jom zikir...

Powered By Blogger

Tuesday, May 25, 2010

yang cantik itu budi..

Akhlak itu peribadi, perasaan, kata-kata, pemikiran, cara, budaya - ia adalah siapa diri kita.
Imam Hassan al-Banna berkata, jika kita masih rasa ragu-ragu, perlu berfikir 2 kali sebelum melakukan sesuatu perkara, tidak terus SPONTAN melaksanakannya, bererti perkara itu BELUM menjadi sebahagian akhlak kita. Perkara itu belum lagi menjadi darah daging kita, belum lagi meresap ke dalam jiwa dan nadi kita. It is NOT part of you, yet. Kalaulah betul sesuatu perkara itu sudah jadi akhlak diri kita, kita akan terus saja buat, tanpa berfikir banyak kali, tanpa disuruh, semulajadi dan spontan sahaja kita bertindak.

Izinkan saya berkongsi mutiara-mutiara akhlak indah bergemerlapan yang saya di temui di sepanjang jalan hidup saya…

.

Saya kenal seorang kawan, yang pada pandangan saya, sangat dermawan. Dia sentiasa, sentiasa, sentiasa tersenyum memaniskan muka bila bertemu, dermawan dengan senyum, dermawan dengan perhatian dan kasih-sayang, dermawan dengan pertolongan. Dia selalu akan berkongsi apa-apa saja yang dia ada, ajak ke rumah dan sebagainya. Tidak pernah dia menunjukkan muka masam/tak suka/tension dengan sesiapa. Walaupun dia sedang sibuk atau runsing, dia akan sentiasa welcome orang lain dan jawab dengan mesra kalau dia tidak dapat hadir/bantu sekarang. Bahkan, dia akan membuat janji untuk inshaAllah berusaha menyelesaikannya nanti. I feel she is the warmest person i have ever met. Istimewa kan?

“Jika salah seorang di antaramu berjalan kerana mahu menunaikan keperluan saudaranya, ia adalah lebih baik daripada dia beriktikaf selama sebulan di masjidku ini.” (Hadith hasan, riwayat ibnu Abi Dunya)

.

Saya juga kenal seorang lagi kawan yang saya kira seorang pendengar yang baik. Dia gemar bertanya khabar, banyak berfikir dan mengambil berat perihal orang lain. Dia akan mendengar dengan penuh perhatian apa-apa yang diceritakan kepadanya hingga seseorang itu merasa dihargai. Dia tidak akan melayan SMS ketika orang sedang berbicara dengannya, atau dia akan menunggu cerita sahabatnya selesai sebelum bangkit mengambil air walaupun dia haus. Jaranglah terjadi orang merasa tidak penting bila berhadapan dengannya. Apabila menjadi ketua, jaranglah dia terlepas pandang atau tidak tahu perihal dan masalah-masalah individu-individu di bawah jagaannya. She is thoughtful and cares a lot about others around her.

“Tidak beriman seseorang kamu, hingga dia mencintai untuk saudaranya, apa yang ia cintai untuk dirinya sendiri.” (Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)

.

Seorang lagi sahabat saya, adalah seorang yang paling pantas dan pemurah dalam menawarkan pertolongan. Selalu menjadi orang pertama untuk volunteer membantu. Jikalau ada apa-apa majlis atau agenda, dia selalu akan menjadi orang kuat dalam tempoh persediaannya, dan datang awal pada harinya untuk menolong itu dan ini, walaupun dia tidak menyandang apa-apa dalam jawatankuasa. Sama sahaja kita memberinya jawatan atau tidak. Dia pasti ringan tangan dan rasa bertanggungjawab. Elakkanlah mengeluh di hadapannya, sebab dia akan mendahuluimu untuk menyelesaikan perkara itu. Pernah seorang kawan mengeluh, ‘Alamak, esok pagi takde breakfast lah. Lupa nak beli biskut tadi.’ Apa yang berlaku? Esoknya sahabat saya itu selepas subuh, terus bangkit memasak menyediakan nasi goreng, sebelum dia keluar untuk menghadapi peperiksaannya hari itu. Saya tahu dia selalu mengutamakan orang lain sebelum dirinya sendiri.

Daripada Abu Hurairah r.a, daripada Nabi SAW, baginda bersabda:
“Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada 1 kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada 1 kesusahan daripada kesusahan-kesusahan akhirat.
Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang yang susah, maka Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat.
Barangsiapa yang menutup keaiban seorang Muslim, nescaya Allah akan menutup keaibannya di dunia dan di akhirat.
Allah sentiasa bersedia menolong hambaNya, selagi mana dia suka menolong saudaranya.”
(Hadith Riwayat Muslim)

.

Saya juga suka untuk menyebut tentang seseorang yang saya kira selalu menang dalam hal ibadah. Sukarlah mengalahkan dia dalam hal bangun tidur. Mesti saja dia yang mengejutkan orang lain, baik untuk qiamulail atau solat subuh. Dialah yang pertama menunggu di saff. Dia tidak banyak berkata-kata, tapi dia seorang yang jujur dengan apa yang diperkatakannya, kerana dia beramal dengan apa yang diserukannya. Maka apabila dia menyeru, saya akan senang sekali menerima dakwahnya, kerana saya mengenalinya. Susahkan, nak jumpa dengan orang yang cakap serupa bikin?

“Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan? Besarlah kemurkaan di sisi Allah kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan.” (Surah As-Saff : ayat 2-3)

.

Apabila bersama-sama mereka, saya banyak belajar, banyak mutiara-mutiara hikmah yang dapat saya kutip setiap kali bertemu dengan mereka walaupun sekejap. Bukan melalui kata-kata nasihat, tapi melalui tindakan dan pemerhatian kepada cara mereka. Mereka seusia dengan saya, hidup sezaman dengan saya di abad yang individualistik dan materialistik ini, belajar dan berkelana di perantauan seperti saya. Namun, Islam telah mewarnai peribadi mereka dan menjadikan mereka istimewa.

.

Bukanlah mereka semua itu manusia sempurna. Mereka juga punya kekurangan dan kelemahan masing-masing. Namun, saya merasa berkewajipan untuk menceritakan kelebihan dan keindahan akhlak yang ada pada diri mereka, agar dapat diteladani. Kita boleh, inshaAllah. Bersihkan diri, ikhlaskan niat, comelkan akhlak. Lillahi Taala.

عن أبي أمامة قال: قال رسول اللّه صلى اللّه عليه وسلم: ” أنا زعيمٌ ببيتٍ في ربض الجنة لمن ترك المراء وإن كان محقّاً، وببيتٍ في وسط الجنة، لمن ترك الكذب وإن كان مازحاً، وببيتٍ في أعلى الجنة لمن حسَّن خلقه”.

Daripada Abi Umamah katanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Aku menjamin terhadap
rumah di pinggir syurga kepada orang meninggalkan perdebatan walaupun dia yang betul,
rumah di tengah-tengah syurga bagi sesiapa yang meninggalkan berdusta walaupun dalam bergurau senda dan
rumah di bahagian tertinggi syurga bagi sesiapa yang memperelokkan akhlaknya.”
(Hadith Riwayat Abu Dawud)

sebab kamu jauh...

Jangan menjauh daripada Allah. Itu punca kesakitan kamu.  ~  Picture by Julian-Rassmann of Deviant Art

Jangan menjauh daripada Allah. Itu punca kesakitan kamu. ~ Picture by Julian-Rassmann of Deviant Art

Ramai orang suka bertanya dengan saya akan kegundahan masalah mereka, rasa resah meraka akan perjalanan kehidupan mereka, dan rasa risau mereka berkenaan masa hadapan mereka. Kadangkala saya melihat seakan ada sekelompok manusia ini tersekat dalam satu penjara ghaib yang mengikat ketenangan hidup mereka.

Saya berfikir-fikir, saya kira saya juga pernah menjadi seperti mereka. Saya kira, anda yang sedang membaca juga mungkin sama. Kalau kita tak pernah hadapai, maka saya jangka kita akan hadapinya. Sebab saya melihat, perkara ini lumrah dalam hidup manusia.

Dan yang selamat hanyalah yang mencari penyelesaian. Maka, hendak mencari penyelesaian, perlulah mengenali punca terlebih dahulu. Adakah kita akan melihat semua masalah dan mencari semua puncanya? Bukankah ada ramai orang, berlainan situasi, bermacam jenis masalah? Mustahil hendak mencari semua bukan?

Tak. Yang saya maksudkan adalah satu punca yang kita kongsi bersama.

Yakni, punca utamanya adalah kita jauh daripada Allah SWT.

Ya. Sebab kamu jauh.


Keseimbangan jiwa

Saya percaya bahawa, ketenangan jiwa hanya akan mampu didapati dengan merapati sumbernya. Yakni pencipta kepada ketenangan itu sendiri, dan pencipta kepada jiwa itu sendiri. Mujur untuk kita, pencipta kepada kedua-dua elemen itu adalah sama. Iaitu Allah SWT.

Kemudian Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada RasulNya dan kepada orang-orang yang beriman, dan Allah menurunkan tentera yang kamu tidak melihatnya, serta Ia menyeksa orang-orang kafir itu (dengan kekalahan yang membawa kehancuran); dan yang demikian itu ialah balasan bagi orang-orang yang kafir.” Surah At-Taubah ayat 26.

“Katakanlah: Allah jualah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa” Surah Ar-Ra’d ayat 16.

Kunci kelapangan dalam kehidupan, ketabahan dalam menghadapi musibah, ketenangan dalam menyelesaikan masalah, tidak lain tidak bukan adalah dengan mendekati Allah SWT.

Walaupun jawapan ini nampak remeh, bahkan ada sebahagian orang akan menyindir: “Ala, sikit-sikit balik pada Allah. Macam apa ntah”

Pada saya, bagi orang yang melihat ke dalam perkara Mendekati Allah ini, dia akan mengubah pandangannya dan merasakan bahawa sememangnya inilah dia jalan penyelesaian yang sebenar untuk menjadikan kehidupannya satu kehidupan yang tenteram dan bermakna.

Khasiat mendekati Allah

Kenapa bagi orang yang mendekati Allah SWT, maka musibah yang melanda, masalah yang datang, kesukaran yang menduga, semuanya tidak membuatkan dirinya tenggelam dalam kegelapan?

Pertama: Orang yang beriman percaya bahawa Allah SWT itu menurunkan musibah sebagai ujian. Justeri, mereka tidak melihat musibah sebagai satu perkara yang buruk, bahkan pada mereka, mereka melihat musibah sebagai satu peluang meningkatkan darjat di sisi Allah. Mudahnya saya ceritakan, kalau kita tak ambil ujian SPM, tak masuklah Universiti kan? Kalau tak lepas ijazah di universiti, jangan haraplah nak naik master atau PhD. Betul?

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).” Surah Al-Baqarah ayat 214.

Kedua: Orang yang beriman percaya bahawa, apa pun musibah yang Allah SWT itu turunkan, semuanya dalam batas kemampuan manusia. Hal ini kerana, Allah sendiri telah berjanji sedemikian rupa. Tinggal manusia itu yang memilih untuk bertahan atau tidak bertahan. Tiada manusia tahu akan limit dirinya. Justeru, orang beriman akan bertahan semampu-mampunya, kerana dia percaya bahawa Allah mengujinya dalam kemampuannya, jadi dia tidak mahu tergugur menjadi yang gagal.

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.” Surah Al-Baqarah ayat 286.

Ketiga: Orang yang beriman percaya bahawa, Allah tidak akan memungkiri janji-Nya. Pertolongan akan tiba. Kejayaan akan datang jua. Tidak di dunia, di akhirat sana. Keyakinan ini yang menyuntik semangat seorang mukmin untuk kekal tenang dalam menghadapi masalahnya, kekal sabar dalam menghadapi dugaannya.

Tetapi (sebaliknya) orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka (dengan mengerjakan suruhanNya dan menjauhi laranganNya), dibina untuk mereka (di dalam Syurga) mahligai-mahligai yang tinggi bertingkat-tingkat, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai. Demikianlah janji yang ditetapkan Allah; Allah tidak sekali-kali akan mengubah janji-janjiNya.” Surah Az-Zumar ayat 20.

Tiga perkara ini hanya mampu dicapai dengan mendekati Allah SWT.

Pernahkah anda mendekati Allah SWT?

Mendekati dalam erti kata yang sebenar

Ada orang berkata: “Saya solat, saya baca Al-Quran, tapi kenapa hati tetap tidak tenang?”

Memang solat dan baca Al-Quran adalah antara jalan hendak mendekati Allah SWT. Tetapi, apakah kita mengenali Allah SWT? Kalau tidak kenal, agaknya mampukah kita mencari Allah SWT walaupun kita mengambil jalan yang mendekati-Nya?

Di sini persoalannya. Sebab itu saya pernah timbulkan berkenaan solat, baca Al-Quran hanya sebagai adat. Jika kita melakukannya hanya kerana orang lain pun buat, maka ia tidak bermakna. Ini berlainan dengan kita melakukan semua itu dalam keadaan kita memang kenal Allah SWT dan ingin mencari redha-Nya.

Maka, perkara pertama sekali yang perlu kita sedari adalah apakah hubungan kita dengan Allah SWT? Kita siapa, dan Allah itu siapa? Soalan ini perlu kita jelaskan terlebih dahulu dalam diri kita. Jawapan mudahnya adalah kita merupakan hamba-Nya. Kita perlu tunduk kepada-Nya. Kita akan dikembalikan kepada-Nya, justeru apakah ada tujuan lain dalam kehidupan ini selain mengabdikan diri kepada-Nya?

Selepas mengetahui kekerdilan kita, kebesaran Allah, dan merasai keperluan bahawa kita perlu tunduk, taat dan mengabdikan diri kepada-Nya, kita perlu perhatikan pula apakah tuntutan Allah SWT kepada kita? Apakah yang Dia mahu kita lakukan? Bagaimana Dia mahu kita lakukan? Apakah yang Dia larang dan benci? Apakah yang Dia minta kita jauhkan. Bila kita sudah mengetahui semua itu, maka kita laksanakan. Yang Dia arahkan kita langsaikan. Yang Dia suka kita perbanyakkan. Yang Dia benci dan murka kita tinggalkan, yang Dia tidak suka kita kurangkan.

Itulah dia makna mendekati Allah SWT.

Tapi jangan salah sangka. Ada orang ingat, selagi tak kenal Allah, selagi tu tak payah beramal. Salah. Salah satu cara hendak mengenal Allah adalah dengan memenuhi perintah-Nya. Cuma dalam perjalanan kita melaksanakan perintah-perintah-Nya, kita akan sedar kita perlukan lagi ilmu tambahan untuk mengenalinya.

Allah tidak akan mampu kita rapati dengan ikut-ikutan. Kita sendiri perlu mengenali Allah dan merasai kebesaran-Nya sekaligus mengkerdilkan diri dan siap mengerjakan segala apa yang diarahkan-Nya. Barulah kita merasakan bahawa solat itu menghidupkan, membaca Al-Quran itu satu nikmat, berzikir itu satu kerehatan, dan dosa itu satu benda yang menjijikkan.

Kalau sekadar ruku’, sujud, bertakbir tanpa kefahaman, membaca Al-Quran berjuz-juz tanpa kejelasan, berzikir beribu-ribu tanpa perhubungan dengan Allah, hanya mengikuti pergerakan manusia lain sahaja, maka ianya tiada makna langsung. Ibarat tin kosong, bunyinya berdenting-denting tetapi kosong sahaja isinya tidak membawa manfaat.

Penutup: Kamu hanya akan faham kalau kamu mendekat

Benda ini, tak akan difahami oleh orang yang tidak mencuba. Tetapi saya amat yakin bahawa, orang yang telah menjalani proses ini, mendekati Allah dengan sebenarnya ini, memahami apa yang saya bicarakan.

Inilah dia ubat hakiki. Masalah apa pun yang menimpa, inilah dia ubat yang utama sebelum ubat-ubat yang lain. Kenapa tiada sahabat Rasulullah SAW yang bunuh diri kerana tertekan dengan seksaan yang berat? Sebab mereka ada yang ini. Kenapa Nabi Nuh sanggup berdakwah sampai 950 tahun? Sebab Nabi Nuh memahami yang ini. Kenapa Nabi Musa kekal tenang dan tidak menggelabah walau tersepit antara laut dan Firaun? Kerana Nabi Musa mempunyai yang ini. Kenapa Rib’i bin Amir berani berdiri di hadapan Rustum dan mencabar pegangan Rustum walaupun dia berseorangan di singgahsana raja itu? Kerana dia mempunyai yang ini.

Kita?

Kita kena cari ini. Mendekati Allah ini. Kita kena usahakan.

Percayalah. Saya tidak berbohong yang ini. Kalau kamu dapat ini, percayalah yang segala masalah akan menjadi sangat-sangatlah kecil.

Percayalah, dan kamu tak akan rugi.

“Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.” Surah Ali-Imran ayat 139.

Kamu adalah yang tertinggi. Sekiranya kamu beriman.

Jadi, masalah terperusuk dalam kerendahan, kehinaan, dicengkam kegelisaan, keresahan, rasa tenggelam dalam kegelapan dan sebagainya, semua itu kerana apa? Kerana kita jauh, tak kenal Allah, tak rapati Allah, tak rasa hidup dengan Allah.

Nampak?

HILAL asyraf

bersediakah menjadi suami?

Dua hari lepas, semasa makan-makan dengan ahli rumah, timbul perbincangan berkenaan bila dah jadi suami nanti. Biasanya, apabila disebut fasal perkahwinan, orang sibuk membicarakan perihal pasangan yang hendak dikahwininya. Tetapi yang terharunya saya dalam perbincangan tengah makan itu, kami membicarakan bagaimana keadaan diri kami untuk menjadi suami.

“Al-Quran pun tak banyak baca.”

“Masjid pun tak istiqomah pergi”

“Subuh pun liat nak bangun”

“Kekemasan rumah pun susah nak jaga”

Ya. Bagaimana agaknya bila sudah berkahwin? Mungkin orang sibuk berfikir bagaimana mendalamnya cinta mereka kepada pasangan mereka boleh pergi selepas kahwin nanti. Tetapi entah kenapa, saya berfikir apakah aku ini mampu nak didik isteri dan anak? Mampu nak pimpin mereka untuk dapat redha Allah? Mampu nak didik mereka untuk menghala ke syurga?

Kalau kita berhenti pada persoalan mampu atau tidak, sudah bersedia atau tidak, mungkin hingga mati kita tidak akan dapat jawapannya kalau sekadar berfikir-fikir demikian. Maka saya mewujudkan satu persoalan lain yang lebih ‘bumi’ untuk difikirkan.

“Sudahkah kita berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi suami yang baik?”

Realiti sebuah pekahwinan

Seronok bila kahwin. Saya tak pernah nampak lagi orang yang berduka bila hendak berkahwin. Tetapi saya suka, dalam keseronokan perkahwinan, seseorang itu perlu memandang bahawa perkahwinan adalah gerbang kepada dunia yang lebih besar dan panjang. Jangan dilihat bahawa perkahwinan itu adalah Majlis Perkahwinan yang dihadiri ramai orang, tempohnya hanya sehari, disertai pelbagai program dan majlis makan sahaja. Tetapi selepas Majlis Perkahwinan itu wujud satu perjalanan panjang. Dan bukan keseronokan sahaja yang wujud di dalamnya.

Kita akan tinggal dengan pasangan kita dalam kebanyakan masa 24 jam sehari. Tidur dengannya, bangun dengannya, makan dengannya, tinggal bersamanya, dan bila ada masalah serta cabaran kita bersamanya. Dan tiada orang pada saya, bercita-cita berkahwin hanya sehari dua.

Kemudian bila Allah izin dapat anak, dengan anak pun sedemikian. Kita bersamanya dalam kebanyakan masa 24 jam sehari. Dan saya tak rasa ada orang yang nak anak dia mati selepas 2-3 hari.

Bersama mereka. 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 4 minggu sebulan, 12 bulan setahun, dan entah berapa tahun dalam kehidupan kita. Majoritinya mencecah puluhan.

Kalau tak berusaha untuk bersedia, apakah akan terjadi sepanjang pengharungan alam yang panjang itu?

Suami adalah contoh

Bayangkan ya, dalam sepanjang kehidupan kita berumah tangga nanti, kita adalah seorang yang selalu bangun lewat subuh, jarang sungguh membaca Al-Quran, tidak pula menjaga kebersihan, apatah lagi masih suka melakukan dosa, bagaimana agaknya pasangan kita?

Ini adalah tanggungjawab besar selain memberikan nafkah. Menjadi contoh yang baik kepada isteri dan anak-anak.

Saya tidak dapat membayangkan kita bangun lewat Subuh dan isteri ikut bangun lewat sama kerana kita tak bangun awal Subuh. Anak juga kemudiannya terbiasa bangun lewat Subuh sebab kita tak kejutkannya Solat Subuh.

Saya tidak dapat membayangkan kita jarang sungguh membaca Al-Quran sehingga isteri pun rasa tidak mengapa tidak membaca Al-Quran. Anak juga kemudiannya rasa susah hendak suka dengan Al-Quran sebab kita pun jarang membaca Al-Quran.

Saya tidak dapat membayangkan kita masih suka buat dosa, jauh daripada Allah, sehingga isteri pun nanti rasa tidak kisah atas hal yang sama kerana merasakan itu perkara biasa. Anak juga kemudiannya rasa yang dosa itu bukan dosa sebab dia melihat kita melakukannya seakna itu perkara halal dan mendapat pahala sahaja.

Bagaimana? Tidakkah terasa bahawa berusaha ke arah persediaan adalah sesuatu yang urgen?

Yang akan dipersoal di akhirat

Suami, bapa, ketua keluarga, itulah yang paling berat persoalannya di hadapan Allah kelak. Satu perkara yang kita perlu ingat adalah kita akan dibangkitkan di hadapan Allah dan akan dipersoalkan. Maka bagaimana agaknya persediaan kita untuk menjawab persoalan Allah akan hal keluarga kita?

“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.” Surah At-Tahrim ayat 6.

Bagaimana pula kalau kita yang menjadi penyebab mereka ke neraka? Bukankah itu menyedihkan?

“Katakanlah lagi: “Sesungguhnya orang-orang yang rugi (dengan sebenar-benarnya) ialah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri dan keluarga mereka pada hari kiamat (dengan sebab perbuatan mereka memilih kekufuran atau kederhakaan). Ingatlah, yang demikian itulah kerugian yang jelas nyata.” Surah Az-Zumar ayat 15.

Adakah kita hendak menjadi orang yang merugikan diri dan keluarganya sekali?

Ketahuilah. Kahwin itu bukan sekadar majlis perkahwinan, dan tanggungjawabnya bukan sekadar nafkah.

Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.” Surah Toha ayat 132.

Dan yang hendak memerintah, pastinya perlu melakukannya bukan?

Memang kalau nak tunggu sempurna tak akan sempurna

Memang kalau sekarang kita tanya diri kita, apakah aku telah sempurna untuk berkahwin, nak jadi contoh, memang tak akan kita mampu jawab sempurna. Jadi, apakah kita tidak boleh berkahwin sebelum sempurna?

Tidak. Saya tidak kata demikian. Memang tidak akan ada manusia yang sempurna.

Tetapi setahu saya, ada manusia yang berusaha ke arah kesempurnaan itu.

Sebab itu, persoalan yang saya timbulkan adalah, apakah kita telah berusaha untuk bersedia?

Semasa bujang kita mula jaga kekemasan, semasa bujang kita sudah usaha menyelesaikan hal Bangun Subuh, semasa bujang kita usaha memperkuatkan hubungan dengan Allah, semasa bujang kita usaha biar diri cinta dengan Al-Quran dan kebaikan, semasa bujang kita sudah usaha meninggalkan dosa-dosa dan memperkemaskan banyak amalan.

Apakah kita telah berusaha membiasakan diri kita untuk menjadi contoh?

Penutup: Saya percaya bahawa rumah tangga yang terbaik, adalah yang Allah redha

Saya percaya bahawa, rumah tangga yang terbaik adalah yang mendapat keredhaan Allah SWT. Dan saya pula percaya bahawa manusia tak akan mampu menjadi baik tanpa usaha. Sebab itu saya kira, hendak membina rumah tangga yang baik, maka manusia perlu berusaha untuk bersedia.

“Ala bro, lepas kahwin nanti baru fikir lah”

Ya. Mungkin boleh. Tetapi bagaimana agaknya kalau terlewat? Baru hendak berubah, anak dan isteri pula telah pekat dengan amal kita sebelum berubah. Bagaimana?

Mengapa bila dikurniakan masa ketika bujang, tidak kita gunakan?

“ala, benda ni benda dah kahwin la bro. Pelajar-pelajar kena fikir belajar aja”

Oho. Maaf. Guru saya kata, hal perkahwinan kena fikir semasa dari tingkatan satu lagi. Ia menjana kematangan. Bukan fikir nak kahwin dengan siapa. Tetapi fikir nak hidup macam mana lepas kahwin nanti.

Maka, apa kata kita jangan lewat-lewatkan usaha kita? Mengapa tidak dari sekarang?

Saya teringat kata-kata seorang ulama’:

“Ada beza orang yang beriman di awal Islam, dengan orang yang beriman selepas Fathu Makkah.”

Fikir-fikirkan.

“Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.” Surah Toha ayat 132.

HILAL ASYRAF

generasi al-quran



Generasi yang diharap-harapkan pada hari ini adalah generasi umat Islam yang sebati jiwanya dengan Al-Quran.. Kekuatan serta kemuliaan sesuatu bangsa itu hanyalah bergantung kepada sejauh mana bangsa tersebut menghayati serta berpegang teguh kepada ajaran serta isi kandungan Al-Quran.

Al-Quran merupakan kitab terakhir dan teragung yang pernah diturunkan di atas muka bumi ini. Ianya merupakan kesinambungan dari kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya. Jika orang Kristian menggelarkan Taurat mereka sebagai "The Old Testament" dan Injil mereka sebagai "The New Testament", maka kita katakan Al-Quran merupakan "The Last Testament", kitab yang terkandung di dalamnya penyelesaian terhadap semua masalah umat manusia. Kerana itulah Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 185 menggunakan perkataan "Hudal linnas" (petunjuk kepada umat manusia) dan bukannya "Hudal lilmukminin" (petunjuk kepada orang-orang beriman sahaja).

Generasi Al-Quran tidak hanya terhad kepada mereka yang menghafal Al-Quran sahaja. Malah ianya umum kepada mana-mana umat Islam yang melazimi bacaan Al-Quran, mempelajari ilmu tajwid, memelihara adab-adabnya, menyingkapi tafsir serta huraiannya, menghayati isi kandungannya dan mempraktikkan ajaran yang terkandung di dalamnya.

Tidak rugi menjadi generasi Al-Quran.. Di dalam kisah Nabi Sulaiman a.s. dengan jin Ifrit yang disebutkan dalam surah An-Naml ayat 39 dan 40, jin ifrit berjanji akan membawa mahligai Balqis ke hadapan Nabi Sulaiman sebelum beliau sempat bangun dari tempat duduk beliau. Namun seorang lelaki yang dikatakan mempunyai ilmu tentang kitab, dapat berbuat lebih dari itu.. Lelaki tersebut menjanjikan untuk membawa mahligai tersebut sebelum Nabi Sulaiman sempat mengelipkan mata beliau..

Di dalam surah At-Taubah ayat 30 pula, Allah mengutuk golongan Yahudi kerana mereka mendakwa bahawa Uzair merupakan anak Allah.. Di dalam Tafsir Hadaaiq Ar-Ruh Wa Ar-Raihan, dinyatakan bahawa punca dakwaan itu adalah kerana Uzair merupakan insan terpilih yang dianugerahkan Allah penghafalan kitab Taurat yang telah hilang diangkat oleh Allah setelah mana kaum Yahudi membunuh para nabi selepas Nabi Musa a.s. untuk diajarkan kepada kaum Yahudi. Kemudian Allah mengembalikan kitab Taurat yang telah hilang itu kepada mereka setelah Uzair berhijrah ke tempat lain. Setelah kaum Yahudi mendapati bahawa isi kandungan Taurat itu sama seperti apa yang diajarkan oleh Uzair, mereka berkata, "Tidak tersimpan kitab Taurat di dada Uzair melainkan kerana dia merupakan anak Allah."

Dua kisah ini merupakan antara kelebihan mereka yang mendalami sertamenghayati kitab-kitab yang diturunkan sebelum Al-Quran, sehinggakan Uzair diangkat oleh kaum Yahudi sebagai anak Allah, hanya kerana beliau menghafal isi kandungan kitab taurat. Maka bayangkanlah kelebihan yang Allah bakal anugerahkan kepada mereka yang menghafal, memahami serta berpegang teguh dengan isi kandungan Al-Quran yang semestinya lebih agung dan sempurna berbanding kitab-kitab yang lain.

Mukjizat Al-Quran terserlah sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w. yang merupakan zaman kegemilangan para penyair arab ketika itu, ketika mana ketinggian gaya bahasa Al-Quran mampu menawan hati mereka, sehinggalah hari ini; zaman di mana sains dan teknologi mendominasi dunia, ketika mana fakta saintifik dibuktikan selari dengan apa yang disebutkan di dalam Al-Quran.

Malangnya, umat Islam hari ini hanya tahu mengambil fakta saintifik yang ditemui oleh para saintis barat lalu memadankannya dengan mana-mana ayat Al-Quran yang sepadan, namun tidak mampu mengestrak sendiri ayat Al-Quran untuk dijadikan hipotesis kepada satu kajian saintifik, seterusnya membuktikan kebenaran faktanya kepada dunia luar.



Jadikanlah apa yang dikatakan oleh Wafa Sultan, seorang penentang kuat Islam, sebagai satu cabaran untuk menjadi umat Islam yang terkehadapan dalam semua bidang, “Mereka (Kristian dan Yahudi) bukanlah Ahli Kitab. Mereka adalah Ahli Kutub (kata jamak). Buku-buku sains yang ada di hadapan kamu wahai umat Islam adalah buku-buku yang ditulis oleh mereka, dan bukannya kamu.”

Maka dalam tujuan merealisasikan matlamat ini, umat Islam perlulah cuba sedaya upaya untuk menjadi generasi Al-Quran yang cemerlang serta bersungguh-sungguh memartabatkan Islam agar tidak dipandang remeh oleh masyarakat dunia pada hari ini.

Baca dan hayatilah Al-Quran sepanjang masa.. Di samping beroleh ganjaran pahala yang tidak terkira banyaknya, Al-Quran juga menjadi penyembuh kepada hati yang keras serta jauh dari Allah Taala, sepertimana yang disebutkan di dalam surah Al-Israk ayat 82. Janganlah kita tinggalkan bacaan mukjizat teragung milik Nabi Muhammad s.a.w. ini, bimbang Allah akan menjauhkan diri-Nya daripada kita, seterusnya menjadikan hati kita buta serta tertutup daripada menerima kebenaran.

gula???

Akhbar tempatan baru-baru ini (21 Mac 2010) ada melaporkan bahawa kajian daripada Kementerian Kesihatan menyatakan bahawa orang dewasa di negara kita didapati memasukkan tujuh sudu teh atau 51 gram gula sehari dalam minuman mereka, iaitu melebihi pengambilan gula yang disyorkan oleh WHO, iaitu tidak lebih 50 gram.

Ini belum lagi ditambah dengan gula yang dijadikan ramuan dalam kuih-muih, bubur, kek, ais krim, coklat dan sapuan roti yang kita makan setiap hari.

Secara kalkulatifnya, seseorang individu perlu menaiki tangga setinggi 14 tingkat untuk membakar 20 kilo kalori tenaga yang dibekalkan dalam satu sudu teh gula

Maka, untuk membakar purata 7 sudu teh gula yang diambil oleh rakyat Malaysia, mereka perlu menaiki tangga setinggi 98 tingkat untuk membakar 140 kilo kalori tenaga sehari!

Gula yang tidak dibakar oleh kerja-kerja harian yang mencukupi akan disimpan sebagai lemak, dan ini merupakan antara punca meningkatnya kadar obesiti di kalangan kanak-kanak mahupun orang dewasa di Malaysia.

Begitu juga dengan risiko penyakit kencing manis, atau Type 2 Diabetes yang seterusnya memberi kesan kepada:

  • Mata (Diabetic Retinopathy)
  • Saraf (Diabetic Neuropathy)
  • Buah pinggang (Diabetic Nephropathy)
  • Atherosclerosis dan darah tinggi
Tidak lupa juga kepada risiko gangrene yang seterusnya mesti dipotong untuk mengelakkan daripada merebak kepada bahagian badan yang lain.

Sebelum taruk gula, fikir betul-betul dulu!

It's finger-lickin' good! ;)

When we talk about Islam and Science, we can find 3 groups of people:
  • The ones who are too eager to match any quranic verses or hadiths to scientific facts
  • The ones who reject the very idea of comparing scientific facts with quranic verse or hadiths
  • The ones between them
It's not deniable that matching quranic verses or sunnah with scientific facts is a noble act. It simply proves that Islam is compatible with modern science, thus making it more convincing to non muslims, especially those who really rely their beliefs on scientific facts like doctors or scientists.

But the trend nowadays has become uncontrollable, making people so eager to match them unconditionally, which can lead to a serious problem when a certain scientific fact is proven wrong. Especially when we know that scientific facts are subjected to major changes as the technology becomes more advanced.

One of the most popular issues that has been brought up for many many years that i want to highlight this time is about licking your fingertips after eating.

I couldn't agree more when people said that it's one of the sunnahs to lick your fingertips after you've had your meal, as it was done by the Prophet himself. But to attribute it to science with no proof is just unacceptable.

They say that there is a type of enzyme that is present at your fingertips that helps you to digest your food better in your gastrointestinal tract. And they came with some proofs that foods go bad faster if you were to touch it with your bare hands.

If it's true, then what is the name of the enzyme? We have literally thousands of different types of enzymes in our body, and every single of them has a specific name and specific action. But surprisingly this so-called 'enzyme' has no name with no specific function, and any reliable references are nowhere to be found.

In fact, some doctors might even tell you that the habit of eating with one's hand can transmit botulism and some other problems, especially when your hands are unhygienic with dirt trapped underneath your fingernails.

Well, if you must do this, please, respect the discipline and etiquette of science. Even scientists themselves don't bring their hypothesis to public unless with clear scientific findings and proofs. Or at least, don't make up stories or facts in order to impress people.

I read an article somewhere written by Dr. Danial Zainal Abidin explaining the wisdom behind licking your finger, but i personally think that his explanation is way more acceptable than this so-called explanation. He explained that it's because every single particle of food gives considerable amount of energy after being processed in our body. So by licking our finger, we are maximizing the energy intake as well as minimizing the energy lost as much as possible.

Acceptable, isn't it?

So in a nutshell, my advice is, please be careful in writing, spreading or even believing in something that is not accompanied by strong scientific evidence and then attributing it to Islam, because as much as we wanted to prove to the non-muslims that our Quran and Sunnah are parallel to the modern science, we have to beware of the consequences that might affect Islam when the so-called fact is somehow proven wrong. Wal'iyazubillah.

Ever heard of the expression: It's finger-lickin' good! ;)

why student can't excel?

http://icanhascheezburger.files.wordpress.com/2009/09/funny-pictures-bunny-naps-on-homework.jpg
****

It's not the fault of the student if he doesn't excel, because the year ONLY has 365 days.

#Typical academic year for a student#

Sundays- 52 Sundays in a year, you know Sundays are for rest.
Days left 313.

Summer holidays- 50 where weather is very hot and difficult to study.
Days left 263.

8 hours daily sleep- 130 days GONE.
Days left 141.

1 hour for daily playing- (good for health) means 15 days.
Days left 126.

2 hours daily for food & other delicacies (chewing Properly & swallowing)- means 30days.
Days left 96.

1 hour for talking (man is a social animal)-means15 days.
Days left 81.

Exam days- per year at least 35 days.
Days left 46.

Quarterly, Half yearly and festival (holidays)-40 days.
Balance 6 days.

For sickness- at least 3 days.
Remaining days=3.

Movies and functions - at least 2 days.
1 day left.

That 1 day is your birthday!!!

How can you study on that day???!!!
Balance = 0

So, how can a student excel ??

(^_~)