- Tiga orang pengembara di padang pasir bercadang untuk berpisah dan
mengembara sendiri-sendiri. Berada bersama mereka ialah 21 botol air,
yang mana 7 daripadanya penuh, 7 daripadanya separuh penuh dan 7 yang
lain kosong. Mereka bercadang untuk membahagikan air dan 21 botol air
tersebut dengan adil sesama mereka. Bagaimanakah mereka boleh berbuat
demikian? - Satu peti besar mengandungi 2 peti kecil. Setiap 2 peti kecil ini
mengandungi 3 peti lebih kecil lagi di dalamnya. Dalam setiap 3 peti
yang lebih kecil ini ada lagi 4 peti yang paling kecil di dalamnya.
Hanya satu sahaja daripada peti yang paling kecil ini mengandungi emas.
Berapa banyak petikah yang harus anda buka untuk anda betul-betul pasti
bahawa peti tersebut mengandungi emas yang dicari? - Seorang pelanggan restoran mewah telah menunggu selama 43 minit
untuk diambil pesanan. Akhirnya, dia bangun dan ingin keluar dari
restoran. Penjaga pintu restoran bertanya sudahkah si pelanggan ini
membayar bilnya? Dia menjawab “tidak”, dan kemudian dia terus menulis
satu memo untuk diserahkan kepada pengurus restoran. Memo ini bertulis:
“10004180204″. Apakah maksud memo ini? - Sebuah penutup botol berharga 1/10 daripada harga botolnya. Harga
jumlah penutup botol bersama botolnya sekali ialah RM2.20. Berapakah
harga botol tersebut?
e.k.s.p.l.o.r.a.s.i.i.m.a.n. ~Jalan ini masih panjang. Citanya pasti. Cintanya Ilahi~
Wednesday, May 26, 2010
soalan IQ (^_^)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment