jom zikir...

Powered By Blogger

Friday, May 21, 2010

untuk kau yang bernama sahabat..

Tersebut hikayat seorang pengembara, tiba di satu jalan yang bercabang dua. Satu di kiri, dan di sebelah kanannya terdapat sebatang jalan lagi. Dua jalan yang berbeza keadaannya.
Yang kiri, jalannya berturap, hitam dan tiada cela. Lurus dan mendatar,cuma penghujungnya masih samar-samar diliputi kabus.Di sepanjang jalan, landskap indah yang mampu mengundang ketakjuban dan kenikmatan bagi setiap mata yang memandang. Pohon menghijau, burung bercicip kegirangan dan pelangi menghias dada langit. pabila malam berlabuh, cahaya lampu melimpah ruah pelbagai warna. Cantik dan mempesonakan. Damai dan membahagiakan.
Berlainan pula dengan jalan di sebelah kanannya. Kontra sekali jika dibanding beza. Berbelok-belok, belukar dan semak menghalang langkah kaki. Gelap pekat, suram dan penuh ranjau. Pohon semalu tumbuh melata, menyorokkan duri di sebalik daun-daunnya. Mentari di jalan ini, garang melimpah cahaya yang memeritkan kulit dan menggigit-gigit.
Kecut perut bilamana aku memikirkan apakah yag wujud di akhir jalan yang satu ini.
Dan aku pengembara itu, termangu di hadapan dua lorong yang terbentang. Pandangan mataku jatuh pada papan tanda yang tersergam antara kedua jalan ini. Ada peta sekali di situ. Sorot mataku aku fokuskan pada papan tanda dan peta itu. AKU MENELITI SETIAP BARIS KATA. AKU BACA BERULANG-ULANG KALI. AKU SEBUT SATU PERSATU PERKATAANNYA. Tapi hampa, tiada sepatah kata mampu aku fahami. Bahasa apakah ini? Ilmu apakah yang kurang padaku yang bijak ini sehinggakan arahan rinkas-ringkas ini pun tak mampu aku gali maknanya? Aku diselubungi kecewa, alangkah mudahnya jika aku tahu apa yang tertera.
Tekad, aku menyusun langkah ke lorong di sebelah kiri, tergoda dek pesona warnanya. Terpegun dengan kemeriahannya. Aku susuri jalan itu tanpa aku tahu sebenarnya yang tertera di papan tanda yang aku tidak fahami bahasanya adalah
‘AWAS! WALAUPUN JALAN DI KIRI INI CANTIK, TAPI ADA GAUNG DI HUJUNG’
‘IKUT JALAN KANAN, WALAUPUN SUKAR TETAPI ADA TAMAN YANG INDAH TIADA TOLOK BANDINGANNYA DI HUJUNG’
Itulah padahnya jika tidak tahu membaca, jika tidak faham bahasa. Segala panduan keselamatan dalam kembara kehidupan telah termaktub dalam al-quran, tapi manusia ego ini tidak mendalaminya. Al-quran untuk dipelajari, ditadabbur dan diamalkan agar kita tidak silap memilih jalan. Tidak cukup untuk membaca tafsir sekali sekala sahaja atau membaca ketika sempat tanpa mendapat gambaran menyeluruh tentang apa yang cuba disampaikan.
Maka duhai pembaca blog yang tersayang, islah nafsak wad’u ghairak yakni maksudnya baiki diri sendiri dan ajaklah orang lain. Usahalah untuk mencari hidayah Allah di mana-mana dan jangan berputus asa. Usah rasa inferior jika kita tidak sehebat rakan-rakan yang lain, tapi sekurang-kurangnya berusaha untuk mempertingkat diri. Berhijrah dr jahiliyah dan mulakan lembaran baru kehidupan. Sesungguhnya kejahilan manusia itu pelbagai dan jihad setiap orang tidak sama. Maka berlumba-lumba lah melakukan kebaikan sementara jasad dikandung badan
Dia(Allah) berfirman’Berapa tahunkah lamanya kamu tinggal di bumi?’
Mereka menjawab’ Kami tinggal(di bumi) sehari atau setengah hari, maka tanyakan kepada mereka yang menghitung.’
Dia(Allah) berfirman,’Kamu tinggal (di bumi) sekejap saja, jika kamu benar-benar mengetahui.’
Al mukminun 23:112-114
sesungguhnya allah itu maha pengampun dan penerima taubat. You’ll never too late, ensha allah.jum sama2 islah diri

No comments:

Post a Comment