jom zikir...

Powered By Blogger

Friday, June 11, 2010

Arus tenang rahsia keterbilangan


oleh Ezairy M. Sallih
Quantcast
 

BANGUN pagi, celik mata aje kita kadang-kadang telah ditimpa dengan masalah. Musibahnya itu pulak terkadang itu betul-betul menjatuhkan motivasi dan semangat kita. Yalah, pagi-pagi dah kena maki dengan kawan, dah kena speed trap masa nak pecut ke tempat kerja, memanglah tak ada mood, betul?

Bila anda berhadapan dengan masalah, tak kiralah apa pun juga, cubalah untuk kembali bertenang. Bila ada masalah, cubalah dapatkan kembali arus ketenangan anda.

Yang masih menuntut mungkin menghadapi problem untuk memahami apa yang dipelajari dalam pelajaran. Yang sudah bekerja pulak sibuk untuk menyelesaikan tugasan-tugasan seharian yang tak pernah ada habisnya.
Nabi Musa berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, (Surah Taha : 25 – 27)
Jadi tuan puan, apa pun masalah segeralah minta kepada Tuhan untuk dapatkan kembali ketenangan dan kecemerlangan anda. Dia yang beri musibah, Dia juga yang beri gembira dan Dia jugalah yang memberi ketenangan, mahu pun kegundahan hati.

Cuba kembali kepada Dia, hati yang gelisah akan segera tenang, jiwa yang asalnya berserabut, pasti jadi damai aje.

Sama jugak kalau kita rasa dah banyak sangat dosa dan kesilapan yang kita lakukan selama ini. Ya, 
kadang-kadang itu kita tak sedar bahawa semua masalah yang kita hadapi ini ada bersangkut-paut dengan amalan seharian kita. Kita tak perasan semua ni.

Mungkin ada kita lupa tanggungjawab kita kepada Tuhan, atau kita mungkinlah lalai sedikit dalam menjaga solat. Tak apa. Dia itu sentiasa bersama kita. Allah sentiasa bersedia menerima kita, selagi kita mahu untuk kembali kepadaNya.
Dan Dialah Tuhan yang menerima taubat dari hamba-hambaNya (yang bertaubat) serta memaafkan kejahatan-kejahatan (yang mereka lakukan) dan Dia mengetahui akan apa yang kamu semua kerjakan. (Surah Ash-Syura : 25)
Selamat beramal, selamat bersejahtera, dan selamat menjadi manusia paling terbilang!

No comments:

Post a Comment