jom zikir...

Powered By Blogger

Tuesday, February 28, 2012

Hijab :)

Bismillahirrahmanirrahim...


Hari nie rasa nak kongsi pasal aurat lak. Pa 2 aurat?? Kat bawah ni da sikit huraian:
1. Maksud Aurat dari segi bahasa:
Segala perkara yang dirasa malu (jika dilihatkan ,didedahkan) juga memberi makna a'ib,cacat,cela atau juga diterjemahkan sebagai lorong-lorong jalan di bukit.(Munawwir,Kamus Bahasa A'rab-Indonesia)
2. Private parts, genitals, defect, fault and blemish. (Al-Mawrid Al-Quareeb,A Pocket Arabic-English Dictionary)
3. Dalam Hadis:"Wanita itu adalah a'urat".( المَرْأةُ عَوْرَةٌ ),Maksudnya wanita itu menjadi a'urat kerana dirinya adalah aurat bila ia menampakkan apa yang patut ia rasa malu seperti mana seseorang yang bila auratnya tersingkap terasa malu. (Lisanul A'rab.Jilid 4)
4. Kesimpulannya:
Aurat itu ialah suatu (yang terdedah,tersingkap, terbuka) maka terasa malu seperti aib seseorang didedahkan maka ia akan malu,dan adakalanya perkara itu menjatuhkan maruah (menurunkan harga) dirinya.Maka kerana itulah 'AURAT' (aibnya) ditutup dan dijaga untuk memelihara harga dirinya, seperti penjual menyembunyikan kecacatan (aib) barang supaya tidak jatuh harganya.
5. Maksud Aurat dari segi syara':Suatu yang wajib ditutup atau suatu yang haram dilihat. (Fiqh Al-Manhaji A'la Al-Mazhab Al-Imam Syafie',Jilid 1)

Dah lama nak share pasai bnda nie coz tgok lani ramai amik mudah bnda ni. Bila dengaq ceramah ka apa tgok semua dok anggguk bila ustaz cakap tpi xpenah nak react ikut yang sepatutnya. Nampak cam dah insaf skit dah, esok jadi balik. Memang sangat2 diakui, xsemua manusia perfect, sbab tu la kita kna usaha bagi jadi lebih baek. Pa faedah kalo kita dulu ngan kita yang sekarang sama ja. Dok cam tu ja, kalo dulu semayang xberapa nak cukup, kalo dulu baca quran harap malam jumaat ja, pa salah kalo kita wat anjakan paradigma skit, berubah jadi lebih baek. Cuba skit2 perbaiki mana2 yang patut, stat ngan yang paling asas, SEMAYANG. 

Yakin la kalo smyang kita elok, peribadi kita insyaALLAH elok. Sangat2 xmustahil tok ssorang tu berubah/berhijrah.  Selalunya, bila kita tanya pasai pa tak tutp aurat, mula la kata "xsampai seru lagi" la, "xbek cam hang la"..mcam2..bukan nak kutuk ka apa. Tapi semua kena ingat, tambah2 kalo yang pompuan tu, aurat kita ni, sekali kita tayang free dapat sin, pas2 kalo orang len tgok, dia dapat dosa (kalo dia xjaga pandangan), kita pun dapat gak asbab dia tgok.tu kalo sorang, kalo banyak orang?? dapat bayang dak berapa banyak saham dosa kita dapat..Na'uzubillah. 

Laki pun sama gak, kadang2 geram gak tgok geng laki ni, aurat rasanya skit ja, dari pusat sampai lutut ja kena tutup, tu pun banyak yang tak mampu. Nak gak tayang betis ngan paha dia. Nak ngat orang tgok!! hmmm.. Kalo orang tgok dia dapat pahala xpa la jugak, ni orang pun dok tambah saham sin sebab dia. Dah tu dia pun dapat sekali, suka sngat la 2. Sharing is caring btoi.

 "Ya ALLAH tunjukkan kami jalan yang diredhaiMu. Jangan kmi menjadi penyebab sesuatu dosa sama ada kami sedar atau tidak. Aminn" 

Jom sama2 kita baiki mana yang patut. Jom sayang diri kita, agama kita. ALLAH sruh kita ikut sesuatu tu mesti ada sebab. Samada kita mau or xmau ja. Srmua atas kita. Jom tambah pahala dengan tutup aurat. Jangan risau orang kata kita konservatif ka apa coz kita hidup sbb nak redha ALLAH. Islam is da best way of life. 


~hati perlu sentiasa ditarbiah...~ (6_6)

Thursday, February 16, 2012

Teka – teki Imam Al Ghazali


Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau ber-teka Teki :


Imam Ghazali = “Apakah yang paling dekat dengan diri kita didunia ini?”
Murid 1 = ” Orang tua ”
Murid 2 = ” Guru ”
Murid 3 = ” Teman ”
Murid 4 = ” Kaum kerabat ”
Imam Ghazali = ” Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI . Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati (QS: Ali-Imran :185).


Imam Ghazali = ” Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?”
Murid 1 = ” Negeri Cina ”
Murid 2 = ” Bulan ”
Murid 3 = ” Matahari ”
Murid 4 = ” Bintang-bintang ”
Iman Ghazali = ” Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”.


Iman Ghazali = ” Apa yang paling besar didunia ini ?”
Murid 1 = ” Gunung ”
Murid 2 = ” Matahari
Murid 3 = ” Bumi ”
Imam Ghazali = “Semua jawaban itu benar. Tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (QS: Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."


Imam Ghazali = “Apa yang paling berat didunia ini ?”
Murid 1 = “Baja”
Murid 2 = “Besi”
Murid 3 = “Gajah”
Imam Ghazali = “Semua jawaban itu benar. Tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (QS: Al-Azab : 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka karena gagal memegang amanah.”


Imam Ghazali = ” Apa yang paling ringan di dunia ini ?”
Murid 1 = ” Kapas”
Murid 2 = ” Angin ”
Murid 3 = ” Debu ”
Murid 4 = ” Daun-daun ”
Imam Ghazali = ” Semua jawaban kamu itu benar. Tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan Kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat.”



Imam Ghazali = ” Apa yang paling tajam sekali didunia ini ”
Murid- Murid dengan serentak menjawab = ” Pedang ”
Imam Ghazali = ” Itu benar . Tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasan saudaranya sendiri.”



~hati perlu sentiasa ditarbiah...~ (6_6)

Amik dari webhttp://wootmedia.my (dah cite ni )

Kisah Ka’abah Yang Tidak Ramai Tahu


1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. Graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi=doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat gema atau ruang dan masa serentak.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.
12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.

Dari website: http://wootmedia.my (kena cite kalo x plagiate..hehe)

~hati perlu sentiasa ditarbiah...~ (6_6)

Wednesday, February 15, 2012

Betapa Hinanya Nilai Seorang Hamba!

Sedar atau tidak, pasti terkadang jiwa insani itu dihimpit naluri untuk bermegah-megah dengan setiap kelebihan yang dimiliki. Tatkala iman mula goyah, taqwa mula merapuh, nafsu merasuk nurani suci, lalu hati tunduk pada bisikan syaitan nan keji. Waktu itu, insani juga bisa terlupa bahawa tiap-tiap satu nikmat yang dikecapinya itu hadir hanya dengan izin Allah s.w.t. Lihatlah, betapa liciknya sang iblis! Sehinggakan, terkadang itu, di dalam jalan dakwah yang mulia ini, mampu terbitnya fitnah yang merugikan. Walhal, amal palsu menampakkan cerminan bahawa kita seolah-olah berada di atas jalan yang benar. Alangkah ruginya jika selama ini segala amal ibadah kita tidak diterima Khaliq! Maha Suci Allah yang tiap-tiap jiwa berada dalam genggamanNya! Kami mohon berlindung daripada melakukan amal yang sia-sia!
Apakah itu amal yang sia-sia?

Itulah amal yang didasari rasa 'ujub, riak dan takabbur. Bilamana landasan keikhlasan sudah mulai robek, diri lantas mendabik dada! Amal ibadah yang sepatutnya dilaksanakan berteraskan ketaatan kepada Ar-Rahman, mula mengintai pengiktirafan manusia lain. Harapan kepada pujian ramai mula berbunga-bunga. Saat ada pula yang lebih berjaya, hasad dengki mula mengambil tempatnya! Saat ada yang tersungkur, dia bersyukur! Betapa, manusia ini hamba yang hina dina. Waras akalnya tidak bersatu dengan kata hati, lalu pantas sahaja mendabik dada tanpa sedikit pun rasa malu. Betapa, dia hampir sahaja terlupa bahawa setiap denyut nadinya itu berada di bawah pengawalan Tuhan Yang Satu.

Pernahkah kita berfikir, sebaik sahaja usai solat fardhu yang kita lakukan; Adakah solatku ini diterima? Masih wujudkah lagi pandangan kasih Allah kepadaku? - Jika ya, teruskanlah istiqamah dengan pertanyaan-pertanyaan sebegini. "
Seburuk-buruk pencuri ialah orang yang mencuri di dalam solatnya. Para sahabat bertanya, siapakah orang itu? Maka Rasulullah s.a.w menjawab; orang yang tidak sempurna rukuk dan sujudnya" -H.R Ahmad. Mengapa penulis mengaitkan soal hina hamba dengan solat? Kerana, solat adalah asas dan merupakan tiang kepada agama seseorang muslim. Malah, amalan pertama yang akan ditanya di akhirat kelak juga merupakan solat fardhu seseorang hamba itu. Jika baik solatnya, maka baiklah seluruh amalannya dan begitulah sebaliknya. 



Justeru, marilah kita kembali menilai khabar iman dan amal kita. Adakah solat kita mampu mengawal diri daripada melakukan perkara keji dan mungkar seperti apa yang terkandung dalam kalamullah itu? Ikhlaskah kita dalam menunaikan solat, atau hanya atas dasar tidak tahan mendengar leteran ibu ayah? Atau hanya atas alasan amalan ikut-ikutan sahaja? Tanpa sekelumit pun rasa untuk berusaha mengkaji hikmah sebenar solat terhadap diri manusia? Barangkali juga ada di antara kita yang bersolat hanya kerana ingin menunjuk-nunjuk. Maha Suci Allah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Penerima taubat, ampunkanlah dosa kami dan terimalah taubat kami..

Kasih sayang Allah s.w.t meliputi seluruh kerajaan lagit dan bumiNya. Kerana itulah setiap makhluk yang bernyawa mendapat bahagian rezeki mereka masing-masing. Betapa hebatnya rencana Al-Manan dan betapa hinanya nilai seorang hamba! Masakan dengan sedikit tempias nikmat Allah itu dia bisa merasakan diri cukup sempurna? Mengaku diri dengan kemuliaan, mengangkat diri dengan ilmu pengetahuan yang masih cetek pada hakikatnya, memanjangkan mata pada keindahan dunia, dan menghambakan diri kepada nafsu yang menggila, semua ini sifat tercela yang harus dibuang jauh-jauh dengan hanya satu cara. 



Yakni penyucian nurani hati dengan hiasan sifat tawaddhuk dan semaikanlah rasa jiwa kehambaan kerana sesungguhnya manusia itu tiada daya dalam melawan kekuasaan Allah s.w.t. Ibnu Umar pernah meriwayatkan sebuah hadis, sabda Rasulullah s.a.w yang mulia; " Sesungguhnya, hati ini boleh berkarat sebagaimana berkaratnya besi bila terkena air. Baginda ditanya, "Wahai Rasulullah, bagaimana cara membersihkannya? " Rasulullah menjawab, "Perbanyakkanlah mengingati mati dan membaca Al-Quran"-(H.R Baihaqy)


Pertolongan yang tidak disangka-sangka

Tanpa kita ketahui, sebenarnya pertolongan Allah itu sering sahaja berlaku secara tiba-tiba dan tidak disangka-sangka. Bagi yang sentiasa meletakkan diri dalam keindahan tawakkal kepadaNya, saat pertolongan dan bantuan Allah itu lahir, jiwanya sentiasa dirundung rasa keinsafan. Lidahnya tidak henti-henti mengucapkan rasa syukur sehinggakan air matanya turut sama menyatakan rasa terima kasih tidak terhingga kerana masih mendapat pandangan kasih Ar-Rahman. Lantas, amalnya diperhebat kerana dalam diri tersemat indah rasa kehambaan. Keimanannya bahawa dengan mengingati Allah dikala senang, pasti mendapat perhatian Allah di kala susah semakin menebal. Alangkah indahnya saat jiwa berada dalam dakapan iman!

Bagi jiwa yang sakit, pasti pertolongan yang hadir itu dirasakan dengan berkat usahanya sendiri dengan menafikan bahawa tiap-tiap yang berlaku itu hanya terjadi dengan izin Dia Yang Maha Berkuasa. Inilah realiti kehidupan yang terjadi pada umat baginda rasul, Muhammad s.a.w yang diuji dengan pangkat dan harta kekayaan. Begitu juga dengan konteks pelajar yang berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang. Masih wujud sebilangan besar pelajar yang terlupa untuk mensyukuri nikmat kejayaan yang diberikan Tuhan kepada mereka. Mengapa hal ini terjadi, berbalik kepada jawapan yang sama. Kerana lunturnya rasa dan jiwa kehambaan.

Justeru, bagi orang-orang yang beriman, jangan pernah dirisaukan dengan perihal balasan Allah s.w.t kepada mereka. Sesungguhnya karunia Allah sangat luas. Masakan Allah tidak mengetahui penat lelah hamba-hambanYa yang soleh? Sehinggakan dunia dan seluruh isinya tidak layak diberikan sebagai ganjaran kepada mereka. Yang menanti pasti singgahsana nan indah di syurga kelak. Jangan pernah membiarkan penyakit ujub, riak dan takabbur merebak di hati. Juga jangan pernah menyesal andai segala apa yang kita kecapi tidak kita perolehi. 



Tiada satu makhluk pun yang bisa menandingi kehebatan dan kekuasaan Allah s.w.t. Pasti, bagi mereka yang terlibat di dalam jalan dakwah ini, persoalan mengenai himpitan-himpitan masalah menebal di benak fikiran. Barangkali pernah juga terlintas " Benarkah apa yang aku lakukan ini? Jika Allah meredhai apa yang aku lakukan, masakan aku diuji sebegini rupa?" Ingatlah, berjuang memang pahit! Kerana syurga itu manis. Masakan, jalanan perjuangan dihampar permaidani merah? Bersyukurlah bagi mereka yang diuji dengan kesusahan sedangkan ujian berupa kesenangan itu sememangnya lebih payah.


Jiwa Hamba

Semaikanlah jiwa hamba dan hindarkanlah diri dari mendabik dada dengan kemuliaan dan harta benda. Sucikanlah hati dengan memperbanyak amalan zikir dan bacaan Al-Quran kerana Rasulullah s.a.w pernah berpesan kepada kita; di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Tarmizi ibnu Abbas;
" Seseorang yang tidak ada sedikitpun Al-Quran di dalam hatinya adalah seperti rumah yang kosong," (H.R Tarmizi) Nauzubillahi minzaalik. Bagi mereka yang sedang merawat hati, jangan pernah khuatir dengan persoalan berupa " Mengapa semakin aku cuba merawat hati, semakin aku menemui kebuntuan, semakin aku menyedari kekotoran yang berlumut-lumut?" Inilah tanda bahawa hati itu sedang dirawat. 



Demikian jualah yang berlaku kepada tubuh badan kita saat para doktor menjalankan diagnosis. Jasad yang dirasakan sihat rupa-rupanya menghidap pelbagai penyakit-penyakit merbahaya. Oleh itu, nilailah kembali betapa kita ini sebenarnya mampu mengecapi nikmat kehidupan hanya dengan izin Dia Yang Maha Berkuasa. Beristighfarlah dengan ibu segala istighfar andai pernah terdetik di dalam hati rasa 'ujub,riak dan takabbur. Mudah-mudahan redha Allah bersama kita..

Allahumma irhamna bil Quran, Waj'alhu lana imaman wa nuran wa hudan wa rahmah. Allahumma zakkirna minhuma nasina wa 'allimna minhuma jahilna, waj'al hulana hujjatan ya Rabbal'Alamin..

Ya Allah kasihanilah kami dengan Al-Quran, jadikanlah ia imam, cahaya dan rahmat bagi kami. Ya Allah ingatkanlah kami ketika lupa serta bimbinglah kami ketika kami tidak mengetahui serta jadikanlah Al-Quran itu hujjah bagi kami..
Wallahu'alam


~hati perlu sentiasa ditarbiah...~ (6_6)

Kisah Tentang Taubat

Taubat Nabi Adam a.s.
Diriwayatkan dari Hasan, ia berkata bahawa ketika Allah menerima taubat Nabi Adam a.s., para malaikat mengucapkan selamat kepadanya dan Jibril serta Mikail a.s. turun kepadanya seraya berkata, "Wahai Adam, tenanglah hatimu sebab Allah Taala telah menerima taubatmu."

Jawab Nabi Adam a.s., "Hai Jibril, jika sesudah taubat ini ada pertanyaan, maka di mana sebenarnya maqam (kedudukan) aku?"

Allah pun menurunkan wahyu kepada Nabi Adam a.s., "Hai Adam, Kuwariskan kepada keturunanmu jerih-payah dan upah, dan Kuwariskan taubat kepada mereka. Barangsiapa di antara mereka berdoa kepada-Ku, pasti Kukabulkan sebagaimana Aku mengkabulkan engkau, dan barangsiapa memohon ampunan-Ku, Aku tidak berlaku kikir ke atasnya. Sebab Aku dekat, dan pengampun dosa. Hai Adam, orang-orang yang bertaubat akan dibangkitkan dari kuburnya dalam keadaan suka ria dan tersenyum simpul di mana doa permohonan mereka dikabulkan."



Tuhan Maha Penerima Taubat
Diriwayatkan bahawa di kalangan Bani Israil ada seorang pemuda yang beribadat kepada Allah selama 20 tahun dan membuat maksiat kepada-Nya selama 20 tahun pula. Suatu hari dia melihat wajahnya di cermin, dan nampaklah janggutnya yang beruban. Dia merasakan dirinya telah tua dan sudah tentu telah dekat dengan kematian.
Keadaan itu menyebabkan hatinya merana, lalu mengeluh, "Hai Tuhanku, aku telah taat kepada-Mu selama 20 tahun, kemudian maksiat kepada-Mu selama 20 tahun pula. Andaikata aku kembali kepada-Mu, sudikah Engkau menerima-Ku?"

Kemudian dia mendengar suatu suara berkata, "Engkau telah mencintai-Ku, maka Aku pun mencintaimu. Engkau telah meninggalkan-Ku, maka Aku pun meninggalkanmu. Dan engkau telah maksiat kepada-Ku, maka engkau Kuberi waktu. Jikalau engkau kembali kepada-Ku, Aku terimalah engkau."



Pintu Taubat Sentiasa Terbuka
Seorang lelaki telah bertanya kepada Ibnu Mas`ud tentang seorang yang berdosa tapi menyesalinya, apakah bagi orang itu ada hak taubat. Ibnu Mas`ud berpaling daripadanya, kemudian menghadapnya semula dengan kedua matanya bercucuran air mata, lalu menjawab, "Sesungguhnya Syurga itu mempunyai delapan pintu yang seluruhnya kadang kala terbuka dan kadang kala terkunci, kecuali pintu taubat. Pada pintu ini ada malaikat yang diserahi tugas agar jangan menguncinya. Bertaubatlah, jangan berputus asa!"

Taubat Dengan Menebus Dosa
Pada umat sebelum Rasulullah SAW, ada seorang lelaki yang telah membunuh 99 orang. Suatu hari dia menanyakan tentang orang yang paling alim di dunia ini, lalu ditunjukkan kepadanya seorang rahib. Lelaki itu pergi berjumpa sang rahib dan mengatakan bahawa dirinya telah membunuh 99 orang, apakah masih berhak untuk taubat. Rahib itu mengatakan tidak. Lalu dibunuhnya sekali rahib tersebut dan dengan itu cukuplah seratus orang. Kemudian ia bertanya lagi siapa yang paling alim di dunia ini. Ditunjukkanlah kepadanya salah seorang alim, lalu ia pun mengaku kepada orang alim itu yang ia telah membunuh seratus orang, apakah ia boleh bertaubat.
Jawab orang alim itu, "Ya. Siapa yang dapat menghalang kamu daripada bertaubat? Pergilah ke kampung sekian, sekian. Di sana, orang-orangnya memuja Allah Taala. Menujulah kepada Allah bersama-sama mereka dan jangan kembali ke kampungmu. Sebab kampungmu adalah tanah jahat."
Di pertengahan jalan, lelaki itu telah meninggal dunia. Maka berselisihlah malaikat rahmat dan malaikat azab tentang siapa yang berhak menguruskannya.

Malaikat rahmat berkata, " Di hatinya telah ada taubat kepada Allah."

Malaikat azab pula berkata, "Dia belum berbuat kebaikan sama sekali."

Kemudian, Allah mendatangkan malaikat lain dalam rupa manusia biasa untuk memutuskan perkara itu. Jarak di antara lelaki itu dengan kedua buah kampung pun diukur. Ternyata ia lebih dekat dengan kampung yang sedang ditujuinya dengan kadar satu jengkal. Akhirnya ia pun diuruskan oleh malaikat rahmat. Oleh itu, jelaslah bahawa tidak ada keselamatan kecuali dengan lebih beratnya timbangan kebaikan walaupun hanya seberat satu atom. Kerana itu wajib bagi orang yang bertaubat untuk memperbanyakkan kebaikan bagi menebus dosa-dosanya
.

~hati perlu sentiasa ditarbiah...~ (6_6)

syukur padaMu Ya ALLAH

Bismillahirrahmanirrahim..


Alhamdulillah.Sepatutnya pujian bagi ALLAH bukan saja tyme kita dapat menikmati ksenangan, tapi tyme kita susah pun. Why?


1. Nikmat yang ALLAH bg stat dari kita dok lam perut sampai kita tutp mata selama-lamanya, rezeki kita xpenah putus. xkisah la sapa pun kita, tua, muda, rasa macm tua terasa masih muda..rezeki kita xpenah putus.tak setuju? dah 2 Oksigen free bukan rezeki ka?


2.Susah ka senang ka, tu semua tarbiah secara tak lansung dr ALLAH, pecaya la...ada smtg yg ALLAH sembunyikan dr kita. Katakan kita susah, mula2 kita akan nampak apa yg jadi 2 negativ ja smua..xdak lansung yg baek, buat nu xkena buat ni xkena...smua xkena..Yakinla satu hari nant mesti ada suatu yang positiv yg ALLAH sembunyikan.


Ni berdasarkan banyak kali pengalaman, yang paling xleh lupa masalah ngan kawan tyme dok kat U ni..dari mula2 masuk sampai hari nie...ada ja yang xkena, me ni speses snang down, especially kalo masalah berkaitan ngan kwan2 ni. 


SEM 1: Masuk lambat skit coz sblum 2 kat USM, 2nd intake kat UiTM ni, dapat rumate yg xreti nk hormat. Org nak semayang ka, tidoq ka..memekak ja doploh pat jam. Geram btoi. Pas2 siap bawak kaki ngumpat kat lam bilik. Kawan 2 pun join venture sama ngumpat..hadoi, dugaan.Mula2 mmg xnmpak apa hikmah jadi smua 2, tp lama2 baru sedaq, bila dapat rumate cm2, me msti la jrg2 dok bilik, selalu p 'mengacau' kat bilik sorg sahabat ni. Alhamdulillah, nikmatnya dok p lepak bilik dia 2, skrg ni me da byak kawan, sahabat, rakan...Sblum 2 xnmpak pun semua 2..


SEM 2: Dapat dok kolej g, kenai ngan rumate baru lak. Best sgt kali ni, da sorg akak dr diploma, yg len semua sebaya. Siap ajak semua wat skali, makan, smyg..Ya ALLAH nikmatnya.Satu g yg xleh lupa masa me pitam lam toilet, me ni jenis darah rendah..xmkan ka tidoq lambat ka mula la..depa layan, Ya Rabbi..cm dok hospital org kaya 2...nk apa semua dapat..Syukur Ya ALLAH. Yg sedaynya, sem ni la tok wan me sebelah mak kandung ngan ayah meninggai dunia. Hanya selang dua bulan. Yang sebelah mak yg jaga skrg, tok wan ngan tok dua2 da g, cuma tok wan xbrapa sihat pas jatuh dlm toilet sbb darah tinggi. Yang sebelah ayah xdapat balik coz esok 2 ada test Heat, yang sebelah mak sempat balik tgok, sempat ikut majlis Tahlil. Dapat knai balik sepupu, sedara semua. Cam lawak lak, dh tua2 baru nk kenai sepupu sepapat..haha..Sebelum ni harap balik tyme raya ja, coz mak me dah meninggai dari me kecik g; 2 taun. So, xrapat ngat ngan sedara sblah sana.Teruk la jgak kn?haha..Nasib bek sempat kenai dr xkenai langsung =)


SEM 3, 4, 5: First tyme dok luaq, xdok kolej dh. Dok serumah ngan bdk2 klas. Macam2 jadi. Bermula banyak ujian drNya. Banyak kali jatuh terduduk coz xsanggup nk rasa bnda2 2 semua. Tapi ALLAH masih sayang. Allah bg me sahabat2 len yang sama2 bg me bangun balik. ALLAH xbiaq me sorg2. Bukan nak kata apa, tapi tiap kali ada ujian yg berat2, ALLAH xpenah tinggai me sorg2. Walaupun depa xbanyak bleh tlong, tapi kata2 semangat depa ckup utk me bangun balik. Alhamdulillah. Tyme ni la baru best coz mula ikut xtiviti persatuan islamik kat U ni. Banyak yg dapat belajaq, ramai sahabat2.


SEM 6: Dasyat!!!! Sem yg mmg dugaan paling truk. Bukan nk minta simpati ka apa, tapi tyme ni la yg me mmg btoi2 down. Sgt2 down. Gila down. Sebab bnda kecik ja, dan just becoz tlong back up salah org, kawan yg sama2 susah senang sblum ni sanggup buang kawan. Ya ALLAH..mmg sday sgt2..xdan nak bincang apa yg jadi, me diboikot truih. FULL STOP!!! Mmg tyme 2 bnyak kawan yg nak tlng. Intan Suhada Azmi ngan kak Hazirah Hj, Hamzah..tak jemu2 bg nasihat2 ngan ilmu2 berguna. Ayat depa slalu ulang ni sampai ke la dok ingt g


"Jadi keras hati skit Syazana ngan perangai manusia ni, jgan down sgt..Xyah dok sday2 bnda2 cm2, biaq la apa depa nak buat pa pun. Nanti da hikmah 2 yang xnmpak..., MANUSIA ITU UNIK!!! " 
>> ayat depa la ni..hehe, tq no, jasamu dkenang =)

Tiap2 malam xdak reja len reja derma ayaq mata ja. Tapi yg paling teharu ngan sorg sahabat ni, dari stat masalah 2 sampai ceria balik dia sntiasa kat sisi. Sebelum ni kenai2 cm2 ja pun, xsangka bleh rapat ngan dia sampai skrg. Nak kata perangai sama, bak kata that precious sahabat "kontra tahap pa tah". Tapi me sgt2 suka sikap dia. Thankx alot sahabat, Norazzrina Nawi. =)


SEM 7: Tyme ni mmg busy gila. Tapi tyme ni la mula dapat rasa sgala hikmah2 tersembunyi sblum ni. Alhamdulillah. ALLAH nak uji 2 ada sebab dia. Nak kita get ready tok bnda2 yang lebih dasyat sbgai bekalan. Lani dah bleh senyum lebaq, banyak nikmat yg seblum ni xsangka dapat.


Kesimpulan tok semua yang dah jadi stkat ni, 


"Belajarlah melepaskan... serah dan pasrahlah kepada kekuatan Allah bukan pada kekuatan kita. Ketika bertembung dengan halangan yang sukar, atau setelah segala usaha telah menemui jalan buntu, binalah harapan dengan menyerahkan segalanya kepada Allah. Pada detik itulah selalunya terbuka jalan, terserlah penyelesaian. Let go, let GOD!"


~hati perlu sentiasa ditarbiah...~ (6_6)

Tuesday, February 14, 2012

Q.T.I

Assalamualaikum...


Bersyukur kita sebab masih dikurniakan nikmat Iman dan Islam.Alhamdulillah.Hari nie baru nak smbung buat QTI moto sejak dr sem 3 dlu ni..lani dh nk masuk sem 8 dh..haha, dok tangguh punya tangguh..baru kalo nie bkesempatan sambung...Alhamdulillah..Lesen reta dah lepas lama dah, dh nk dapat lesen penuh dh pun bulan 4 ni sedangkan dlu amik sekali..Cheq dok derma kat JPJ tok renew lesen L moto cheq dh dekat 7 kali dh, membaziaq betoi...dah sekali renew rm34...ishk3...xpa..pengalaman..dr mula2 nek moto teketaq2 sampai dh pandai bawak org besq dh..hehe, moga dipermudahkan semuanya..aminn..lagi dua minggu bru cheq smbung wat JPJ lak...insyaALLAH :) Jom selawat byk2 harini..moga2 amal ibadah kita diterima.. =)


p/s: nk stat men sudoku balik...otak dh berkarat lama xkira reja pakai kalkulatoq ja.. =p


~hati perlu sentiasa ditarbiah...~ (6_6)

Monday, February 13, 2012

Jom doa hari nie :)

Bismillahirrahmanirrahim..

Ya ALLAH , kmi memohon ampun driMu..
Moga2 hari nie bertambah ilmu, iman dan amal kepadaMu..
Perbetulkan niatku dari melencong ke arah kemurkaanMu...
Peliharalah hati-hati kami Ya Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir...
Moga perjalanan hidup sentiasa deberkati dan diredhaiMu

Ya ALLAH, tuhan kmi..
Jangan biarkan diri2 kami dikuasai bisikan syaitan laknatullah..
Bantulah kami dalam setiap langkah kmi 
Aminn...


>>;moga2 hari nie lebih baek dan terbaek dri hari2 sebelumnya<<


~hati perlu sentiasa ditarbiah...~ (6_6)

facebukkkkk...arghhhhhh!!!!!

Bismillahirrahmanirrahim...


SAYA BUKAN HAMBA FACEBOOK!!!!!!!!!!!!!!


Awat xtau kalo bukak tenet ja msti ttaip facebuk..hadoi, kadang2 bukan kadang2..slalunya mmg lagha ja kalo ngadap facebuk ni...bukan ja pakcik2 yg tunggu batu dua panggil, hat bdk 2 3 taun gigi tak berapa nk ckup pun pandai men facebuk.., untuk apa selalunya kita bukak facebuk?kalo me la kn...hehe: 


i. cari kwan2 lama
ii. kacau kwan2 
iii. absorb maklumat bnyak2 pasai isu2 semasa...
iv.serap ilmu2 dr ustaz2 on9 ni
v. compare ngan ilmu yg belajaq dr buku2
vi. post yg islamic, harap2 dapat saham utk akhirat sikit2... (mudah2an, insyaALLAH)
vii. belajaq tgok suasana sebenaq jatuh bangun, naik turun, baek buruk manusia..
>>nk cri pasai apa, semua ada, +ve, -ve...semua da (cm iklan ASTRO dolu2 lak)


Dah jadi mcm tmpat dh kat dinding facebuk ni, tempat org maki hamun, dok cintan cintun xckup dinding, ngumpat..xpasai2 dapat dosa kering..wat nya org nyampuk, dia pun srupa subahat...hmmm. pikiaq2 la no, semua dah besaq2 dh...bukan budak2 g semua nk kna habaq..


Takut sebenaqnya bila buka facebuk, kalo iman xberapa nak matang g, bek xyah kot...Baca buku Hidayatus Salikin g best, dapat ilmu dunia, dapat saham akhirat..Tapi org dok syok bukak FB gak awat xtau....(cheq pun sama gak, lagha..huhu)

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: 

"Iman mempunyai lebih daripada enam puluh cabang. Adapun malu adalah salah satu cabang dari cabang iman." (Hadis riwayat Imam al-Bukhari) 


Abu Ma'sud, Uqbah bin 'Amr al-Ansari al-Badri berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya salah satu perkara yang sudah diketahui manusia dari kata-kata kenabian terdahulu adalah: Jika engkau tidak malu, berbuatlah sesuka hatimu." (Hadis riwayat Imam al-Bukhari) 


Masalah yang paling ketara kat me bila ada tfren ngan dua tiga org bukan kaum sejenis, me ni jenis payah skit nak kwan ngan bukan kaum sejenis ni, coz dlu besa dah kwan..tp kna fitnah me syok kat bdk 2 sbb slalu kacau...na da, salah paham !!!!!...pas2 mula la tsebaq virus yg xbenaq..2 maleh 2..me sbnaqnya suka sembang ngan kaum bukan sjnih ni bkn sbb nk kat depa ka apa, tp sbb depa snang share n bagi pendapat, geng ni gak stakat yg dok kenai lani xbnyak ngumpat sgt...Lani pun da sikit2 ja kawan ngan kaum xsejenih ni, harap depa xmacam kwan yg sblum2 ni la..huhu, me sbnaqnya suka sembang ngan kaum bukan sjnih ni bkn sbb nk kat depa ka apa, tp sbb depa snang share n bagi pendapat, geng ni gak stakat yg dok kenai lani xbnyak ngumpat sgt.. (Betulkan niat balik jom semua =) )


Kesimpulan: "ALASAN XLEH PAKAI!!! ""
Reason: Srupa xdak kaum sejenih nk kongsi...abg ada, adik laki da, ayah da..awat xkongsi??? 
Alasan slalu bagi: Saya xdak laki lam keluarga, anak tunggal, mak janda...Hadoi, pompuan bukan semua cm2 walaupun majoriti..satg me trang pa patut buat, me pun kadang2 slalu tersasar gak, iman manusia tak pernah kekal, sentiasa asa naik turunnya iman...
Idea sapa ni: Syaitan Laknatullah, dh tau dok ikut watpa?? syok ngat nk join venture dok neraka??


sbb 2 la cik na oi ALLAH kata dah JAUHI ZINA, zina mata, zina telinga, zina hati, zina macam2...yg dok p buat jgak 2 wat pa...hmmm, 2 sebab ada akai ALLAH bg xmau guna..!!!!Sebenaqnya, atas kita nk baut ka dak...bergantung pada iman, mesti ada trdetik ("cakap pandai, silap..2lih pandai la, xkena kat hang") 


Tu yang payah 2, org cakap xmau dengaq pas2 bila buat gak org teguq marah...hadoi, cmna ni?


Firman ALLAH S.W.T..
"Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk." (Surah Al-Israk: ayat 32)


Sabda Rasullullah..
"Umatku akan sentiasa baik selagi belum lahir anak zina di kalangan mereka. Jika anak zina sudah tersebar di kalangan mereka, maka aku bimbang Allah akan menimpakan azab-Nya kepada mereka." (Hadis riwayat Imam Ahmad)

"Hindarilah zina sebab ia menimbulkan enam kesan buruk, tiga di dunia dan tiga di akhirat. Yang di dunia, zina akan menghilangkan kegembiraan, menyebabkan fakir dan mengurangi umur sedangkan keburukan di akhirat nanti, zina menyebabkan pelakunya diazab, dihisab secara ketat dan kekal di neraka." (Hadis riwayat Baihaqi)

Sebenaqnya kalo ALLAH larang tu mesti da sebab..ALLAH xkan buat sesuatu 2 sia2...ada hikmah yang Dia simpan untuk kita...berlapang dada la, mudah2an ALLAH gantikan ngan yg lebih baek...insyaALLAH..Tak mau baca dah, nk share gak..dolu2 ada la Ust 2 kata..kalo kita syok ngat lani dok kwan ngan tah sapa2..jgn dok cemburu kalo suami kita pun wat benda yang sama..so, kata Ust 2 kalo xmau xyah buat...keberkatan 2 penting la semua muslimit muslimat yang drahmati ALLAH sekalian. Dapat keberkatan, hidup pun senang, tenang. InsyaALLAH, lelaki soleh untuk pompuan yang solehah, Janji ALLAH tu pasti...YAKINLA =)

"Ya ALLAH, hambaMu yang kerdil ni memohon agar dpelihara jiwa2 kami, hati2 kami..anggota tubuh kami semua dari azaab api nerakaMu Ya ALLAH..Jangan Ya ALLAH, pandulah kami ke jalan2 barakah wa rahmah Mu....Rabbana la tuziaqqulubana bakdhaizhadaithana wahablana minladunkarahmahinnakaantalwahhab...AMINN"


~hati perlu sentiasa ditarbiah...~ (6_6)

Hati

Bismillahirrahmanirrahim...


Assalamualaikum...:)
Sebenaqnya dah lama sngt dh x update blog ni, sibuk ngan research project la, design project la, final exam la (alasan kalo maleh nk wat karangn kat blog sbnaqnya)...mlm ni nak share pasai hati. Sebenaqnya nk share sal hati dari Kitab Hidayatus Salikin tapi hilang lak..huhu, Jom Baca ja yang mana yang ada terbekait..hehe (marah cikgu BM cheq baca)


Cam dalam lagu Hijjaz dlm Mata Hati


Pandangan mata selalu menipu 
Pandangan akal selalu tersalah 
Pandangan nafsu selalu melulu 
Pandangan hati itu yang hakiki 
Kalau hati itu bersih 

Hati kalau selalu bersih 
Pandangannya akan menembusi hijab 
Hati jika sudah bersih 
Firasatnya tepat kehendak Allah 

Tapi hati bila dikotori 
Bisikannya bukan lagi kebenaran 

Hati tempat jatuhnya pandangan Allah 
Jasad lahir tumpuan manusia 
Utamakanlah pandangan Allah 
Daripada pandangan manusia


Ya Allah Kurniakan Kepada Kami Hati Seperti Ini…

HATI YANG SEDAR

“Sesungguhnya (keterangan-keterangan dan peristiwa-peristiwa) yang tersebut itu, tidak syak lagi mengandungi pengajaran bagi sesiapa yang mempunyai hati (yang sedar) atau yang menggunakan pendengarannya bersungguh-sungguh (kepada pengajaran itu) dengan menumpukan hati dan fikiran kepadanya.” ( Surah Qaf 50:37)

HATI YANG BERSIH

“Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan)” (Surah al-Syams 91:9)

HATI YANG LURUS

(Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai tuhan kami! janganlah engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, kurniakanlah kepada kami limpah rahmat daripada sisi-Mu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberian-Nya.” (Surah Ali’ Imran 3:8)


Dan Peliharalah Kami Dari Hati Seperti Ini…

HATI YANG TERHIJAB (TERTUTUP)

“Dan antara meraka ada yang memperdengarkan kepadamu (al-Quran), padahal Kami te;ah jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, yang menghalang mereka daripada memahaminya, dan Kami jadikan telinga mereka penyumbat (yang menjadikan mereka pekak).” (Surah al-An’am 6:25)



~hati perlu sentiasa ditarbiah...~ (6_6)

Sunday, February 12, 2012

Harapan Pada Ayah Ibu

Wahai ibuku wahai ayahku
Didiklah kami semua
Ajarlah kami asuhlah kami
Mengenal tuhan Yang Esa

Bantulah kami hidup akhirat
Hidup akhirat yang lebih utama
Sedarkanlah kami
Akan tipu daya dunia

Bimbinglah kami asuhlah kami
dengan penuh kasih sayang
Segala apa kesalahan kami
Dibetulkan dengan bijaksana

Perkataan maki harus jangan digunakan
Kerana ia menyalahi sunnah rasul mulia

Tunjukkanlah kami dengan akhlak mulia
Agar mudah kami mencontohinya
Jangan macam ketam yang berjalan bengkok
Ia mengajar anaknya berjalan lurus

Wahi ibuku wahai ayahku kasihanilah kami
Bimbinglah kami mengikut cara sunnah nabi
Janganlah kami dididik secara yang rugi
Kami akan rugi di dunia dan di akhirat

Kenalkanlah kami hidup di dunia yang menipu
Asuhilah kami cintai akhirat yang abadi
Akhirat utama dari dunia yang fana
Dunia menipu merosakkan manusia

Itulah harapan kami kepada ayah dan ibu
Ayah ibu janganlah kau berkecil hati
Kami memohon ribuan ampun dan maaf padamu
Disertakan doa kesejahteraan kepadamu ayah dan ibu

Itulah harapan kami pada ayah dan ibu
Itulah harapan kami ayah ibu


~hati perlu sentiasa ditarbiah...~ (6_6)

Thursday, February 9, 2012

Kisah rekaan, tetapi situasinya merata-rata...

Bismillahirrahmanirrahim…..


(kisah nie amik dr blog orang tapi sebab kalo link ngan blog 2 gmbaq iklan dia xsesuai skit, 2 yg temsuk blog sniri 2...moga2 banyak boleh diambil pengajarannya, insyaALLAH )

Ada seorang hamba Allah perempuan ini. Dia adalah seorang bekas pelajar di sekolah agama. Dia seorang yang solehah, menjaga auratnya dan memakai tudung labuh. Dia juga rajin mengikuti usrah.

Ditakdirkan Allah, dia dihantar belajar ke luar negara. Negara yang dia pergi, bukan pula negara orang Islam. Jurusannya bukan jurusan agama, tetapi Perubatan. Maka, dia diangkat menjadi orang yang dipercayai oleh pelajar yang seangkatan dengannya.

Awal-awal, dia seorang yang komited dengan agama. Sering mengajak kawan-kawannya agar mengingati Allah, melaksanakan amanah-Nya, dan meninggalkan larangan-Nya.

Satu hari, dia jatuh cinta dengan seorang lelaki yang bukan Islam. Lama kelamaan, dia meninggalkan peribadinya yang lama. Walaupun masih bertudung labuh, dia tidak lagi menjaga batas pergaulan. Sampai satu tahap, dia pernah tidur di dalam kereta berdua-duaan dengan lelaki tadi.

Apakah pandangan anda?


Apa yang anda akan lakukan bila mengetahui perkara ini, bila melihat perkara ini, atau bila menjadi salah seorang daripada kawan-kawan kepada pelaku perkara ini?

Kisah rekaan saya, tetapi situasinya merata-rata

Saya reka cerita itu. Ini bermakna, saya tidak pernah melihatnya dengan mata kepala saya sendiri. Tetapi situasi yang sinonim seperti cerita saya di atas berlaku di banyak tempat. Tidak perlu tanya saya dari mana saya tahu, tetapi saya sekadar hendak anda menjawab, betul atau tidak.

Betul kan?

Budak sekolah agama, lelaki ke, perempuan ke, dulu baik, tiba-tiba terjebak dengan sesuatu di luar lunas agama Allah. Perempuan tudung labuh, dulu jaga hubungan lelaki perempuan, tiba-tiba bercouple. Rakan kita yang nampak alim, tiba-tiba terdengar khabar dia berzina.

Ya, apa yang kita lakukan pada mereka-mereka ini?

Biasanya, mereka dihina. Disisihkan.

“Cis, menyampah gila aku. Dulu baik bukan main. Sekarang, mengalahkan aku buruknya. Aku pun tak pernah berdating dengan perempuan tau”

“Aku tak sangka betul, dulu bukan main solehah. Ingatkan aku itu ini. Sekarang tup-tup keluar dengan mamat tu. Tak senonoh la. Hipokrit”

“Tengoklah budak sekolah agama tu. Kata je belajar agama. Dulu bukan main lagi ceramah bagi dalil-dalil Al-Quran ingatkan orang. Sekarang, entah syurga dengan neraka pun tak kenal ke hapa”

Dan 1001 macam lagi yang biasanya akan terlepas dari mulut kita. Atau paling tidak, terdetik di dalam hati.

Kenapa? Kenapa kita senang bersikap demikian?

Akhirnya, mereka yang dahulunya ala-ala ustaz ustazah harapan agama ini disisihkan kerana kemaksiatan dan keingkaran yang mereka lakukan di hadapan mata kita har ini. Mereka dikutuk, dihina, dikeji, dihentam-hentam. Dan 99%, semuanya dilakukan di belakang mereka.

Saya suka bertanya.
Siapa yang pernah pergi dan bersembang, berbincang, mendalami kenapa mereka berubah sedemikian rupa?
Tiada siapa menarik mereka

Kita selalu kata begini:


“Alah, pelajar agama, takkan tak tahu”

“Dia kan hafal 30 juzu’ Al-Quran. Takkan la tak reti-reti lagi”

Tetapi pada saya, ini satu prinsip yang membawa kepada sikap kita yang saya nyatakan di atas. Ya, secara tidak langsung, kita seakan-akan meletakkan taraf pelajar agama, orang yang mengikuti usrah, mereka yang bertudung labuh dan berkopiah ini di taraf  MALAIKAT.

Sedangkan, mereka adalah MANUSIA.

Bila namanya manusia, pasti ada waktu kesilapannya. Dan kadangkala, silapnya boleh jadi lebih buruk dari kesilapan mereka yang tidak pernah pun sekolah agama. Tetapi inilah dia ujian Allah SWT.

Dengan prinsip kita di atas tadi, maka kita meninggalkannya. Kita tidak menegurnya. Kita nampak dia mula berubah ke arah kejahatan, kita menjauhinya kerana kita kata dia dah tahu, dia mesti dah faham serta sebagainya.

Kesilapan kita, adalah di sini.
Tiada siapa yang bergerak menarik mereka.

Sebagaimana kamu, mereka juga begitu, saya juga begitu. Bila kita melakukan kesilapan, kita senang untuk orang faham kenapa kita boleh tersilap. Kita tertipu ke, kita terjerat ke, kita memang betul-betul tak tahu kemudian terbiasa dengan kesilapan itu ke, dan 1001 sebab lagi. Jadi, bila orang hentam-hentam kita tanpa memahami, kita pastinya sakit hati.

Begitulah perasaannya mereka yang buat silap. Saya kira, kita sama dalam hal ini. Baik kamu, mereka, mahupun saya. Saya sendiri, amat benci manusia yang pakai hentam sahaja tanpa memahami. Kenal pun tidak, sudah menghentam macam dia tahu-tahu aja apa sebenarnya yang terjadi.


Jadi, apakah sikap kita?

Pernahkah kita mendekati ‘pendosa-pendosa yang beragama’ ini, atau kita sekadar menghina kesilapan, ketersasaran mereka dari jauh sahaja?

Mereka perlukan manusia yang memahami.

Kadangkala, ada something yang di luar jangkaan berlaku dalam hidup mereka ini. Sebab itu dari sebaik-baik manusia, boleh berubah sebegitu rupa. Kita yang biasa-biasa ni, melenting la. Kita terlupa bahawa dia rupanya manusia juga. Tidak ramai yang mampu bersabar. Sedangkan, keadaan ini hanya boleh dihadapi oleh mereka yang tenang dan rasional.

Siapa yang pergi mendekati mereka, memahami mereka, cuba mencungkil apa sebenarnya permasalahan mereka, kenapa mereka sampai boleh tersasar sedemikian rupa. Siapa? Siapa yang berusaha sedemikian rupa?

“Aku tegur dah dia” 

Ya la, tegur macam mana? Tegur sekali pastu blah? Tegur 10 kali lepas tu penat?
Kadang-kadang, kita terlupa yang kita tak pernah pun bina ‘jambatan hati’ dengan mereka. Kita tak kenal mereka dalam erti kata sebenar. Kita dan dia tak pernah ada apa-apa perkongsian.

Bila terjadi perkara sebegini, kita lebih senang menghentam. Tegur sekali dua, lepas tu kata tak ada harapan. Ajak masuk usrah balik semula dua tiga kali, kemudian kata dia dah tak dapat hidayah.
Ini masalah kita.

Kemudian kita salahkan dia.

Sebenarnya, kita pun sama. Berputus asa mengajak dia ke jalan Allah.

Bila dia berdosa, tak kira la dia budak agama ke, ulama sekalipun, sepatutnya kita layani dia dengan baik. 

Tunjukkan dia jalan yang betul. Sejak bila seseorang itu bila dia jadi pelajar sekolah agama, dia ikut usrah, dia pernah berdakwah ajak orang buat baik, dia keluaran Al-Azhar ke hapa ke, bila jadi maksum? Sejak bila pula, manusia-manusia ni, bila buat dosa, dibolehkan kita membiarkan mereka?

Bukankah layanannya tetap sama dengan orang yang tidak pernah belajar agama, tidak pernah ikut usrah, tidak pernah berdakwah yang buat dosa?

Yakni tegur, dan pimpin mereka. Pimpin ya, pimpin. Fahami maksud perkataan pimpin.

Mereka lebih baik. Kami bukan pelajar agama.

Satu lagi kesilapan kita, kita suka kata:

“Mereka budak agama. Aku bukan budak agama. Mereka pakai tudung labuh. Aku tudung tiga segi aja”

Dan akhirnya, kita tinggalkan mereka. Ini kesilapan yang paling besar. Siapa la ajar penegur itu kena sempurna. 

Kita ni, menegur sambil memperbaiki diri. Kita budak agama ke, bukan budak agama ke, kalau sesuatu kita rasa patut tegur, walaupun teguran kita tu ala-ala menghentam diri sendiri, kena tegurlah juga.

Apa barang bai main kutuk-kutuk belakang aja?

“Dia kan budak agama, dia mesti faham”

Kalau macam itu, budak agama mestilah malaikat semuanya. Tak akan ada buat salah. Ala, macam kita belajar la. Faham-faham pun, bukan dapat 100% dalam periksa. Betulkan? Ada ke yang skor semua mata pelajaran dia 100%? Kalau ada pun, sekelompok kecil aja.

So, macam mana sekarang?

Kena tegur la. Bergerak mendekati mereka ini. Fahami masalah mereka ini. Mana tahu, hati mereka meronta-ronta untuk kamu membantu mereka sebenarnya.

Penutup: Kamu berdosa kalau sekadar membiarkan

Ya, kamu berdosa. Sebab mencegah kemungkaran itu adalah wajib.

“Saya mencegah dengan hati”

Ha ha.. ini alasan kamu nak bagi kan?

Rasulullah SAW bersabda:
“Sekiranya kamu tidak mampu”

Jadi, kalau ada kudrat, ada suara lagi, ada tenaga lagi, itu tandanya ‘mampu’ itu masih ada pada kamu. Maka, kamu berdosa kalau tidak menegurnya. Teknologi hari ini lagi la ada macam-macam. E-mail ada, facebook ada, Yahoo Messenger ada. Kalau nak pakai gaya zaman P.Ramlee pun boleh – tulis surat.
Kemudian, tegur bukan sekali.

Berkali-kali. Sampailah terjadi salah satu dari empat perkara. Apa dia?
1. Kamu mati.
2. Dia mati.
3. Matahari terbit dari barat.
4. Dia berubah.

Selagi tak berlaku empat perkara ini, adalah tidak patut kita berputus asa dalam memberikan teguran. Kalau tak makan dengan plan A, kita bagi dia plan B. Kalau plan B dia tak boleh jugak, kita bagi dia plan C. Sampai la plan Z. Kalau tak boleh jugak, kita bagi dia plan AZ pula. Kalau tak boleh lagi, bagi plan BZ dan begitulah seterusnya. Sampai salah satu dari empat perkara tadi terjadi pada kita.

Tapi dia budak agama”

Kamu ulang lagi benda ni.

Sudah-sudah. Dia manusia juga” itu kata saya.

Ayuh, jangan cakap belakang sahaja.
Rapati dia, berikan nasihat. Laksanakan tanggungjawab kamu sebagai seseorang yang faham bahawa dia telah tersasar daripada Allah SWT. Sesungguhnya, menebarkan kebaikan itu adalah tanggungjawab orang yang beriman.

Tidak kira, kamu budak sekolah agama, atau bukan.



~hati perlu sentiasa ditarbiah...~ (6_6)