jom zikir...

Powered By Blogger

Wednesday, November 10, 2010

Kenapa takutkan jodoh?


 
Jodoh dan perkahwinan itu adalah termasuk di dalam ketentuan Ilahi. Mengapa kita mahu bersedih dan terlalu risau akan persoalan ini?

Saya suka mengingatkan anda di luar sana bahawa perkahwinan itu adalah kunci ke syurga bagi mereka yang mematlamatkan cinta itu kerana Allah.Bagi yangbelum mengerti tujuan apa mereka berkahwin, apa pula tanggungjawab mereka sebagai suami isteri yang sepatutnya, maka itu bukanlah tiket untuk mendapat kesempurnaan hikmah kebaikan daripada alam perkahwinan.

Perkahwinan itu nikmat, namun alam perkahwinan ini juga jangan disalah sangka. Terlalu banyak perkara yang wajib difikir dan dilaksanakan setelah memegang tanggungjawab sebagai seorang isteri mahu pun suami, apatah lagi bagi yang sudah bergelar ibu dan bapa.
Untuk adik-adik , abang dan kakak di luar sana, jodoh itu juga termasuk dalam ketentuan dariNya. Ya, kita berusaha dan Dia menentukan. Maka, sabarlah dalam meniti hidup.

Bukankah wanita yang elok dan baik itu adalah untuk lelaki yang baik dan begitu juga sebaliknya.  Jadi, bersabarlah menanti jodoh.

Biar lewat sedikit menemui  teman hidup, asal ianya itu permata yang benar-benar yang dicari, putera yang sememangnya didamba peribadinya, beriman, bertakwa dan bijak membimbing keluarga.


hati perlu sentiasa ditarbiah... :)

No comments:

Post a Comment