jom zikir...

Powered By Blogger

Wednesday, May 26, 2010

mutiara kata...(^_^) 3

"Kita menilai diri sendiri berdasarkan apa yang kita mampu buat, orang lain menilai berdasarkan apa yang telah kita buat"

"Seorang guru yang jujur harus berniat agar muridnya lebih pintar daripadanya, manakala seorang murid yang jujur harus pula mengakui kepintaran gurunya"

"Cintailah yang memberi nikmat dan jangan engkau cintai nikmat yang diberikan"

"Dengan hatilah seseorang itu melihat dengan betul, apa yang penting tidak dapat dilihat dengan mata" Antoine de Saint-Exupery The Little Prince.

"Kerana anda dapat mengawal kehidupan anda. Jangan sesekali lupa bahawa anda adalah diri anda setelah pilihan yang anda buat secara sedar atau tidak sedar" Barbara Hall.

"Cara yang paling cepat melakukan banyak perkara ialah dengan melakukan satu perkara dalam satu masa" Samuel Smiles

"Sokong mereka yang kuat, galakkan mereka yang pemalu, ingatkan mereka yang cuai, dan beri amaran kepada mereka yang menentang" Whitney W Young

"Ramai orang yang boleh memiliki jam tangan yang tinggi harganya tetapi tidak ramai boleh menetapi masa yang berharga" Dr. Mahathir Mohamad.

"Manusia berharap terlalu banyak tetapi berbuat terlalu sedikit" Allen Tate


"Kegagalan hari Ini beerti pendorong, namun kejayaan semalam bukan beerti kemegahan, oleh itu gantungkanlah cita-citamu setinggi-tinggi bintang di langit, dan rendahkanlah dirimu serendah-rendah rumput di bumi"

"Manusia yang berhati suci adalah manusia yang banyak menangis daripada ketawa. Didiklah hati dengan keihklasan dan kesucian agar liku-liku kehidupan ini menjadi lebih bermakna dan mengikuti arus perubahan kedewasaan"

"Tugas pertama seorang lelaki ialah menjadi dirinya sendiri"

"Pilihlah seseorang untuk dicintai & cintalah pilihan anda itu"

"Cinta tidak berbalas sama seperti soalan tanpa jawapan"

"Lelaki yang tidak berharta biasanya memiliki lidah bermadu"

"Lelaki pendiam ibarat air tenang dalam & bahaya"

"Lelaki pendiam ibarat air tenang dalam & bahaya"

"Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri"

"Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA"

"Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu lawan & yang mana satu kawan"

"Membaca menjadikan diri anda sebagai seorang lelaki, menghadiri persidangan sebagai persediaan menjadi lelaki yang sebenar & menulis menjadikan anda lelaki sejati"

"Karektor seseorang lebih mudah disembunyikan daripada dikesani oleh orang lain"

"Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & tidak mengejar nama"

No comments:

Post a Comment