jom zikir...

Powered By Blogger

Friday, May 28, 2010

hati-hati wahai manusia

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah. Semoga kita sama-sama dinaungi rahmat dan berkah Allah swt. Tiada apa yang lebih bermakna dalam hidup kita selain hidayah dari-Nya. Hanya kepada-Nyalah kita sama-sama mengabdikan diri yang hina dina ini.

Pernah tak kita rasa sesuatu kejayaan itu adalah kerana usaha kita sendiri? Tak kisahlah kejayaan peperiksaan ke, Warwick Games ke, paintball ke, bawa usrah ke, urus program ke, anak usrah berjaya ke dan macam-macam lagi. Pernah tak? Saya tanya sekali lagi. Pernah tak?

Hati-hati wahai manusia!

Penyakit ini memang sangat berbahaya. Ia akan menyerang sesiapa sahaja. Tak kira muda, tua, lelaki ataupun perempuan.

Kejayaan yang disangkanya ialah hasil usahanya sendiri. Padahal, semuanya datang dari Allah swt. Lebih teruk apabila seorang dai'e merasakan kegemilangan dakwah itu adalah kerana jasanya, kerana usahanya dan kerana dia. Naudzubillahi min zalik.

Wahai manusia, tidak kiralah anda seorang guru, seorang dai'e, seorang pemimpin mana-mana persatuan, seorang kapten, seorang pelajar dan macam-macam lagi, berhati-hatilah. Janganlah tertipu dengan penyakit yang sangat berbahaya ini.


"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".

syukur sebagai benteng

Awal minggu ini aku sempat duduk bersama beberapa orang sahabat.Kesibukan dalam mengejar hidup sebagai 'student' ini kadang-kadang menjadikan hati keras.Kering.Sibuk berkejar ke sana ke mari,makan tunggang langgang,tidur entah ke mana.Masa untuk tuhan?Astaghfirullah.Ditangguhkan sehingga penghujung hari.





Kami duduk.Beriman sejenak.Mentadabbur kalamullah.Cuba merungkai maksud disebalik kisah-kisah yang ditonjolkan.Aku pasti hati-hati yang berkumpul itu terasa damai.Tenang.Ruh yang kering itu kembali hidup.Segar dan mekar,dengan semangat yang baru untuk terus melangkah.


"Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: "Kenanglah nikmat Allah kepada kamu, semasa Ia menyelamatkan kamu dari Firaun dan orang-orangnya yang sentiasa menyeksa kamu dengan berbagai seksa yang buruk dan mereka pula menyembelih anak-anak lelaki kamu dan membiarkan hidup anak-anak perempuan kamu; dan kejadian yang demikian itu mengandungi bala bencana dan cubaan yang besar dari Tuhan kamu".


Kenanglah nikmat Allah.Itulah pesan Allah kepadaku pada petang tersebut.Ingatanku kembali pada surah Al-Baqarah.Ia sarat dengan peringatan terhadap Bani Israil,agar mereka ingat kepada nikmat-nikmat Allah.


"Wahai Bani Israil! Kenangkanlah nikmat-nikmatKu yang Aku telah kurniakan kepada kamu, dan (ingatlah) bahawasanya Aku telah melebihkan (nenek-moyang) kamu (yang taat dahulu) atas orang-orang (yang ada pada zamannya)."


Teringat pula kisah Yusuf AS.Menolak isteri pemerintah yang ingin berzina dengannya.Yusuf berkata: Aku berlindung kepada Allah (dari perbuatan yang keji itu); sesungguhnya Tuhanku telah memuliharaku dengan sebaik-baiknya; sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya.

Kerana mengingat nikmat Allah menjaga dan memelihara-Nya,ia kekal dalam ketaatan.Bani Israil,dalam usaha mengembalikan mereka kepada ketaatan,Allah ingatkan mereka nikmat-nikmatNya.Surah An-Naziat mengingatkan kenikmatan siang dan malam kepada kaum Quraisy.Surah Ar-Rahman bahkan mengancam mereka yang tidak mengingat nikmat Allah: Maka nikmat tuhanmu yang manakah yang engkau dustakan?

Mengingati nikmat Allah itu ubat.Agar kita kembali kepada ketaatan.

Cubalah senaraikan nikmat yang Allah beri.Tuliskan.Tuliskan semua.Kalau kau mampu.Dan lihat semula satu persatu.

Lihat kembali senarai nikmat-nikmat tersebut,dan tanya balik pada diri,dengan siapakah kita 'terhutang budi' sebenarnya?Siapakah yang memelihara kita selama ni?Siapa yang kasih sayangnya kat kita ni tiada tandingan?Siapa yang sentiasa beri peluang untuk bertaubat meskipun maksiat yang dilakukan bertimbun?Siapakah yang tak pernah berkira dengan kita,bahkan kita sentiasa hidup selesa?





Jadi kepada siapakah ketaatan itu selayaknya ditumpahkan?

Astaghfirullah.Astaghfirullah.Astaghfirullah.

Ampunilah aku,Ya Allah,atas kelalaianku mengutamakanMu dan mengingatiMu.Sekiranya engkau timpakan kepada ku siksaan yang berat,pasti aku tidak mampu menanggungnya.Terimalah taubat ku ya Allah.

pandai kamu bermain dengan kata-kata?

Bismillahirrahmanirrahim

Ramai orang di atas muka bumi pandai berkata-kata. Bukanlah maksud saya pandai bercakap. Tetapi pandai bermain-main dengan hujah untuk membenarkan tindakan dan perilakunya. Majoritinya begitu.

"Ala, ape salahnya usha awek. Dah nama pun kahwin tu sunnah. Islam memang galakkan kita kahwin. Tak usha awek, cane nak kawin beb?", kata Mamat.

"Dol, aku malas r pegi daurah. Nak study r. Study tu penting Dol. Islam nak kita semua jadi pandai. Tak study cane nak pandai Dol", kata Abu.

"Aku main bola ni pon sebab dakwah. Bukannya saja-saja. Kan bagus kita bersenam. Islam pun suruh", kata Ali.

Pernah dengar kan ayat-ayat sebegini?

Itulah manusia. Mereka seringkali bermain-main dengan kata-kata untuk membenarkan tindakan mereka. Apatah lagi menggunakan nama Islam untuk menjadi 'lesen' atas tindak-tanduk mereka. Yang mendengar, akan mudah tertipu dan percaya.

Mari kita singkap kembali sejarah. Bagaimana suatu masa dahulu, Presiden Mesir, Jamal Abdul Nasser juga melakukan perkara yang sama. Menghias-hiasi pemikiran Sosialisnya dengan agama Islam itu sendiri. Natijahnya, ramai rakyat yang tertipu.

Pertindihan tindakan yang sama.

Ya, semua ini berlaku kerana berlakunya pertindihan tindakan yang sama. Namun, tujuannya yang berbeza-beza. Memang Islam menggalakkan kita untuk berkahwin, tapi kerana apa? Semak balik kawan-kawan. Bukan kerana itu dijadikan alasan untuk kita boleh 'usha' awek.

Ya, memang Islam menyuruh kita menjadi Muslim yang pandai. Tapi sejauh mana kebenaran kita untuk belajar demi kerana Islam? Ataupun kerana mengejar kemewahan dunia semata-mata? Ataupun kita sudah tenggelam dengan fikiran materialistik manusia sekarang?

Ya, memang Islam menyuruh kita bersenam. Menjaga kesihatan diri. Tetapi, sekali lagi sejauh mana kebenaran kita bersenam itu demi kerana dakwah? Demi kerana Islam? Semak balik niat kita tu kawan-kawan.

Sudah-sudahlah kita asyik bermain dengan kata-kata. Semak balik niat kita semua. Mungkin anda boleh terlepas di dunia ini, tapi tidak mungkin di akhirat kelak.

Mari kawan-kawan. Perbetulkan niat kita semula. Hanya kerana Allah semata-mata.

"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".

malulah...

"Maka Dia mengilhamkan kepadanya jalan kejahatan dan ketakwaannya" (91:8)

Memang, kita sebagai orang muslim akan mengalami 2 tarikan. Tarikan iman dan tarikan syaitan. Tarikan inilah yang akan mendorong manusia itu untuk melakukan sesuatu.

Bersyukurlah kepada Allah sekiranya kita dipilih dalam melakukan amal soleh. Bertaubatlah kepada Allah sekiranya kita telah dijerat dalam perangkap syaitan dan melakukan perbuatan yang sia-sia.

Tapi harus diingat, dalam kita melakukan amal soleh, jangan difikir ianya sudah cukup baik. Belum tentu amalmu itu diterima Allah.

 
 
 
 
 
 
 
Sebab itu berlumba-lumbalah melakukan kebajikan. Fastabiqul khairat.

Jalan Ku Pulang - UNIC

Bidadari - Munif Ahmad

Dia Muhammad - Inteam