jom zikir...

Powered By Blogger

Thursday, March 15, 2012

Jiwa kosong...

Bismillahirrahmanirrahim...

SITI SYAZANA CHE ANI dah speechless...huhu...

"Ya ALLAH, bantulah hambaMu ini. Berikanlah kepadaku kekuatan, kesabaran, ketenangan dalam menghadapi dugaanMu ini. Tuhanku, ampunkanlah segala dosaku, Tuhanku maafkanlah kejahilan hambaMu...Jangan biarkan hambaMu yang lemah ini hanyut dengan angan-angan tanpa usaha, berilah kmi petunjuk di jalan yang diredhaiMu Ya ALLAH, YA RAHMAN, YA RAHIM, YA AZIZ "


Mode: tgah berusaha untuk berubah, moga dpermudahkan...

~hati perlu sentiasa ditarbiah...~ (6_6)

Monday, March 5, 2012

A, B, C atau D? Pilihan di tangan anda

Anda mahu tahu bagaimana masyarakat islam zaman sekarang? Secara amnya, kita boleh bahagikan kepada empat golongan. Golongan A, B, C dan D. 
1. A = AWAM
Masyarakat yang tergolong dalam kategori awam adalah masyarakat yang islam hanya pada nama, yakni islam 'I' (besar) dan bukan islam 'i' (kecil). Faham istilah 'i' (kecil) dan 'I' (besar)? Baiklah, mari kita lihat contoh seperti di bawah.
Seorang budak berkata 'saya Jahat'. Kita lihat pada J (besar) yang mana maksudnya nama budak tersebut 'Jahat' tetapi tidak bermakna sikap atau perbuatan budak tersebut jahat. Seperti mana yang kita belajar dalam pelajaran Bahasa Melayu, kata nama perlu dimulakan dengan huruf besar bukan? Baiklah, sekarang seorang budak yang lain pula berkata 'saya jahat'. Sekali lagi kita lihat pada j (kecil) yang mana maksudnya budak tersebut memang jahat sama ada dari segi perbuatan atau sikap. Tetapi nama budak tersebut tidak semestinya Jahat. Mungkin Abu, Ali, Seman dan sebagainya.
Sekarang, kita aplikasi konsep ini pada islam/Islam. ISLAM i (kecil), maksudnya seseorang itu memang mengamalkan cara hidup sebagai seorang islam. Dia solat, puasa dan melakukan ibadah-ibadah lain. Manakala ISLAM I (besar), seseorang itu meletakkan islam hanya pada nama. Islam hanya dalam IC, tetapi hakikatnya dia tidak pernah bersolat, berpuasa dan melakukan ibadah-ibadah yang wajib dilaksanakannya.
Dan sudah terang lagi bersuluh, golongan A ini semakin menguasai dunia. Boleh kata mereka ini golongna majoriti. Tamat penuh.

2. B = BIASA
Golongan yang kedua dinamakan golongan biasa. Masyarakat yang tergolong dalam kategori biasa ini mungkin mengaplikasikan ISLAM i (kecil). Mereka bersolat, berpuasa, dan beribadah dengan baik.  Mereka buat ibadah-ibadah wajib. Tetapi, golongan ini mempunyai sedikit perasaan 'cukup' dalam diri mereka. Bagi mereka, cukup sekadar membuat ibadah-ibadah wajib.
Analoginya, mereka mempunyai Sim Card. Sama ada Celcom atau Maxis atau Digi. Tetapi mereka tidak mempunyai kredit. Bagi mereka, cukup ada yang basic sahaja. Ada Sim Card sudahlah. Tak perlu top up kredit.
Dan golongan B ini tidak mahu topup pahala dgn menghadiri majlis-majlis ilmu atau melakukan ibadah-ibadah sunat. Bagi mereka, buat yang wajib sudah memadai.
Golongan B ini kurang  sedikit bilangannya berbanding golongan A. Tetapi masih banyak kuantitinya di muka bumi Allah ini.
3. C = COMMITED
Masyarakat yang tergolong dalam kategori commited ini tarafnya 'up' sedikit dari golongan awam dan biasa. Mereka buat ibadah-ibadah wajib dan pada masa yang sama mereka juga buat ibadah-ibadah sunat. Mereka suka menghadiri majlis-majlis ilmu juga selalu membaca al- Quran. Mereka sangat istiqamah, commited dengan ibadah-ibadah mereka. Tetapi golongan ini boleh dikatakan sedikit kedekut.
Sambungan analogi, mereka bukan sahaja mempunyai Sim Card, tetapi mereka mempunyai kredit juga. Mereka sentiasa suka topup kredit mereka. Tetapi malangnya mereka malas untukcall atau mesej orang lain. Atau bahasa manjanya, mereka ini kedekut. Mereka amat takut kredit mereka habis kalau call atau mesej org lain. Penyelesaiannya, kredit mereka ditopupsekadar untuk memuaskan hati mereka, tapi tak pernah digunakan.
Golongan commited ini juga boleh diumpakan seperti katak di bawah gelas. Sekali lagi, taraf mereka 'up' sikit dari katak-katak yang tinggal di bawah tempurung yang memang langsung tidak nampak apa yang berlaku di dunia luar. Katak di bawah gelas ini istimewanya ia nampak apa yang berlaku di dunia luar. Ia nampak kawan-kawannya buat maksiat. Ia juga nampak islam sedang terumbang-ambing dan semakin nazak. Ya, ia nampak semua itu tetapi ia tidak mahu mengambil tahu. Duduk saja di bawah gelas, tunggu dan lihat. Baginya, cukup dirinya sahaja yang beribadah bersungguh-sungguh. Buat apa mahu ajak org lain? Bukankah kubur lain-lain? Begitulah sikap golongan ini yang seperti katak di bawah gelas.
Dan golongan C ini kurang sikit bilangannya berbanding golongan biasa. Tapi masih wujud di muka bumi ini.

4. D = DAIE
Golongan terakhir adalah masyarakat yang tergolongan di bawah kategori Daie. Masyarakat yang tergolong di bawah kategori daie ini adalah masyarakat yang selalunya dikecam. Mengapa? Sebab golongan ini suka menyampaikan. Mereka 'sibuk' hal orang lain. Mereka tidak mahu masuk syurga seorang diri. Mereka mahu mengajak kawan-kawan serta saudara-saudara mereka semua kembali pada islam yang sebenar. Mereka tidak suka menjadi katak yang duduk di bawah gelas. Mereka tidak kisah kredit mereka habis. Mereka sibuk beribadah dan juga sibuk mengajak orang lain untuk turut sama beribadah kepada Tuhan. Mereka sedar tujuan mereka diciptakan bukan sahaja untuk beribadah tetapi untuk menjadi khalifah juga.
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat;
"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya". [2:30]
Malangnya golongan D ini teramatlah sedikit bilangannya jika dibandingkan dengan golongan A, B dan C. Golongan D ini golongan asing. Tetapi mereka tidak kisah. Kerana apa? Kerana mereka ingat kata-kata Rasulullah SAW, 'dan beruntunglah orang-orang yang asing'.
Kesimpulan, sebagai seorang islam, terpulang pada diri masing-masing mahu jadi golongan yang mana. A. B. C atau D?
Pilihan di tangan anda.
Dan aku hanya menyampaikan.
"sampaikanlah walau hanya dengan sepotong ayat"




~hati perlu sentiasa ditarbiah...~ (6_6)

Friday, March 2, 2012

Ikhtilat di Alam Maya

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, teknologi semakin tinggi dan membangun. Dunia daie tidak lagi hanya di ruang sempit di kampung dan surau. Bukan hanya berceramah di podium dan sebagainya. Dunia tanpa sempadan banyak membantu daie untuk terus memberi buah yang bermanfaat buat mad'u di serata pelusuk alam.

Namun sahabat-sahabat sekalian, banyak perkara yang harus di titik beratkan dalam mengambil wasilah ini. Satu perkara yang sering kita abaikan ialah soal ikhtilat. Benar.

 

Saya menerima emel dari seorang sahabat berkaitan hal ini. Maka eloklah saya kongsikan bersama sahabat semua dalam erti mencari mardhatillah. InsyaAllah.

Ikhtilat Alam Maya

Puji dan syukur dihadiahkan buat Al-Khaliq ALLAH SWT yang masih sudi meminjamkan diri ini dengan nikmat iman dan islam, masih dalam keadaan sihat jasad dan rohani.

Sudah lama rasanya tidak menulis di blog ni, dengan kekangan2 yang di hadapi, akhirnya hari ini dapat saya ufukkan masa biiznillah. Sebenarnya agak lama ingin dibicarakan isu ini, IKHTILAT DI ALAM MAYA. 

Secara majority, rata-rata di antara kita yang berbaiah utk sebuah perjuangan Islam dalam sebuah gerakan Islam, tidak pernah terlepas dari perkara ini, ALAM MAYA yang merupakan antara medium utama yang digunakan oleh golongan Abnaul Harakah ini. Sesungguhnya garapan artikel ini saya nukilkan khusus utk mengetuk diri sendiri yang sering lalai dan lemah ini, smg mnjadi peringatn yang berguna juga buat semua.

"Maka berilah peringatan, karena sesungguhnya kamu hanyalah orang yang memberi peringatan" (QS Al Ghaasyiyah : 88)

Dengan perkembangan zaman yang kian moden lagi canggh,plbagai medium mnjadi tapak kepada sebaran dakwah, Alhamdulillah apabila digunakan ke jalan yang betul. Namun, bgitu sedar atau tidak, brapa bnyak laman2 sosial yang ada di internet ini kita gunakan dengan sbenar-benar hakikat berdakwah?..

Namun, marilah kita renung sejenak..
SIKAP yang saya nak tekankan di sini ialah sifat MALU dengan bukan mahram.
Contohnya melalui shoutbox, sistem pesanan ringkas(sms), facebook, Yahoo Messenger (YM) dan lain-lain.

Peringatan buat dri ini, dalam 10 penggunaan, sedar atau tidak boleh dikatakan 8 daripadanya membawa kita kpada kelalaian. Sebagai seorang pndokong kpada gerakan islam, kita sering meletakkan ‘mnjaga ikhtilat’ dalam dri namun apabila berada di alam maya, kita mnjadi LUPA DIRI. Baik muslimn mahupun muslimat, astaghfirullahalzim , sedar kah kita?

APAKAH SEBENARNYA YANG DIKATAKAN IKHTILAT DI ALAM MAYA?


Dalam seminggu mahupun satu hari, boleh kita kira berapa kali kita online utk membuka facebook atau YM atau mana2 lagi lamn? Pasti lebh mudah kita kira brapa kali x online utk buka perkara2 tersebut.

Kemudian,apabila YM, kira pula berapa kali kita mnggunakan YM@Facebook ats tujuan utk berkomunikasi dengan yang berbeza jantina, antara min dan mat untuk urusan2 agama? Dalam 10 ‘perbncangan’ ,boleh dikatakan 6 mhampiri atau juga melaghakan, pasti ada yang kita selitkan dengan perkara2 yang melalaikan samada sedar atau tidak.

Bergurau senda di antara min dan mat, tanpa ada tujuan sedangkan telah di perincikan oleh ulama’2 muktabar garis panduan interaksi antara min dan mat.
Secara rumusannya bolehlah disebutkan bahawa interaksi dan komunikasi yang berlaku antara muslimin dan muslimat yang ajnabi sepatutnya meraikan beberapa syarat seperti berikut:

- Meraikan suasanaPastikan tidak meleret-leret hingga keluar dari topic asal.
- Perincian TopikPerincian terhadap topik ini akan dilihat daripada beberapa aspek dan isu.
- Menjaga adab-adab percakapanHubungan dan interaksi tersebut tidak berlaku kecuali atas keperluan untuk menunaikan amanah jamaah dan membereskan segala tuntutannya.

Perlu kita sentiasa beringat sebagaimana dalam Surah Al- Ahzab, ayat 53, Allah berfirman yang bermaksud:

“Dan bila mana kamu meminta sesuatu kepada mereka (isteri-isteri Rasulullah) maka mintalah dari belakang hijab.”

Di dalam Surah An-Nur ayat 30 dan 31, Allah berfirman yang bermaksud:

“Katakanlah kepada lelaki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka yang demikian itu lebih suci.”

FirmanNya yang bermaksud:

“Orang-orang mukmin lelaki dan orang-orang mukmin perempuan itu saling mambantu menjalankan tugas menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar.”

Maka perlunya untuk kita sama-sama memahami dan menjaga ikhtilat di alam maya ini supaya prjuangan Islam yang kita bawa ini benar-benar dirasai kemanisannya apabila setiap sudut yang membuka kepada ‘lagha’ itu kita jauhi malah digunaka utk menyampaikan dakwah.

Sama-samalah kita koreksi diri, adakah kita mnjaga setiap plakuan kita? Beruntunglah Yahudi melihat lambakan dari pnggerak dakwah sendri menggunakan ciptaan mereka mengikut acuan yang mereka tetapkan, mncapai objektif utk melalaikan. Ini baru sentuh bab ikhtilat di alam maya, blum lagi bgaimana kita melalaikan dri dengan nikmat kemajuan ini..

Walaupun pada mulanya hanya niat untuk menuntut ilmu, bertanyakan hukum hakam, tetapi lama kelamaan bergurau dan mengusik.

 

Lama-kelamaan, perasaan minat, suka dan rindu tersemai.

“Isk, seronoknya kacau ‘dia’ ni.”

“Hari ni apa update dia di facebook ye?”

Sejurus sahaja orang yang diminati update status di facebook, terus sahaja ditinggalkan komen di facebook mereka.

Jadi, sama-samalah kita cuba sedaya upaya utk tidak mnjadi seorang ‘penagih’ kepada laman social yang menyebabkan kita lalai tetapi jadilah kita ‘ketagih’ utk mendapat mardhatillah.

Bagi mnutup artikel ini, saya bawakan suatu analisis kes yang diperoleh drp sahabt.

KES:

Td ana bru sahaja terchatting bersama salah seorg daripada banat x- amin, ahli YG fasa kita. (Ana ditegur oleh dia, dan apabila ana menta'aruf diri ana sbg seorg banin, maka dia terus berhenti dari meneruskan perbualan, dgn katanya "xpelah xnk sembang dgn bnn". Ana setuju, kami masing² menghentikan perbualan. begitulah berakhirnya) .

ANALISIS KES:

1. Banat yg berkenaan dgn kefahaman yg dia miliki berusaha utk mengelakkan daripada berlakunya ikhtilat tak syar'ie.

2. Ikhitlat yg kita semua cuba elakkan adalah ikhtilat tak syar'ie. Tapi ana tak pasti, adakah semua dikalangan kita memahami tentang apa yg dimaksudkan dgn ikhtilat tak syar'ie ?. kerana di sana terdapat ikhtilat Syar'ie yg dibenarkan oleh syara'.. yg hukumnya jatuh menjadi harus.

3. Apakah keadaan dan status medium YM yg kita gunakan dalam Muamalah bighairi an-Nazhar baina mukhatabatain fa aksar, baina Rijal wa Nisa' (komunikasi tanpa melihat antara dua communicator atau lebih, antara lelaki dan perempuan), adakah dikira sebagai medium ikhtilat tak syar'ie atau ikhtilat syar'ie ?

4. Jika YM ini adalah medium bagi ikhtilat tak syar'ie antara lelaki dan perempuan ajnabi atau bukan mahram, maka apakah boleh kita menggunakannya? apakah bezanya antara YM dan YG?, yg keduanya² merupakan wasilah berkomunikasi atas dasar sms dan emel, dgn perbezaan YM (komunikasi secara langsung) manakala YG (komunikasi secara tak langsung).

Jika YM merupakan medium ikhtilat tak syar'ie maka YG juga jatuh hukum ikhtilat tak syar'ie? Kerana dalam YG juga berlakunya hubungan komunikasi antara lelaki dan perempuan yg bukan mahram. (ini adalah pendapat yg agak syadid, menolak penggunaan kedua²nya secara total dari konteks asasnya tanpa ruang toleransi).

5. Perbezaan kedua; YM merupakan bentuk komunikasi personal dan privacy antara 2 individu manakala YG komunikasi dalam bentuk umum lebih daripada dua individu. Dalam erti kata lain YM blh dikira sebagai medium berdua²an ikhtilat tak syar'ie yang dilarang oleh Islam. manakala YG terkeluar daripada kondisi berdua²an kerana komunikasi yg berlaku walaupun antara lelaki dan perempuan bkn mahram, ianya diketahui umum. (Ini adalah pendapat yg mu'tadil, tak brp syadid, memberi ruang toleransi dan membezakan secara jelas konteks asas penggunaan YM dan YG)

6. Dalam sudut yg lain, pendapat yg membenarkan penggunaan YM dengan mengatakan bahawa YM tak termasuk dalam medium tak syar'ie dgn berpegang bahawa ikhtilat tak syar'ie hanya berlaku apabila perbualan itu terdapat unsur² yg tak baik. Jika perbualan itu berkisar ttg perkara² asasi dan umum seperti: kabar sihat sakit, pengajian, kerja dsb serta tak meleret² tanpa tujuan maka ianya adalah dibenarkan.


PENJELASAN:

Dalam masalah ini, kita mempunyai beberapa pilihan berdasarkan beberapa qaedah fiqhiyyah;

1. Pilihan pertama: kita menolak secara total komunikasi antara lelaki dan perempuan yg bukan mahram via YM berdasarkan qaedah 'Saddu az-Zara'ie'. (menyekat atau menolak segala punca berlakunya ikhtilat tak syar'ie kerana dikhuatiri kita tak mampu mengawalnya jika dibiarkan berterusan). qaedah ini agak syadid dalam konteks muamalah alam maya.

2. Pilihan kedua: kita tidak menolak secara total komunikasi antara lelaki dan perempuan yg bukan mahram via YM berdasarkan qaedah 'La Tafrit Wa La Ifrat '. (Tidak terlalu longgar dan tidak terlalu melampau). Melalui qaedah ini kita mengawal perbualan kita supaya tidak meleret² tanpa hala tujuan dan terkeluar dari maslahat asasi dan umum. KIta tak terlalu syadid menolak penggunaan YM sehingga menolak qaedah 'al-Aslu fil Asyya' al-Ibahah' (Asal sesuatu perkara itu adalah harus atau dibolehkan).

sebenarnya ada byk lg perbahasan dan bermacam² qaedah fiqhiyyah yg menyentuh bab muamalah antara lelaki dan perempuan bukan mahram secara umum mengikut jumhur. cuma ana hanya menyentuh berdasarkan skop asas maslahah sahaja tanpa huraian lbh dalam.

KESIMPULAN:

Ikhtilat dalam Islam terbahagi kepada 2:

Ikhtilat Syar'ie dan Ikhtilat Tak Syar'ie.

Ikhtilat Syar'ie dibenarkan oleh Islam berdasarkan hukum harus iaitu khusus kepada sebarang bentuk muamalah maslahat umum selagi mana tidak bercanggah dgn Al-Quran dan As-Sunnah.

Manakala Ikhtilat Tak Syar'ie adalah dilarang oleh Islam kerana jelas bercanggah dgn Al-Quran dan As-Sunnah.

Maka, kesimpulannya terpulang kepada kita untuk menggunakan mana² qaedah yg dirasakan terbaik dan sesuai bagi diri masing². Samada syadid atau mu'tadil, keras atau bertolak ansur, kerana Islam adalah agama yg mudah dan tak membebankan berdasarkan syarah atau huraian sebuah Hadis Sahih yg juga merupakan salah satu daripada qaedah utk kita beramal dgn agama Islam ini: al-Akhzu bil Yasir wa Tarku at-Ta'siir. (Ambil yg hukum yg ringan dan tinggalkan hukum yg berat demi kemaslahatan diri kita).

Sila respon demi maslahat bersama...

 

" Kamu sentiasa menjadi alim selagi kamu menjadi pelajar; maka apabila kamu merasa cukup (perasaan kaya ilmu)... kamu telah menjadi jahil" >Riwayat Al Imam Ibn Abd Barri dan Abdul Ghassan (Riwayat Muslim)

>> ana amik n edit dari blog:  http://halaqah.net/v10/index.php?topic=16735&fb_source=message <<

~hati perlu sentiasa ditarbiah...~ (6_6)

Iman kita

Bismillahirrahmanirrahim...

Sejujurnya, hambaMU ini Ya Allah tak mampu untuk berhadapan dengan kehidupan yang sentiasa membuka ruang untuk berzina. Mata, telinga, lidah sangat mudah untuk menjadi agen syaitan laknatullah utk memerangkap manusia dengan bisikan2 nafsu dunia yang menipu. Hati kurniaanMu, selalu lari dari landasan yang ditetapkanMu. Astaghfirullahal'azim, ampunilah dosaku Ya ALLAH. 

Iman kita senantiasa diuji dengan bertambah dan berkurang. Pagi kita beriman kepada Allah, malam pula kita kufur kepadanya. Pagi kita penuhkan kotak iman  dengan pahala, petang kita lompongkan dengan dosa. Sedar atau tak, kadang2 niat kita tak menghalalkan cara. Banyak benda yang kita buat mengundang fitnah tapi kita masih 'main2' sambil pikiaq benda tu semua benda fitrah zaman sekarang.  Bila maksiat dilihat sebagai satu keperluan dan amal baek dianggap sesuatu yang pelik, takutlah, bila kita menyokong tanpa ada teguran, kita sebenaqnya sedang menapak; menempah jalan menuju ke neraka. Jangan sekali-kali kita redha dengan maksiat. 


"Ya ALLAH, pimpinlah diri kami semua, pimpinlah hati2 kami dari lalai, pimpinlah hati2 kami dari kenikmatan maksiat. Peliharalah hati2 kami Ya ALLAH, jgn biarkan kami terpesong dari jalan hidayahMu. Matikanlah kami semua dalam husnul khatimah Ya ALLAH."

Semua tu sebenaqnya atas kita. Kita dikurniakan akai utk pikiaq baik buruk. Kita ada mata utk lihat,  halang diri dari  melihat perbuatan atau perkara yang  melalaikan. Kita mampu lawan benda2 negatif ni kalo kita kuat, tak mustahil kalo kita bersungguh-sungguh. Hati yang sering kali berbolak balik dalam suatu perkara boleh kita mohon perlindungan agar ditetapkan iman dan ditanam rasa malu utk melakukan kemungkaran/maksiat. Tapi, kadang2 kita dihidangkan dengan keseronokan yang melalaikan sampai kita sendiri; terleka dan hanyut. Semua nampak indah dan betul. Sedaqkah kita sebenaqnya kita telah menjauhkan diri kita dri Rabb. Na'uzubillah. 

Trend zaman sekarang nie, bila da masalah post kat FB, pa2 masalah kecik, sederhana , besaq semua ngadu kat FB. Sedangkan Allah dah gitau kita semua awai2 g, ALLAH sebaik-baik tempat pengaduan. Diri sendiri pun kadang2 terlalai. Rasa sangat malu bila pakaian seperti menjaga tapi perlakuan tak macam tu. Kat luar sangat menjaga ikhtilat, tapi dalam alam 'maya' nie, lepas bebas. Astagfirullah. Pergaulan lelaki dan pompuan yang bukan muhrim; tak dak ikatan yang sah yang menghalalkan sebarang contact. Tapi kenapa still contact?? Sangat teringin nak gtau kawan2, sahabat2 semua, dah banyak kali cuba nak lawan, tapi selalu terkandas. Teringin sangat nak gtau semua, 


"Saya tak baik, sebab kalo saya baik, saya tak kan contact ngan laki bukan muhrim saya macam yang saya selalu buat. Ada masa saya lalai, nak sangat sahabat semua meneguq kalo tersasar jalan. Tapi saya sangat perlukan kerjasama sahabat2 semua utk bantu saya fight benda yang ALLAH larang ni sama2. Bukan niat utk putuskan silaturrahim, tapi macam yang saya gtau td...niat tak menghalalkan cara. Saya takut. Niat sebenaq cuma nak jaga perhubungan, nak jaga adab, nak jaga iman n semua tapi bila kita nak berubah orang selalu salah paham."

Yang nie apa yang nak share sebenaqnya, ayat nie walaupun bukan saya yang tulis tapi nie la sebenaqnya nak luah. 

" Usah tertipu dengan status Facebook ku kerana itu bukan pengukur iman seseorang. Jangan tertipu dengan status Facebook ku, aku hanyalah seorang muslim yang masih lagi dalam proses perjalanan sebenar, berusaha menjadi muslimah yang solehah, tapi bukan bermaksud aku adalah manusia sempurna/tdk pnah mlakukan ksilapan. Tapi dengan status Facebook ku, aku berusaha MENCARI REDHA ALLAH dan Memperbaiki Diri dan juga untuk mnambah ilmu kebaikan ♥ ♥ ♥"




Sejujurnya, saya sangat2 takut kalo diri sendiri menjadi fitnah. Nak mintak maaf sangat2 kat semua yang selama nie saya menjadi penyebab dia lalai, saya jadi penyebab lupa tanggungjawab pada Rabb. Mintak maaf sangat2 coz pompuan boleh jadi antara dua; sama ada meneguhkan atau menjatuhkan seorang lelaki. Mintak diampunkan dosa kita semua atas dosa nie dan dipelihara dari terus melakukannya hingga akhir hayat kita. 


Buat diri dan muslimat yang disayangi semua terutamanya, jangan kita kejar sangat sesuatu yang bukan milik kita sampai menggadai rasa malu (hadiah istimewa dari ALLAH utk kita). Mungkin kita pernah, sudah dan sedang tersasar dari jalan yang sepatutnya, jom bertaubat. Masih ada masa utk kita baiki mana yang kurang n baiki mana yang patut. Mungkin belum masanya untuk kita jumpa yang terbaik buat kita. Persiapkanlah diri menjadi yang lebih baik kalo kita mahu yang terbaik untuk diri kita. Jangan merungut lepas ni kalo nak buat jugak!!!!! Kalopun kita dapat apa yang kita inginkan,  tapi tu semua bukan dari jalan yang ALLAH redha atas sesuatu yang dah hilang berkatnya dari mula. Jangan komplen kalo nant masjid yang dibina hilang seri coz tu semua kita yang mula.  




Las sekali utk hari nie nk ajak diri sendiri n semua, jangan hanya ingat pada Allah waktu kita dalam kesusahan ka sakit ja, ingat ALLAH dalam setiap nafas kita coz siapalah kita tanpa nikmat dan rahmat ALLAH." 


p/s: Jom sama2 bantu diri sendiri, keluarga, sahabat kita. Amik berkat malam Jumaat. Jom kita semua berubah ke arah yang lebih baik. Tak da benda yang mustahil. Bukan niat nak tunjuk baik, tapi biaqla apa yang kita buat jadi aset bernilai buat kita kat dunia n akhirat. Biar sikit2 dari tak buat lansung, moga2 sempat kita semua bertaubat sebelum ada yang datang jemput, insyaALLAH. Banyakkan berdoa coz dengan doa kita akan sentiasa rasa diri kita nie hamba n kita ada Allah tempat kita bergantung. Allah sebaik-baik tempat mengadu. Carilah keberkatan  untuk hidup dalam redha ALLAH. =) Takbir!!!!!ALLAHUAKHBAR 


~hati perlu sentiasa ditarbiah...~ (6_6)