jom zikir...

Powered By Blogger

Tuesday, February 1, 2011

Egypt: Pendapatku dan Perasaanku

daripada blog sahabat... :)


Terdapat 9 golongan di sana sekarang:-
1) Hosni Mubarak, US, Israel dan yang sewaktu dengannya
2) Golongan yang ingin menjatuhkan golongan '1' kerana Islam
3) Golongan yang ingin mejatuhkan golongan '1' kerana kesusahan hidup yang dialami
4) Golongan penjenayah yang mengambil kesempatan memuaskan nafsu binatang di kala huru hara
5) Golongan Polis yang turut merupakan catur golongan '1'
6) Golongan Polis yang turut menyertai demonstrasi menjatuhkan golongan '1'
7) Tentera Mesir yang mengatakan mereka bersama golongan '2' dan '3' dan ingin melindungi rakyat daripada golongan '4'
8) Tentera Mesir yang menyokong golongan '1'
dan
9) Rakyat Malaysia yang sedang dalam ketakutan dan kebahayaan


Mesir
 there has always been two extremes in that country
 Firaun yang sangat bongkak, dan diktator berada di situ
 pada zaman Salahuddin Al-Ayyubi, merekalah golongan yang mengkhianati Islam dan berpihak kepada Crusaders
 pada zaman Mongol, ketika umat Islam teruk dibunuh, mereka sempat lagi saling membunuh utk berebut kuasa
 itu dulu

 Pada zaman sekarang pula
 pelancong lelaki yang masuk ke kastam akan 'dirompak' oleh pihak kastam secara open
 jika pergi ke kawasan terpencil, sangat berbahaya sehinggakan pihak polis sendiri akan offer untuk escort drpd penjenayah
 student malaysia ada yang diperkosa sehingga menjadi fobia
 dan of course, negara itulah yang sangat2 menyokong dan membantu Israel menawan Palestin

tapi
 tetap bumi itulah Allah lahirkan para anbiya'
 tetap bumi itulah yang mengalahkan Crusaders
 tetap bumi itulah yang mengalahkan Mongol akhirnya
 tetap bumi itulah lahirnya Ikhwanul Muslimin
 dan tetap bumi itu sahajahlah yang pernah berjaya mengalahkan Israel

why?
 how come?
 i don't know

Allah chose that land for Him to give barakah to
it is history
 repeating and repeating itself
for Egypt to be conquered by tyrants
 to be full with the lust for power
 until the rightful person take control of the country
 and from there on
 Islam will be victorious

it is in history
 Nabi Musa
 Salahuddin Al-Ayyubi
 Saifuddin Qutuz
all of them go through the same history
Allahlah yang memilih orang-orang yang ingin diberikanNya kemenangan



sekadar persoalan yang aku risaukan
 keadaan di Mesir sekarang
 diberkati Allah ataupun tidak?

kenapa?
 simply sebab revolusi ini bermula dengan orang yang membakar diri
 aku tidak pernah percaya Islam akan dibangkitkan dengan cara yang haram

sekadar itu org yg memulakan, orang-orang yang melakukan demonstrasi itu sendiri selepas tu melakukannya dengan cara yang benar
 at least golongan '2' melakukan dengan benar insyaAllah
 jadi wallahualam

seorang saudaraku di Mesir dirogol
 saudara seIslam, dan sebangsaku
 aku jadi emo+sedih bila dengar berita tu
 for some reason aku sangat2 sensitif dgn isu rogol
 mesti jadi emo
 i just can't imagine their feelings... and will never be able to understand...

aku yakin student di Mesir adalah golongan yang menjaga kesucian diri, mungkin dia adalah akhawat, mungkin juga dia merupakan salah seorang drpd kgkwn aku yg aku knal....
that's why...
 aku sangat emo dgn TPM yg jawab dengan sambil lewa, seolah-olah mengatakan

"kalau nak balik sgt, guna arr duit sendiri pg balik, kitorg x halang"
 cuba anak ko yg ada kat situ, camne?
 giler apa nk balik sendiri dah harga barang naik 7 kali ganda, bank ditutup, xleh nak online internet, nak beli tiket kapal terbang camne?

*tooot*

fine, skrg lepas dah ramai giler mengamuk dgn respond ko, barulah nak pindahkan dgn serius
tgh ignorant sgt ke? duk seronok menyambut dengan kemenangan DUN Tenang?
 jangan terkejut kalau ko jatuh pasni sebab perkara ni

El-Baradei
 aku x kenal dia
 aku juga meragui sejauh manakah dia 'benar'
 tapi since Ikhwan sendiri support dia
 maka aku percayakan keputusan ikhwah aku di sana
jika golongan yang 'benar' yg menguasai Mesir
 insyaAllah keadaan di Palestin akan sangat2 improve
 a war may even erupt between Egypt and Isrel

juz buat masa sekarang konfim Mesir pasni akan ada masalah politik dan ekonomi
 terutamanya jika golongan yang 'benar' yang memegang Mesir



still i believe
this is another event that will effect the future

Ya Allah, Ya 'Alim, Ya 'Aziz
Kau berikanlah kemenangan kepada Islam, berikanlah keselamatan kepada umat Islam di sana, kepada saudara-saudara Malaysiaku dan saudara-saudara Islamku
I'll be waiting, and praying, for the future You has set, for your brilliant planning


~hati perlu sentiasa ditarbiah...~ (6_6)

Alangkah Indahnya Hidup Ini - Raihan



~hati perlu sentiasa ditarbiah...~ (6_6)

Hijjaz - Debu-debu Dosa



~hati perlu sentiasa ditarbiah...~ (6_6)

gerimis fareast



~hati perlu sentiasa ditarbiah...~ (6_6)

Hijjaz - Sunnah Orang Berjuang.wmv



~hati perlu sentiasa ditarbiah...~ (6_6)

DI HENING MALAM- DIWANI



~hati perlu sentiasa ditarbiah...~ (6_6)

azimat ibunda



~hati perlu sentiasa ditarbiah...~ (6_6)

iman be4 vs iman after??

Bismillahirrahmanirrahim 

"Ya Allah, Sesungguhnya Engkau Mengetahui setiap perkara yang aku lakukan, maka ampunkanlah segala dosa & kesalahanku, ampunkanlah, ampunkanlah.... "


Dalam surah Asy Syarh (94:7), Allah ada berfirman yang mana maksudnya adalah :- 

Maka apabila engkau telah selesai  (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain)

Syed Qutb cakap, lepas buat sesuatu urusan dunia, maka kembalilah beribadah kepada Allah. Ada juga mufasir yang mengertikannya sebagai ''apabila sudah solat, maka berdoalah'' Jadi insyaAllah, marilah kita sama2 untuk terus bekerja keras dalam apa jua bidang sekali pun. Yang paling penting ayuhlah kita sama2 bekerja keras untuk terus bermujahadah, untuk terus memperbaiki diri sendiri, untuk memenuhi ciri2 individu muslim yang sepatutnya, insyaAllah.
hmmm.. iman b4 exam > iman after exam. eh come on la , ingat exam ni ape? igt lepas exam kau bisa berbuat sesuka hati? kau ingat Allah tak tahu apa yang kau kerjakan? kau igt kau beribadah bersungguh sungguh semata mata utk lulus exam? please la. exam yang kau amik ni, hanyalah ujian kecil je. huh~ ia bukan segalanya. ia bukan segalanya. ia bukan segalanya. 

insyaAllah. mari sama2 utk kita terus mempertingkatkan amal ibadah kita kepada Allah, tak kira masa, tempat dan keadaan. insyaAllah. =) 


hati perlu sentiasa ditarbiah... :)

Isu di Mesir : Maidan At-Tahrir, Kaherah menjadi Medan Asy-Syuhadak

Maidan At-Tahrir. Kelihatan Muzium Kaherah (bangunan merah), di dalamnya ada banyak mumia firaun termasuk Firaun Ramses II, zaman Nabi Musa as.
Kini medan perkarangan terpenting di Kaherah, Maidan At-Tahrir dipanggil Maidan Asy-Syuhadak. Masjid kecil di medan tersebut, Masjid Ibadur Rahman, setakat jam 3.00 pagi tadi ditempatkan 13 orang yang syahid dan 83 orang yang cedera ditembak polis Mubarak. Ia masjid yang banyak nostalgia peribadi.

Maidan At-Tahrir salah satu tempat saya mencari nafkah, bekerja sendiri mencari tiket kapal terbang untuk pelajar-pelajar Malaysia di Mesir secara kecil-kecilan, tempat buat visa haji guna berniaga di Tanah Suci di setiap musim haji, semasa 8 tahun belajar di Mesir menyara keluarga 9 anak beranak ketika itu. Masjid tersebut tempat saya sering bersolat di situ, kali terakhir bulan Ramadan yang lalu. Dr Yusuf Al-Qardhawy, berasal Mesir kini menetap di Qatar, seperti rakyat di Mesir, meminta Mubarak meninggalkan Mesir dan menyerahkan negara ditentukan masa depannya oleh rakyat secara bebas.

Maidan At-Tahrir juga tempat yang paling strategik. Di sana terletak Kementerian Dalam Negeri, pusat mengawal keselamatan dalam negeri, dan dalam istilah amali banyak negara umat Islam hari ini, ia pusat menjaga kekuasaan pemerintah dalam berhadapan dengan pembangkang, suatu budaya yang langsung tidak ada di negara-negara maju seperti Amerika, Australia dan kebanyakan negara-negara Barat. 

Sepanjang saya tinggal di Barat selama 5 tahun, pembangkang atau “Opposition” adalah dihormati oleh pemerintah, dikira di dalam dan menyempurnakan sistem pemerintahan negara, ketuanya punya pejabat sendiri di Parlimen dan dapat ruang secukupnya di televisyen dan akhbar resmi negara.

Ini tidak berlaku di banyak Negara Ketiga, atau lebih tepat lagi di negara bermentaliti kelas ketiga seperti banyak negara umat Islam, malangnya (sorry to say). Ketika saya menjawat Presiden Persatuan Pelajar Malaysia Mesir tajaan Kedutaan Malaysia di Kaherah, saya pernah masuk ke Kementerian Dalam Negeri tersebut secara rasmi. Di perkarangannya saya lihat ramai lelaki yang ditutup mata, menunggu giliran soal siasat. Mungkin mereka dari kumpulan Islam yang berbagai.

Maidan At-Tahrir. Berdekatan dengan medan ini juga terletak Stesen TV Mesir, salah satu tempat dan institusi terpenting dalam negara dan kestabilan pemerintah.

“Maidan” atau medan bererti tempat lapang dan “At-Tahrir” bererti Kemerdekaan. Kini mereka yang berdemo di sana memanggilnya Maidan Asy-Syuhadak bagi memperingati teman-teman mereka yang gugur syahid dalam Intifadhah (Kebangkitan) pada hari-hari 25, 28 dan 29 Januari 2011 lalu, yang belum pernah disaksikan oleh Mesir sejak dahulu. Jika kebangkitan ini berjaya menumbangkan regim diktator Mesir, hampir pasti nama Maidan Asy-Syuhadak akan kekal.

“Katakanlah kepada mereka, ‘Kamu tidak menanti kami melainkan salah satu dari dua kebaikan (iaitu syahid atau menang)…” (Surah At-Taubah).

 Hari ini bagi rakyat Mesir, kedua-dua kesudahan bagi mereka adalah baik, samada syahid mendapat syurga atau menang hidup mulia di dunia (dan akhirat).

Sekiranya mereka takut syahid, lalu meninggalkan Intifadhah ini, mereka akan terus hidup dan balik ke rumah-rumah mereka seperti kita di saat ini. Sebahagian akan berkata cukuplah dapat hidup, akan tetapi belum tentu mereka hidup mulia. Ini adalah kerana:

1. Regim yang memerintah mereka lebih mengutamakan agenda Barat lebih dari kepentingan mereka dalam mengurus negara dan rakyat. Syariah Islam tidak dilaksanakan sepenuhnya yang menjamin kesejahteraan hidup mereka di dunia dan akhirat. TV dan majalah mereka hampir semua berunsur Barat yang merosakkan moral, akhlak dan akidah di samping menghalang generasi mereka dari memahami risalah umat Islam dalam memimpin dan membimbing dunia dengan cahaya petunjuk Ilahi seperti peranan gemilang Mesir di kurun-kurun lampau.

Apabila Gaza, Palestin dikepung dari mendapat makanan dan ubat-ubatan sejak 2006, diserang oleh Israel pada 2008 dan terus menerus ditindas hingga kini, Mesir tidak membantu sebaliknya tunduk menurut apa yang dikehendaki oleh Israel melalui arahan Amerika. Di antaranya ialah menutup lebih ketat sempadannya dengan Gaza, membina tembok bawah tanah dengan keluli tahan lasak bagi menutup terowong-terowong dan kini membina tembok atas tanah. Begitu sekali ketundukan kita, umat kebenaran, di hadapan umat Barat!!

2. Negara Mesir yang begitu kaya dengan hasil bumi dan kedudukan strategik tidak dikecapi kekayaannya oleh kebanyakan rakyatnya melalui pengurusan kerajaan. Mereka yang hidup sederhana dan baik di segi ekonomi adalah mereak yang bekerja sendiri. Ketika saya di sana 1989-1997, ketika doktor graduan di Malaysia mendapat gaji mula kira-kira RM2500-3000 sebulan, seorang doktor di Mesir mendapat gaji mula sebanyak RM100 sebulan sahaja, dan RM120 jika baru lulus dan menjadi doktor pakar!! Sedang harga beras, gula, daging dsb kecuali sayuran dan buahan adalah hampir sama dengan Malaysia ketika itu (hari ini, setelah berlaku kenaikan petrol 2 tahun lalu, kebanyakan harga adalah lebih mahal dari Malaysia). 

Mesir tersangat kaya melalui kutipan yuran laluan kapal-kapal laut melalui Terusan Suez, terusan paling penting di dunia, namun semua kekayaan tersebut tidak bermakna bagi kebanyakan penduduknya. Oleh itu kebanyakan professional mereka samada bekerja swasta atau mempunyai kerja sampingan seperti membawa teksi, menjual ikan dan sebagainya.

Pernah seorang akauntan berbangsa Australia baru memeluk Islam belajar bahasa Arab sebentar di Mesir. Dia tidak percaya apabila saya memberitahunya tentang gaji-gaji ini sehinggalah suatu hari apabila emaknya datang menziarahinya dan selepas itu mahu ke Cairo Airport untuk pulang ke negaranya. Di luar rumah saya menahan sebuah teksi. Di dalam teksi ke airport, dia kata dia risau emaknya yang tua tidak tahu ke mana nak dituju ketika emaknya berseorangan di dalam airport nanti. Saya berbual dengan pemandu teksi, dan pemandu teksi kata nanti dia tolong. Saya katakan pada sahabat Australia ini seperti yang dikatakan oleh pemandu teksi, namun beliau masih risau kerana kita boleh tolong emaknya di luar airport, sedang dia risau bagaimana keadaan emaknya ketika di dalam airport. Pemandu teksi kelihatan tenang sambil berkata jangan risau. 

Setiba di airport, pemandu teksi tolong membawa beg-beg masuk ke dalam airport setelah dia mengambil dan memakai lencana khas di bajunya. Rupa-rupanya beliau, seorang pemandu teksi, adalah juga seorang akauntan kanan Cairo International Airport!! Baru sahabat saya ini dapat mempercayai masib umat Islam yang cuba saya sampaikan kepadanya. Apa yang berlaku di negara-negara Arab banyak tidak tergambar oleh mereka yang tidak pernah hidup di sana. Bagi saya, memahaminya sangat membantu memahami perjuangan Islam itu sendiri dan hakikat pertarungan antara Haq dan Batil, bukan sahaja di Mesir, tetapi di seluruh dunia!

3. Seseorang itu mulia apabila dia hidup bebas, boleh membuat keputusan bebas dan terbaik untuk diri, keluarga dan umatnya demi kebaikannya di dunia dan akhirat. Ini termasuk kebebasan bersuara yang benar dan membina kepada sesiapa termasuk pemerintah, keadilan dalam sebarang pendakwaan ke atas dirinya “innocent unless proven guilty” dan lain-lain hak diri insan yang kemuncak ialah kebebasan dalam mendengar kempen di televisyen, menilai parti atau badan yang terbaik dan seterusnya kebebasan mengundi dalam pilihanraya. Kesemuanya tidak dikecapi di Mesir.

Sebaik Iraq berjaya ditawan oleh Amerika tahun 2003, Presiden Bush memberi alasan kepada dunia bahawa Amerika cuma hendak “mendemokrasikan” Iraq sambil memberi, kononnya, amaran kepada negara-negara Arab yang lain agar berfikir untuk berbuat demikian. Kesan langsung dari itu, kali pertama saya lihat kain rentang pilihanraya (majlis bandaran) di Madinah, Saudi Arabia, negara sistem beraja, yang belum pernah berlaku sebelum ini, dan tidak pula berlaku selepas itu. Pilihanraya Mesir 2005 diadakan dalam 3 pusingan. Pusingan 01 sangat bebas menyebabkan Ikhwan Muslimin akhirnya mendapat 88 dari 444 kerusi Parlimen, iaitu kira-kira 20%. Pusingan 02 dan 03 menyaksikan penipuan yang tiada tolok bandingnya. Namun setelah 5 tahun berlalu, “seruan demokrasi” oleh Amerika telah reda, Mesir kembali kepada sikap asalnya. 

Dalam Pilihanraya 2010 bulan November lalu, Ikhwan Muslimin tidak dimenangkan walaupun untuk mendapat 1 kerusi pun!! Di sini, rakyat merasa sangat tertipu dan dihina, lalu menyumbang kepada Intifadhah yang sedang kita saksikan.

Sehingga ke dekad atau kurun mana Yahudi, melalui Amerika dan negara-negara Barat, akan dapat memperkudakan pemimpin negara-negara Arab ? Masa depan umat Arab, seperti juga banyak umat Islam yang lain, adalah terletak pada umatnya, bukan pemerintahnya yang berkiblat Barat, terang-terangan atau sembunyi-sembunyi.


Kantoi!! Begini akhbar utama Mesir, Al-Ahram, menyiarkan foto persidangan lima negara mengenai isu Palestin di kediaman Presiden Amerika, “White House” tahun lalu.

Pendek kata jurang di antara pemerintah dan rakyat terlalu jauh, begitu juga jurang kekayaan di antara sebilangan kecil penduduk yang menikmati kekayaan hebat Mesir dengan kebanyakan penduduknya yang malang adalah juga sangat jauh.
Umat yang hidup adalah umat yang berani dan berkorban menuntut hak walaupun mereka hidup sederhana, manakala umat yang mati adalah umat yang tidak bertindakbalas walaupun dihina dan dikalahkan, walaupun mereka mewah. Setelah umat Melayu kehilangan Temasik pada 9.81965, Pulau Timur Timor pada 20.5.2002 dan Pulau Batu Putih, Johor pada 23.5.2008, mereka akan kehilangan Tanjong Pagar pada 1.7.2011ini.
Dunia kini terbahagi dua, pihak yang berharap agar Intifadhah Mesir 2011 ini gagal, mereda, regim Mubarak terus berkuasa dan mencengkam rakyatnya dan segala kepentingan Barat dan Israel terus terpelihara, manakala satu pihak lagi berdoa agar Intifadhah berkat ini terus berterusan hingga berjaya menundukkan regim Mubarak. Jika berjaya ia bukan sahaja satu sejarah Mesir yang baru, akan tetapi oleh kerana Mesir adalah abang sulung kepada semua negara umat Islam, memiliki Terusan Suez, bersempadan dengan Israel, memiliki bilangan ulamak dan pendakwah yang teramai di dalam dunia Islam, kejayaan 

Intifadhah ini adalah satu sejarah dunia yang baru. Ia akan merubah kesemua formula dan percaturan politik, ekonomi dan budaya seluruh dunia!!
“Kami ingin menganugerahkan orang-orang yang tertindas di muka bumi. Kami hendak menjadikan mereka imam-imam (di tempat mereka). Kami hendak menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (kepimpinan dunia). Kami meneguhkan mereka di muka bumi. Kami (hendak) memperlihatkan Firaun, Haaman dan tentera-tenteranya apa yang mereka takutkan (kebangkitan dan kekalahan)” (Al-Qasas: 5).


Semoga Allah swt memenangkan hamba-hambaNya yang soleh, menerima mereka yang gugur dalam perjuangan sebagai para syuhadak, menanam kesabaran kepada ahli keluarga mereka, meneguhkan pendirian pejuang-pejuang kebenaran sepanjang zaman di seluruh pelusuk dunia. Ameen.



Oleh: Ustaz Abdul Halim Abdullah,
Naib Presiden I,
Ikatan Muslimin Malaysia


hati perlu sentiasa ditarbiah... :)

Realiti dunia hari ini

Bismillahirrahmanirrahim



Syukur kepada Allah swt kerana dengan rahmatNya, kasih sayangNya kita masih lagi menikmati nikmat islam dan iman. Dua nikmat yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana nikmat yang lain. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad saw, ahli keluarga baginda, para sahabat, tabiin, tabi' tabiin dan seluruhnya.

Siapa sangka yang suatu masa dahulu, Islam yang turun di negara Arab telah berkembang sehinggakan hampir seluruh dunia merasai nikmat islam dan iman ini. Cuba kita fikir, betapa besarnya pengorbanan dan usaha yang dilakukan oleh para nabi dan rasul, para sahabat dan seluruhnya demi agama ini. Cuba fikir. Sat pun tak apa.

Besar kan?

Manakan tidak kalau hasilnya sungguh besar.

Sekarang, cuba fikir pula, betapa banyak pengorbanan dan usaha yang telah kita lakukan untuk Islam?

Kecil kan?

Manakan tidak kalau sekarang pun kita masih lagi bergoyang kaki makan sampai kenyang sambil tidur puas-puas.
Jika dibandingkan dengan pembebas kota Konstantinople yang ketika hanya berusia 21 tahun. Bagai langit dan bumi lagaknya. Apa yang kita lakukan sepanjang kita hidup sehingga saat ini untuk agama kita?Apa yang saya sendiri lakukan untuk Islam?Sangat menyedihkan.

Pelik. Sangat pelik kenapa mereka dahulu sungguh bersungguh-sungguh dalam menyampaikan ajaran Islam ini. Tidak pernah kenal erti lelah, penat apatah lagi susah. Mereka tidak pernah bermain-main. Mereka bagaikan si pahlawan di siang hari, si rahib di malam hari.

Bagi saya, ini semua disebabkan mereka merasai kemanisan iman dan islam itu. Lantas, mereka mahu orang lain turut sama merasai seperti apa mereka rasa. Maka, dengan bekalan itu mereka terus ke depan, terus bergerak dan menggegarkan dunia. 

Tapi sebaliknya berlaku di zaman ini. Kita tidak merasai kemanisan iman dan islam itu. Lalu, tiada apa yang kita ingin sebarkan. Tiada apa yang kita ingin sampaikan. Kosong. Kosong seperti gelas kaca yang kosong.

Samalah seperti kita mempromosikan kepada kawan kita berkenaan burger yang sangat lazat, seperti itulah juga sepatutnya kita mempromosikan islam ini. Bersungguh dan kita mencuba perkenalkan sehingga dia merasainya sendiri.

Tapi apakan daya, kemanisan itu kita tidak kecapi. Tidak nikmati. Sama-samalah kita memperbaiki diri. Banyak lagi yang kita perlu pelajari.



hati perlu sentiasa ditarbiah... :)