, saya jadi penyebab lupa tanggungjawab pada Rabb. Mintak maaf sangat2 coz pompuan boleh jadi antara dua; sama ada meneguhkan atau menjatuhkan seorang lelaki. Mintak diampunkan dosa kita semua atas dosa nie dan dipelihara dari terus melakukannya hingga akhir hayat kita. 


Buat diri dan muslimat yang disayangi semua terutamanya, jangan kita kejar sangat sesuatu yang bukan milik kita sampai menggadai rasa malu (hadiah istimewa dari ALLAH utk kita). Mungkin kita pernah, sudah dan sedang tersasar dari jalan yang sepatutnya, jom bertaubat. Masih ada masa utk kita baiki mana yang kurang n baiki mana yang patut. Mungkin belum masanya untuk kita jumpa yang terbaik buat kita. Persiapkanlah diri menjadi yang lebih baik kalo kita mahu yang terbaik untuk diri kita. Jangan merungut lepas ni kalo nak buat jugak!!!!! Kalopun kita dapat apa yang kita inginkan,  tapi tu semua bukan dari jalan yang ALLAH redha atas sesuatu yang dah hilang berkatnya dari mula. Jangan komplen kalo nant masjid yang dibina hilang seri coz tu semua kita yang mula.  




Las sekali utk hari nie nk ajak diri sendiri n semua, jangan hanya ingat pada Allah waktu kita dalam kesusahan ka sakit ja, ingat ALLAH dalam setiap nafas kita coz siapalah kita tanpa nikmat dan rahmat ALLAH." 


p/s: Jom sama2 bantu diri sendiri, keluarga, sahabat kita. Amik berkat malam Jumaat. Jom kita semua berubah ke arah yang lebih baik. Tak da benda yang mustahil. Bukan niat nak tunjuk baik, tapi biaqla apa yang kita buat jadi aset bernilai buat kita kat dunia n akhirat. Biar sikit2 dari tak buat lansung, moga2 sempat kita semua bertaubat sebelum ada yang datang jemput, insyaALLAH. Banyakkan berdoa coz dengan doa kita akan sentiasa rasa diri kita nie hamba n kita ada Allah tempat kita bergantung. Allah sebaik-baik tempat mengadu. Carilah keberkatan  untuk hidup dalam redha ALLAH. =) Takbir!!!!!ALLAHUAKHBAR 


~hati perlu sentiasa ditarbiah...~ (6_6)